MAJLIS MALAM AMAL ‘OLD MALAYA’ sempena Hari Malaysia 2022.


Satu majlis malam amal ‘OLD MALAYA’ telah diadakan di RE-U,MICASA ALL SUITES HOTEL KUALA LUMPUR selaku penaja lokasi ,yang dihadiri oleh Tengku Temenggong Perlis Yang Amat Mulia Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ( Tetamu diraja), Pengerusi LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN) (KPWKM)Ybhg. Dato Suhaimi Bin Ghazali , Ketua Pengarah LPPKN YBhg. Tuan Haji Abdul Syukur bin Abdullah, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot,Pengasas Rumah Amal Family Of Charity Ybhg. Datin Shariffah Al-Attas selaku tetamu kehormat.

Majlis malam amal itu berlangsung sempena menyambut Hari Malaysia ke-59 dianjurkan bersama oleh pihak LPPKN dan NGO FAMILY OF CHARITY telah dihadiri oleh kira-kira 250 tetamu termasuk acara dan aktiviti pada siang hari juga. Pengerusi LPPKN Dato Suhaimi bin Ghazali berkata , ‘Malam Amal OLD MALAYA’ disambut dengan penuh warna-warni dan sederhana. Peristiwa bersejarah 16 September 1963 amat penting untuk dihayati dalam kalangan keluarga Malaysia yang sejahtera dengan semangat perpaduan antara kaum yang utuh.Pembentukan Malaysia dalam meraikan masyarakat majmuk yang berbeza bangsa,budaya,suku, puak dan agama wajib dihormati, sebagai makna sebenar dalam meraikan Hari Malaysia'.


Dalam masa yang sama, Dato’ Suhaimi juga menggalakkan NGO-NGO seperti Family of Charity Syarikat-syarikat Korporat seperti RE-U,MICASA ALL SUITES HOTEL KUALA LUMPUR dan yang lain di luar sana agar terus bekerjasama dan menyumbang tenaga, melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap Keluarga Malaysia.Pengerusi LPPKN mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat,St John Ambulance Malaysia WPKL dan lain-lain dalam menjayakan program tersebut bersama.

Malam amal tersebut turut diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum,persembahan peragaan pakaian oleh pereka fesyen tersohor negara yang juga merupakan pemenang PIALA SERI ENDON 2004 ( Soft Furnishing Category ) RIDZUAN BOHARI dengan tema ‘Cinta akan Perpaduan’ (UNITY WITH LOVE).




Acara pada malam tersebut diakhiri dengan sumbangan amal oleh syarikat korporat seperti SEDIMI HOLDING kepada KAFE@TEEN SELANGOR dan TTD SDN BHD. Kepada Rumah Amal Family Of Charity yang berjumlah RM5000.00 setiap sumbangan.




Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang