ZIARAH PRIHATIN KELUARGA RIDER PENGHANTAR MAKANAN YANG MAUT DIREMPUH SUV
Kerajaan Negeri mengambil maklum tentang kejadian yang menimpa rider Almarhum Muhaimin Mohd Said yang maut akibat kemalangan semasa menghantar makanan.
Pada hari ini juga, Kerajaan Negeri menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada dua keluarga yang menjadi mangsa kecuaian pemandu jalan raya dalam kejadian lalu.
![]() |
Puan Zailan Soid (Ibu Allahyarham Muhaimin Mohd Said) begitu sebak ketika ditemubual media. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Kerajaan Negeri Selangor menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan mengambil pendirian seperti berikut:
1) Menggesa supaya kes Almarhum Muhaimin Mohd Said disiasat dibawah Kanun Keseksaan.
2) Menggesa Kementerian Sumber Manusia meminda Akta Pekerja untuk mengambilkira kontrak kebajikan mereka yang bekerja sebagai P-Hailing, sekaligus sebagai usaha memastikan pembelaan hak para riders yang sentiasa terdedah dengan risiko kemalangan.
3) Mengambilkira hak dan nasib para riders ini, Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan bersama persatuan atau wakil P-Hailing di Selangor untuk menginsurankan mereka dibawah Skim Insuran Hayat Selangor (INSAN) sepertimana yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
4) Program bantuan RiDE yang berjumlah RM2 juta setahun tetap diteruskan kepada mereka yang layak memohon dalam kalangan P-Hailing Selangor.
Comments
Post a Comment