PENIAGA DAGING IMPORT DIPERTUDUH DI BAWAH AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011

Daging sejuk beku yang ditemui semasa serbuan. Foto Ehsan: KPDNHEP Sel.

Shah Alam

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor komited menjalankan pemeriksaan Perakuan dan Penandaan Halal 2011 secara kerjasama bersepadu dengan Agensi Kerajaan lain yang berwibawa khususnya berkaitan Penandaan dan Perakuan Halal dan lain-lain agensi penguatkuasaan relevan dalam isu keselamatan dan pemeriksaan melibatkan makanan.

2. Pada 25 Januari 2021 yang lalu, KPDNHEP Selangor dengan kerjasama bersepadu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis (IPK) Selangor dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah berjaya mengesan perlakuan pengimport daging sejuk beku (daging lembu) menggunakan penandaan logo halal dari luar negara dan perbahasaan / tulisan halal yang diragui. Daging sejuk beku yang ditemui semasa serbuan adalah dimport dari luar negara.

3. Berdasarkan siasatan awal dan semakan daripada pihak JAIS logo halal yang digunakan adalah tidak diiktiraf dan penandaan halal yang digunakan pada kotak pembungkusan adalah diragui.

4. Sewaktu pemeriksaan dijalankan tiada penghuni berada di dalam premis, dan premis telah dipecah masuk dengan memotong mangga kunci di pintu premis. Pemeriksaan yang dijalankan di premis tersebut dengan Waran Geledah daripada Mahkamah Majistret Shah Alam. Sepanjang pasukan serbuan menjalankan pemeriksaan 2 di premis tersebut, tiada pemilik atau pekerja yang hadir di premis tersebut. Premis sasaran lokasi di sekitar Pulau Indah, Selangor.

5. Susulan daripada tindakan operasi bersepadu ini, telah menghasilkan satu (1) tindakan kes diambil di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 berhubung satu kesalahan di bawah perundangan tersebut yang disyaki telah dilakukan.

6. Siasatan telah disempurnakan sehingga membawa kepada pengesyoran Orang Yang Disiasat (OYDS) untuk dipertuduhkan di Mahkamah di bawah Akta Perihal Dagangan 2019.

7. Pada 27 September 2022, Pihak Pendakwaan yang diwakili oleh Puan Nurul ‘Ain binti Dato’ Shafie, Timbalan Pendakwa Raya KPDNHEP Selangor telah membawa prosiding di Mahkamah bagi kes ini dan pada akhirnya, Orang Kena Saman (OKS) telah mengaku bersalah dengan pengakuan sendiri setelah pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Puan Rasyihah binti Ghazali, Mahkamah Sesyen 8, Shah Alam.

8. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman ke atas OKS, seorang lelaki warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan 30an di denda sebanyak RM43,000.00 jika gagal membayar, 15 bulan penjara di atas kesalahan di bawah Perenggan 8(b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Sejumlah 1,672 barang kes yang dipertuduhkan telah dilupuskan disebabkan sejenis barang mudah rosak dengan nilai rampasan yang dilupuskan adalah melebihi RM500,000.00.

9. KPDNHEP Selangor menegaskan akan bertindak tegas serta tidak berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang yang dikuatkuasakan di bawah KPDNHEP, khususnya melibatkan Perakuan dan Penandaan Halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang juga merupakan antara salah satu kepentingan awam.

10. Pengguna disarankan untuk menyalurkan maklumat atau sebarang pertanyaan berkaitan perlakuan tidak beretika dalam ekosistem perdagangan domestik dalam Negeri Selangor di saluran rasmi berikut :

 i. Whatsapp 019-2794317/ 019-8488000

ii. Portal e-aduan.kpdnhep

iii. Call Centre 1-800-886-800

iv. Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my v. Ez ADU KPDNHEP

vi. Bilik Gerakan KPDNHEP Selangor (setiap hari 8.00 pagi6.00 petang) 03 5514 4393

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang