Posts

Showing posts from September, 2022

'HYPE NIGHT IN KL' dapat menyatukan dua negara dalam satu konsert.

Image
Penganjur berharap 'Hype Night In KL' dapat menyatukan dua negara dalam satu konsert. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kuala Lumpur (Oleh: Norazni) Selepas kerajaan mengumumkan fasa endemik dalam negara, industri hiburan tanah air kembali bernyawa dengan menyaksikan pelbagai aktiviti seni dan persembahan pentas diadakan.Tidak ketinggalan beberapa penganjuran konsert berskala besar yang dianjurkan bermula Mei lalu membabitkan beberapa penyanyi terkenal, termasuklah dari juar negara. Sekali gus member! bayangan sokongan padu peminat masih ada. Terbaharu, Konsert Hype Night In Kuala Lumpur 2022 yang dianjurkan oleh NJ Setia bakal diadakan di KWC StarXpo Kuala Lumpur pada 23 Oktober 2022.  Konsert Hype Night In Kuala Lumpur bakal menampilkan kolaborasi hebat penyanyi dari dua negara Malaysia dan indonesia. Dari Malaysia, Ezad Lazim, Amir Masdi dan Najwa Latif.  Sesi sidang video turut diadakan antara artis Malaysia dan Indonesia. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Sesi bergambar bersama artis dari

PENIAGA DAGING IMPORT DIPERTUDUH DI BAWAH AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011

Image
Daging sejuk beku yang ditemui semasa serbuan. Foto Ehsan: KPDNHEP Sel. Shah Alam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor komited menjalankan pemeriksaan Perakuan dan Penandaan Halal 2011 secara kerjasama bersepadu dengan Agensi Kerajaan lain yang berwibawa khususnya berkaitan Penandaan dan Perakuan Halal dan lain-lain agensi penguatkuasaan relevan dalam isu keselamatan dan pemeriksaan melibatkan makanan. 2. Pada 25 Januari 2021 yang lalu, KPDNHEP Selangor dengan kerjasama bersepadu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis (IPK) Selangor dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah berjaya mengesan perlakuan pengimport daging sejuk beku (daging lembu) menggunakan penandaan logo halal dari luar negara dan perbahasaan / tulisan halal yang diragui. Daging sejuk beku yang ditemui semasa serbuan adalah dimport dari luar negara. 3. Berdasarkan siasatan awal dan semakan

FESTIVAL OF SPEED menjanjikan kelainan acara

Image
  "FESTIVAL OF SPEED menjanjikan kelainan acara"..Dato’ Noorzaleha Baharudin (Presiden MiTDA) Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kuala Lumpur (Oleh: Norazni) Festival of Speed yang bakal diadakan di Sepang International Circuit pada 3 Disember 2022 ini bakal menyemarakkan lagi sukan permotoran negara sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan baru negara.  Acara yang dianjurkan oleh Malaysia International Tourism Development (MiTDA) dengan sokongan MOTAC, Tourism Malaysia dan SIC itu merupakan pameran dan platform untuk pencinta motor merasai semua aktiviti berkaitan motor. Menurut Dato’ Noorzaleha Baharudin, Presiden MiTDA, festival tersebut bakal mempertaruhkan keunikan yang tersendiri dengan sasaran 10 ribu orang pengunjung. "Ini adalah kali pertama di Malaysia kita akan menjayakan Festival of Speed & Motosikal Kuasa, yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminatnya. Selain pertunjukan kereta esoktik dan motosikal, pengunjung juga boleh membeli terus kenderaan yang mereka minat

8,500 UNIT KEDIAMAN UNTUK BUMIPUTERA DI PAMERAN BPEX 2022

Image
Ybhg Dato' Hajjah Nor'ashikin Taib (Pengarah Urusan Marvel Management Communication Sdn Bhd) mempromosikan kempen Pameran Bpex Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kuala Lumpur (Oleh: Razali Razak) Kira-kira hampir 8,500 unit kediaman dan pejabat untuk kuota Bumiputera ditawarkan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bermula dari RM200,000 ke atas. Program pemilikan kediaman BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia membawa pakej-pakej yang menarik terutama untuk golongan B40 dan M40 yang mana satu inisiatif Pembiayaan Perumahan iaitu I-biaya akan memudahkan golongan ini memiliki kediaman di Lembah Klang yang mana Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) inisiatif dari Kementerian Kewangan bertujuan untuk membantu golongan yang tiada pendapatan tetap dan tiada slip gaji untuk memiliki rumah pertama mereka, seperti pemandu teksi, golongan petani dan perusahan kecil yang boleh memiliki rumah maksima berharga RM 400, O00.  Selain itu, Skim

Radja dan Repvblik Bakal Kongsi Pentas November Ini

Image
  Yuri Hendrian (kiri) dan Ian Kasela k ongsi pentas November ini. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kuala Lumpur (Oleh: Nazrul.) Kumpulan popular dari Indonesia, Radja dan Repvblik bakal membuat kemunculan di Malaysia menerusi Konsert Repvblik Radja Live In Kuala Lumpur di World Trade Centra, Kuala Lumpur pada 13 November ini.  Kemunculan kedua-dua kumpulan terbabit pasti ditunggu peminat masing-masing di sini, apatah lagi mereka mempunyai deretan lagu yang menjadi siulan ramai. Radja bersama muzik balada yang diperjuangkan mereka, umpamanya, cukup popular dengan lagu Jujur, Takkan Melupakanmu dan Bilang Cinta. Kali terakhir Radja mengadakan persembahan di sini adalah pada 2006 dan mereka sepatutnya mengadakan konsert Malaikat Cinta di Malaysia pada 5 Mei 2018, namun ianya terpaksa di batalkan oleh pihak penganjur. Radja dan Repvblik bersama pihak penganjur. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kedatangan mereka kali ini bakal menjadi saat yang penting dan bersejarah buat mereka dan peminat tempatan dan I

ZIARAH PRIHATIN KELUARGA RIDER PENGHANTAR MAKANAN YANG MAUT DIREMPUH SUV

Image
YB. MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor Darul Ehsan) menyampaikan sumbangan kepada Puan Zailan Soid (Ibu Allahyarham Muhaimin Mohd Said) sambil ditemani Puan Nur Izwana Othman (isteri Allahyarham Muhaimin Mohd Said). Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kerajaan Negeri mengambil maklum tentang kejadian yang menimpa rider Almarhum Muhaimin Mohd Said yang maut akibat kemalangan semasa menghantar makanan. Pada hari ini juga, Kerajaan Negeri menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada dua keluarga yang menjadi mangsa kecuaian pemandu jalan raya dalam kejadian lalu. Puan Zailan Soid (Ibu Allahyarham Muhaimin Mohd Said) begitu sebak ketika ditemubual media. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kerajaan Negeri Selangor menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan mengambil pendirian seperti berikut: 1) Menggesa supaya kes Almarhum Muhaimin Mohd Said disiasat dibawah Kanun Keseksaan. 2) Menggesa Kementerian Sumber

Raisa Gegar Malaysia 20 November Depan

Image
  Oleh: Nazrul. Nama Raisa Andriana mungkin agak janggal bagi sebahagian peminat industri muzik di Malaysia, namun bagi mereka yang menggemari muzik yang bernuansakan balada, pop dan jazz. Nama ini sudah tidak asing lagi. Pelantun lagu ‘Mantan Terindah’ yang cukup popular di Indonesia ini bakal beraksi di konsert sulungnya, “Raisa Live In Malaysia” yang dijadualkan akan di adakan pada 20 November ini. Konsert ini akan berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur. Hitman Solution selaku penganjur konsert mensasarkan peminat Raisa yang berada di Malaysia untuk melihat persembahan artis pujaan mereka secara dekat. Tiket untuk menyaksikan persembahan Raisa telah mula di jual sejak 14 September lalu.  Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata, sambutan luar jangkaan diterima pada penganjuran Konsert Jubin Nautiyal : Live In Malaysia, baru-baru ini membuktikan rakyat Malaysia mempunyai keinginan besar untuk dihiburkan artis antarabangsa. Kami bangga dan teruja de

MAJLIS MALAM AMAL ‘OLD MALAYA’ sempena Hari Malaysia 2022.

Image
Satu majlis malam amal ‘OLD MALAYA’ telah diadakan di RE-U,MICASA ALL SUITES HOTEL KUALA LUMPUR selaku penaja lokasi ,yang dihadiri oleh Tengku Temenggong Perlis Yang Amat Mulia Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ( Tetamu diraja), Pengerusi LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN) (KPWKM)Ybhg. Dato Suhaimi Bin Ghazali , Ketua Pengarah LPPKN YBhg. Tuan Haji Abdul Syukur bin Abdullah, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot,Pengasas Rumah Amal Family Of Charity Ybhg. Datin Shariffah Al-Attas selaku tetamu kehormat. Majlis malam amal itu berlangsung sempena menyambut Hari Malaysia ke-59 dianjurkan bersama oleh pihak LPPKN dan NGO FAMILY OF CHARITY telah dihadiri oleh kira-kira 250 tetamu termasuk acara dan aktiviti pada siang hari juga. Pengerusi LPPKN Dato Suhaimi bin Ghazali berkata , ‘Malam Amal OLD MALAYA’ disambut dengan penuh warna-warni dan sederhana. Peristiwa bersejarah 16 Se

Program Usahawan Muda Kreatif JCI Malaysia 2022

Image
  Para peserta akhir bergambar bersama pihak penganjur dan juri-juri. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Program Usahawan Muda Kreatif JCI Malaysia 2022 ialah program perniagaan antarabangsa pertama yang diluluskan oleh Ibu Pejabat Antara Bangsa JCI untuk menjadi tuan rumah pusingan kebangsaan oleh JCI Malaysia. Acara antarabangsa baharu ini merupakan program usahawan baharu yang akan menggantikan Anugerah Usahawan Muda Kreatif JCI Malaysia sebelum ini yang telah dihentikan penganjuran JCI World Headquarters sejak tahun 2014. En Damian Khaw Lok Juang-Pengerusi JCI Malaysia ketika memberikan ucapan. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Program Usahawan Muda Kreatif JCI baharu ini mempunyai proses keusahawanan di tengahtengah terasnya berbanding program terdahulu yang memfokuskan kepada anugerah. Oleh itu, setiap elemen dalam program baharu ini direka bentuk untuk mencabar ahli supaya berfikir secara kreatif & inovatif untuk berdaya usaha dalam membina perniagaan mereka dari peringkat cadangan, hingga mel

MAJLIS MENGHARGAI JASA VETERAN ATM PERINGKAT DUN PAYA JARA

Image
  YB. Tuan Mohd Khairuddin Othman (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor) bergambar bersama veteran ATM. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan menganjurkan Majlis Menghargai Jasa Veteran ATM Peringkat DUN Paya Jaras pada 24 September 2022 di Dewan Meranti, Bandar Baru Sungai Buloh. YB. Tuan Mohd Khairuddin Othman (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor) ketika memberikan ucapan. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Program ini adalah selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor Smart and Caring (SAC) yang bertujuan membantu kebajikan veteran ATM dengan sumbangan kewangan berjumlah RM10,000 disumbangkan kepada Badan Kebajikan Bekas Perajurit Sungai Buloh. Inisiatif Kerajaan Negeri melalui program ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka atas

Siri Jelajah Ramli Sarip Bermula di Melaka 14 Oktober Ini

Image
“Kita terpaksa bermula di Melaka kerana tiada jodoh saya untuk beraksi di Johor"...Datuk Ramli Sarip Foto: Nazrul (Melaka) Oleh:Nazrul Datuk Ramli Sarip atau lebih mesra dengan gelaran Papa Rock bakal mengadakan Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 dengan tema “Cinta Disebalik Musim”. Lapan tahun lalu, beliau pernah mengadakan konsert siri jelajah Blues Buat Teman Tour 2014 yang bertujuan membantu rakan-rakan artis seperti Allahyarham Yazit Search, Hamid Black Dog Bone dan keluarga kepada Allahyarham Samad Mian Lefthanded. Berbeza dengan konsert jelajah pada kali ini yang lebih memfokuskan untuk mempromosi album penuhnya berjudul Rasa yang diterbitkan pada tahun lepas. Konsert yang bakal berlangsung di LaCrista Hotel Melaka pada 14 Oktober ini merupakan lokasi pertama siri jelajah “Cinta Disebalik Musim”. Konsert yang dijadualkan akan bermula pada jam 8,45 malam itu adalah hasil kerjasama pihak hotel dan Rasa Karya Sdn Bhd itu bertujuan menyampaikan pelbagai mesej kepada masyarakat.

Slank Bakal Gegar Kuala Lumpur 19 November Ini

Image
Oleh: Nazrul Kumpulan Slank yang dianggotai oleh vokalis Kaka, Bimbim (dram), Abdee Negara (gitar), Ridho (gitar) dan Ivanka (bass) yang membawa aliran muzik rock pernah muncul dengan 24 buah album antaranya Suit suit...he..he.. (1991), Mata Hati Reformasi, Tujuh "Slow But Sure", Anthem for the Broken-Hearted, Virus dan banyak lagi. Ini bukanlah kali pertama Slank menjejakkan kakinya ke Malaysia, kumpulan yang benuansakan rock ini pernah di undang oleh kumpulan Search pada tahun 2007 yang ketika itu merayakan ulangtahun penubuhan mereka yang ke 25 tahun. Sepatutnya Slank juga turut berkongsi pentas bersama Search, Loudness dan Rusty Blade pada tahun 2013 namun menemui jalan buntu apabila jerubu melanda negara ketika itu. Selepas itu mereka tampil dengan konsert solo mereka pada 2016. Sempena ulang tahun ke-40 dalam industri, kumpulan rock terkenal Indonesia Slank akan mengadakan 'Konsert 4 Dekad Slank' di Zepp Kuala Lumpur pada 19 November depan. Slank yang terkenal d

Teguran ‘santai’ Faizal Tahir mudah dihadam

Image
Benar kata Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, lagu dan irama tidak dapat dipisahkan. Begitu juga dengan kehidupan yang mana tidak pernah sunyi daripada sebarang masalah. Apa yang pasti, setiap yang berlaku itu ada punca di sebaliknya. Tinggal lagi bagaimana cara untuk menangani. Cuba mengadaptasi daripada apa yang terjadi dari segenap aspek kehidupan hari ini, penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir sekali lagi ‘bersuara’ menerusi mesej dan nasihat berguna dalam single terbaharu berjudul Santai yang diterbitkan oleh Faithful Music. Mengingatkan kembali kepada lagu Ragaman yang sarat dengan ‘teguran’ dalam kehidupan berumah tangga antara suami isteri, penghasilan lagu Santai sebuah lagi karya Faizal Tahir bersama Ezra Kong yang pastinya mampu menjentik hati setiap pendengar. Menurut Faizal, 44, atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, idea menghasilkan lagu itu hadir secara spontan. “Idea ini datang secara spontan bersama Ezra Kong sewaktu dia menyebut perkataan sa

4 Jentera Bakal Semarakkan Pentas “Indie Alliance”

Image
  Oleh: Nazrul Ketika ini semakin banyak artis yang di tampilkan dalam sesebuah konsert, tidak kurang hebatnya para penganjur juga mengambil peluang menganjurkan konsert setelah berehat agak lama daripada pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Sempena kedatangan tahun 2023, pihak Eraventures Events juga akan menganjurkan “Indie Alliance” yang akan mengandingkan empat band yang masih lagi mendukung terma indie meskipun sudah berada di platform yang cukup besar. Subculture, Gerhana SkaCinta, The Times dan Joanna Co bakal beraksi di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Januari 2023. Masing-masing mempunyai populariti tersendiri dalam kalangan peminat, apatah lagi mereka bukanlah asing di kalangan peminat indie. Kehadiran mereka umpama muzik yang mewarnai sejarah hidup seseorang apatah lagi ramai di kalangan peminat yang membesar dengan lagu-lagu mereka. Menurut wakil pihak penganjur, Shamsul Kamal Othman pemilihan 4 kumpulan ini adalah berdasarkan kepada reputasi, kredibiliti, populariti serta karya b

ANGKASA SASAR LEBIH 20 PERSATUAN RUMAH ANAK YATIM MELALUI PROGRAM CSR

Image
  YBhg Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah-Presiden ANGKASA (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Kebajikan Hajah Kamariah sambil disaksikan oleh Pengetua nya, Puan Noorsidah Yahya (kanan). Foto: Azuddin Ahmad Zin Petaling Jaya Oleh: Nazrul Rumah Anak-anak Yatim Hajah Kamariah, Taman Medan telah menerima sumbangan keperluan asas daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menerusi Program ‘Coop Care’ yang telah diwujudkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA hari ini. Presiden ANGKASA merangkap Presiden Asean Co-operative Organization (ACO) Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya menghargai pihak pengurusan rumah anak yatim yang telah memberikan khidmat bakti selama lebih 35 tahun untuk membantu anak-anak yatim dan golongan ibu tunggal yang berada di sekitar Taman Medan. YBhg Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah-Presiden ANGKASA meninjau serta beramah mesra bersama pengetua Rumah Kebajikan Hajah Kamariah  Foto: Azuddin Ahmad Zin. YBhg

Konsert Mini Jeffrydin Mas Mona Night Gamit Nostalgia

Image
Persembahan santai Dato' Jerffrydin  tetap memukau penonton yang hadir. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Oleh: Nazrul-Kuala Lumpur Setelah melalui pelbagai frasa halangan akhirnya Konsert Mini Jeffrydin Mas Mona Night berjaya juga dirialisasikan, ianya telah pun berlangsung di Grand Ballroom, Grand Barakah Hotel, Ampang pada 17 september lalu. Pentas dibuka sekitar jam 9.00 malam dimana kumpulan The Zurah III yang menggalas tanggungjawab sebagai band pengiring telah memanaskan entas dengan intro yang sudah cukup untuk mengajak penonton untuk bermeditasi kembali ke tahun 60an. Apatah lagi dengan dendangan lagu Keindahan Pantai yang pasti mengamit nostalgia. “Terima kasih buat semua yang hadir dan memberi sokongan kepada mini konsert ini, setelah pelbagai halangan kami tempuhi akhirnya ianya berjaya di laksanakan”, ujar Amran Nasarudin selaku Pengarah Persembahan Konsert. Tanpa banyak bicara S.Mariam memukau penonton dengan lagu Jelingan Manja. Beliau yang pernah beraksi bersama The Rythmn