Slank Bakal Gegar Kuala Lumpur 19 November Ini



Oleh: Nazrul

Kumpulan Slank yang dianggotai oleh vokalis Kaka, Bimbim (dram), Abdee Negara (gitar), Ridho (gitar) dan Ivanka (bass) yang membawa aliran muzik rock pernah muncul dengan 24 buah album antaranya Suit suit...he..he.. (1991), Mata Hati Reformasi, Tujuh "Slow But Sure", Anthem for the Broken-Hearted, Virus dan banyak lagi.

Ini bukanlah kali pertama Slank menjejakkan kakinya ke Malaysia, kumpulan yang benuansakan rock ini pernah di undang oleh kumpulan Search pada tahun 2007 yang ketika itu merayakan ulangtahun penubuhan mereka yang ke 25 tahun. Sepatutnya Slank juga turut berkongsi pentas bersama Search, Loudness dan Rusty Blade pada tahun 2013 namun menemui jalan buntu apabila jerubu melanda negara ketika itu. Selepas itu mereka tampil dengan konsert solo mereka pada 2016.

Sempena ulang tahun ke-40 dalam industri, kumpulan rock terkenal Indonesia Slank akan mengadakan 'Konsert 4 Dekad Slank' di Zepp Kuala Lumpur pada 19 November depan.

Slank yang terkenal dengan lagu I Miss U but I hate U bakal beraksi dalam persembahan selama dua jam dengan dendangan lagu-lagu hits mereka sepanjang 40 tahun dalam industri muzik.

Menurut penganjur TBRW Global Sdn Bhd, Wan Norul Fadly dalam kenyataan media memaklumkan pihak mereka berterima kasih dan gembira dengan kesudian Slank untuk terbang ke Malaysia dan membuat persembahan di sini.

Kami membawakan sebuah kumpulan lagenda Indonesia dan kami berasa sangat gembira untuk mengumumkan Konsert 4 Dekad Slank akan diadakan pada 19 November ini,” ujar Norul Fadly.

Pengaruh muzik Slank sangat luas dan besar di Indonesia. Sehingga kini, Slank telah menghasilkan 20 album, bermula dengan album sulung mereka berjudul Suit suit... hey hey pada 1992. Slank punya jutaan peminat di Indonesia dan di luar negara. Peminat Slank menggelarkan diri mereka sebagai Slankers.


Slank juga pernah mengadakan konsert di Jepun, Korea, Hong Kong, Amerika dan Eropah. Selain mengadakan konsert, pada 2006 Slank pernah menghasilkan album di Amerika. Seterusnya pada 2008, Slank pernah berkolaborasi dengan kumpulan rock Jepun, The Big Hip menghasilkan album.

Pembelian tiket boleh dibuat di https://www.ticket2u.com.my bermula 23 September lalu. Harga tiket bermula dari harga (pembelian awal) kategori 4 (RM 298), kategori 3 (RM 398), kategori 2 (RM 198) dan kategori 1 (RM 238) manakala harga biasa kategori 4 (RM 318), kategori 3 (RM 418), kategori 2 (RM 218) dan kategori 1 (RM 258).

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang