THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024



Selepas 18 tahun! Ya … 18 tahun berehat atau berada dalam hiatus, kumpulan THE  A.C.A.B kembali bertemu peminat dengan sebuah persembahan khas yang dinamakan  THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024. Merawat kerinduan  pengikut muzik mereka dan kembali bertemu dengan sahabat-sahabat industri,  showcase ini akan diadakan di di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara pada  pukul 8.30 malam di tarikh 1 Jun 2024.  

Untuk The A.C.A.B ini merupakan momen yang dinanti-nantikan kerana sudah lama mereka berkeinginan untuk bertemu sahabat dan pengikut muzik mereka.  

“Kami berharap para peminat muzik dan band kami akan berkumpul pada malam  tersebut untuk bersama-sama bernostalgia dengan lagu-lagu kami. Inilah masanya  untuk berkumpul semula kerana showcase ini akan diadakan hanya satu malam sahaja  di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara. Dapatkan tiket segera kerana tiket  early bird sudah habis dijual,” ujar Megat mewakili kumpulan yang turut merupakan  penganjur bagi showcase ini kelak.  

THE A.C.A.B. merupakan kumpulan indie yang terdiri ahli kumpulan A.C.A.B. sewaktu  mereka bermain muzik Indie pada sekitar tahun 2005-2007. Pada 2003. A.C.A.B telah  pun mempersembahkan gig terakhir serta perpisahan mereka sebelum vokalis, Max  melanjutkan pelajaran ke luar negara di London pada tahun yang sama. Apabila Max

kembali pada 2005, beliau membentuk THE A.C.A.B. dengan bekas ahli kumpulan  A.C.A.B. iaitu Edy pada gitar, Irfan pada dram serta Mono dari The Times pada bass  serta Max pada gitar dan vokal. 

A.C.A.B. berjaya merakam satu-satunya album Indie mereka yang bertajuk, "THIS IS  THE A.C.A.B." pada tahun 2005. Apabila ia dipasarkan pada tahun 2006, album tersebut  merupakan album terlaris di Malaysia selama 3 minggu berturut-turut di Carta RIM.  

Dalam tempoh yang singkat dari 2005 hingga 2007, THE A.C.A.B. berjaya memberi  impak kepada persada muzik Indie Malaysia dengan muncul di dua buah konsert iaitu  Rock The World pada 2006 serta 2007. Kemudian mereka muncul di beberapa buag  festival seperti Digi Street Blast dan Hitz TV Birthday Bash selain membuat  persembahan di beberapa rancangan serta showcase sendiri. 

Lagu mereka seperti "Setelah" & "Angkasa" sering dimainkan serta berada di carta  stesen radio. Malah mereka juga membuat penampilan di Muzik-Muzik dengan lagu,  "Setelah" yang kekal dalam pencalonan Juara Lagu sepanjang 2006-2007 sebelum  berpisah pada 2007 dan kembali kembali sebagai, "A.C.A.B." pada tahun 2008. 

Kini, selepas 18 tahun berehat, THE A.C.A.B. akan kembali untuk perjumpaan satu  malam sahaja, THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024 di  Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara dalam sebuah showcase dengan satu satunya album mereka serta barisan anggota asalnya pada 1 Jun 2024 8.30 malam! 

“Pastikan anda menyaksikan persembahan ini dan adalah satu kemestian bagi setiap  pencinta muzik Indie kerana kami akan mengimbau kembali THE A.C.A.B. serta momen  Indie Nostalgia Malaysia sekitar pertengahan 2000-an untuk satu malam sahaja! INI  ADALAH... A.C.A.B. & KAMI DATANG KEPADA ANDA!” pesan The A.C.A.B untuk semua.  




Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang