4 Jentera Bakal Semarakkan Pentas “Indie Alliance”

 


Oleh: Nazrul

Ketika ini semakin banyak artis yang di tampilkan dalam sesebuah konsert, tidak kurang hebatnya para penganjur juga mengambil peluang menganjurkan konsert setelah berehat agak lama daripada pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Sempena kedatangan tahun 2023, pihak Eraventures Events juga akan menganjurkan “Indie Alliance” yang akan mengandingkan empat band yang masih lagi mendukung terma indie meskipun sudah berada di platform yang cukup besar. Subculture, Gerhana SkaCinta, The Times dan Joanna Co bakal beraksi di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Januari 2023.

Masing-masing mempunyai populariti tersendiri dalam kalangan peminat, apatah lagi mereka bukanlah asing di kalangan peminat indie. Kehadiran mereka umpama muzik yang mewarnai sejarah hidup seseorang apatah lagi ramai di kalangan peminat yang membesar dengan lagu-lagu mereka.

Menurut wakil pihak penganjur, Shamsul Kamal Othman pemilihan 4 kumpulan ini adalah berdasarkan kepada reputasi, kredibiliti, populariti serta karya bermutu yang mereka telah hasilkan.

“Saya pasti ramai di kalangan peminat yang pernah menyaksikan persembahan mereka sebelum ini, namun beraksi atau menyaksikan persembahan di Zepp Kuala Lumpur bakal meninggalkan momen indah buat anda”, ujarnya

Zepp KL adalah dewan konsert dinamik yang memberikan pemuzik lebih kebebasan untuk membuat persembahan kepada khalayak. Selain itu ianya sebuah dewan yang cukup lengkap dengan peralatan yang melengkapi sesebuah konsert serta sistem bunyi yang cukup hebat.

“Harga tiket yang kami tawarkan pula rasanya cukup berbaloi dengan apa yang bakal anda nikmati. Kami akan umumkan harga tiket pada 26 September ini”, tambahnya.

Peminat yang ingin membeli tiket boleh mendapatkannya secara online menerusi myticketempire.com.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang