Konsert Mini Jeffrydin Mas Mona Night Gamit Nostalgia

Persembahan santai Dato' Jerffrydin  tetap memukau penonton yang hadir. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Oleh: Nazrul-Kuala Lumpur

Setelah melalui pelbagai frasa halangan akhirnya Konsert Mini Jeffrydin Mas Mona Night berjaya juga dirialisasikan, ianya telah pun berlangsung di Grand Ballroom, Grand Barakah Hotel, Ampang pada 17 september lalu.

Pentas dibuka sekitar jam 9.00 malam dimana kumpulan The Zurah III yang menggalas tanggungjawab sebagai band pengiring telah memanaskan entas dengan intro yang sudah cukup untuk mengajak penonton untuk bermeditasi kembali ke tahun 60an. Apatah lagi dengan dendangan lagu Keindahan Pantai yang pasti mengamit nostalgia.

“Terima kasih buat semua yang hadir dan memberi sokongan kepada mini konsert ini, setelah pelbagai halangan kami tempuhi akhirnya ianya berjaya di laksanakan”, ujar Amran Nasarudin selaku Pengarah Persembahan Konsert.




Tanpa banyak bicara S.Mariam memukau penonton dengan lagu Jelingan Manja. Beliau yang pernah beraksi bersama The Rythmn Boys dan Siglap 5 kemudiannya meneruskan persembahan dengan lagu Hasrat Hati. S Mariam yang mula menceburi bidang nyanyian di usia 18 tahun, kini usianya sudah menjangkau 72 tahun namun kekuatan vokalnya masih lagi hebat menerusi lagu Bertemasya.




Abon yang bertindak sebagai pengacara cukup bijak berceloteh, berpantun sudah pasti membuatkan penonton tidak kering gusi dengan jenaka dan usikan bersahaja. Konsert Mini Jeffrydin Mas Mona Night adalah antara inisiatif Hotel Grand Barakah (GBH) untuk membantu artis-artis mengadakan persembahan di lokasi mereka.

Kehadiran Datuk L. Ramli sudah pasti menarik perhatian dengan tariannya apatah lagi dengan berbusana suit merah yang menjadi identiti beliau. Penyanyi yang sudah berusia 80 tahun ini telah mendendangkan 6 buah lagu antaranya ialah Dara Pujaan, Dara Pujaanku, Ayahku Kahwin Lagi, Joget Berbaju Kurung, Siapa Bilang Aku Tak Sayang dan Selengkar Melor.




Amran Nasarudin yang juga pelakon dan aktivis teater serta Pengerusi PEMEKAR turut menyampaikan sumbangan kepada Adnan Osman dan A Halim. Mereka adalah insan seni yang mewarnai genre 60an yang terus relevan hingga kini. Konsert Mini Jeffrydin Mas Mona Night pastinya tidak lengkap tanpa persembahan daripada Datuk Jeffrydin. Meskipun lebih 60 tahun berada dalam industri hiburan pelantun lagu Kenangan ku, Seruling Anak Gembala, Siti Haida, Setahun Tak Jumpa dan Mas Mona masih kekal sihat dan bertenaga.









“Terima kasih semua yang masih lagi menyokong irama 60an, tanpa anda siapalah kami”, sapa Datuk Jeffrydin. Konsert Mini Jeffrydin Mas Mona Night melabuhkan tirainya dengan penyatuan vokal daripada artis- artis yang membuat persembahan menerusi lagu La Obe yang pernah di popularkan oleh Kassim Selamat & The Swallow.

 Melihatkan situasi ini, Grand Barakah Hotel (GBH) mengambil inisiatif membantu barisan penyanyi era 60-an sehingga 90-an mengadakan persembahan di premis mereka.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang