Shreya Ghoshal Kembali Menggegar Kuala Lumpur Disember Ini



Kuala Lumpur.

Oleh: Nazrul.

Shreya Ghoshal yang terkenal sebagai penyanyi lagu-lagu runut bunyi dan album, beliau pernah mengadakan konsert sulungnya di Kuala Lumpur pada tahun 2020. Penyanyi yang telah menambat hati para peminat dengan menyanyikan lagu Cindai, nyanyian asal Dato Sri Siti Nurhaliza.

Konsert beliau kali ini adalah anjuran Shiraz Projects, berpaksikan “Shreya Ghoshal Live In Kuala Lumpur, bakal di adakan pada 10 Disember 2022 ini di Dewan Plenari, KLCC, bermula pukul 8 malam.

Shreya Ghoshal membuat kemunculan pertama dalam nyanyian Bollywoodnya melalui filem drama romantik Bhansali, Devdas (2002) yang mana dia telah menerima National Film Award untuk Penyanyi Playback Wanita Terbaik.

Selain nyanyian playback, Shreya muncul sebagai juri di beberapa rancangan realiti televisyen. Penyanyi yang serba boleh ini mempunyai repertoire yang luas merangkumi beberapa genre termasuk pop, klasik, ghazal dan bhajan.

Menurut Shirazdeen Karim selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects, selain memberikan hiburan dan konsert dari artis tempatan dan Indonesia, pihaknya memang berhajat untuk membawakan konsert- konsert Bollywood di Kuala Lumpur khususnya.

“Kita tahu bahawa di Malaysia memang ramai para peminat Bollywood. Mereka bukan sahaja meminati filem-filem tetapi juga menghafal setiap lagu yang ditampilkan dalam filem-filem kegemaran mereka. Jadi, Shiraz Projects ingin meraikan momen ini dengan membawakan Shreya Goshal, penyanyi yang memang dikenali dengan suara lemak merdunya dan sering tampil menyanyikan lagu- lagu runut bunyi terkenal Bollywood,” ujar Shiraz.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM 1500 (VIP), RM600 (Diamond), RM500 (Platinum), RM300 (Gold) dan RM200 (Silver). Peminat boleh menghubungi talian +603 86050196/ +601 22560082 untuk pertanyaan tentang tiket.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang