Raisa Gegar Malaysia 20 November Depan

 


Oleh: Nazrul.

Nama Raisa Andriana mungkin agak janggal bagi sebahagian peminat industri muzik di Malaysia, namun bagi mereka yang menggemari muzik yang bernuansakan balada, pop dan jazz. Nama ini sudah tidak asing lagi. Pelantun lagu ‘Mantan Terindah’ yang cukup popular di Indonesia ini bakal beraksi di konsert sulungnya, “Raisa Live In Malaysia” yang dijadualkan akan di adakan pada 20 November ini. Konsert ini akan berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur.

Hitman Solution selaku penganjur konsert mensasarkan peminat Raisa yang berada di Malaysia untuk melihat persembahan artis pujaan mereka secara dekat. Tiket untuk menyaksikan persembahan Raisa telah mula di jual sejak 14 September lalu.  Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata, sambutan luar jangkaan diterima pada penganjuran Konsert Jubin Nautiyal : Live In Malaysia, baru-baru ini membuktikan rakyat Malaysia mempunyai keinginan besar untuk dihiburkan artis antarabangsa.

Kami bangga dan teruja dengan menampilkan Raisa iaitu bintang popular di Indonesia, untuk membuat persembahan buat kali pertama di Malaysia. Raisa terkenal dalam industri muzik Indonesia dan karyanya mendapat perhatian ketara di negara kita. Raisa popular menerusi single Serba Salah yang dipetik dari album sulungnya, Raisa yang diterbitkan pada 2011.

Antara anugerah yang pernah diraih Raisa adalah trofi Artis Baharu Terbaik, Anugerah Musik Indonesia (AMI) Ke-15 dan Artis Wanita Baharu Terbaik, Anugerah Planet Muzik 2016. Rohit berkata, melihat pencapaian penyanyi itu, Raisa dianggap artis berbakat yang mampu menarik peminat tempatan hadir ke konsert itu.

Raisa dijangkakan akan mendendangkan lebih 20 lagu popularnya dalam konsert yang berdurasi selama dua jam. Konsert Raisa bakal diiringi pemuzik profesional dan produksi audio visual kami yang terkenal. Selain kategori tiket VVIP, CAT 3 dan CAT 4 yang sudah habis dijual pada hari pertama, tiket bagi CAT 1 berharga RM250 dan CAT 2 (RM200) kini cukup laris. Peminat boleh mendapatkan tiket di www.hitmanlive.com.

Untuk rekod, Hitman Solutions yang ditubuhkan kira-kira 15 tahun lalu, pernah membawa artis antarabangsa seperti Jubin, Datuk Shah Rukh Khan, Arijit Singh, Shreya Ghosal dan ramai lagi beraksi di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang