Radja dan Repvblik Bakal Kongsi Pentas November Ini

 

Yuri Hendrian (kiri) dan Ian Kasela kongsi pentas November ini. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Kuala Lumpur (Oleh: Nazrul.)

Kumpulan popular dari Indonesia, Radja dan Repvblik bakal membuat kemunculan di Malaysia menerusi Konsert Repvblik Radja Live In Kuala Lumpur di World Trade Centra, Kuala Lumpur pada 13 November ini. 

Kemunculan kedua-dua kumpulan terbabit pasti ditunggu peminat masing-masing di sini, apatah lagi mereka mempunyai deretan lagu yang menjadi siulan ramai. Radja bersama muzik balada yang diperjuangkan mereka, umpamanya, cukup popular dengan lagu Jujur, Takkan Melupakanmu dan Bilang Cinta. Kali terakhir Radja mengadakan persembahan di sini adalah pada 2006 dan mereka sepatutnya mengadakan konsert Malaikat Cinta di Malaysia pada 5 Mei 2018, namun ianya terpaksa di batalkan oleh pihak penganjur.

Radja dan Repvblik bersama pihak penganjur. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Kedatangan mereka kali ini bakal menjadi saat yang penting dan bersejarah buat mereka dan peminat tempatan dan Indonesia khususnya kerana mereka belum pernah di satukan di atas sebuah pentas.

“Radja sendiri pernah terpalit dengan pelbagai isu, malah sebelum ini ada anggota yang menarik diri. Semuanya itu bukan alasan dan halangan, Radja kini sudah ‘Reunion’. Kekuatan dan dimensi baru Radja akan kami buktikan”, ujar Ian Kasela selaku vokalis. Ian atau nama sebenarnya Iandhika Mulya Ramadan turut berterima kasih kepada peminat di Malaysia yang tidak pernah jemu memberi sokongan saat jatuh dan bangunnya Radja.


Sementara itu, Repvblik yang mempunyai banyak lagu popular seperti Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga, Aku Takut dan banyak lagi serta masih lagi kekal di mana Ruri (vokalis), Hexa (gitar rhythm), Lavy (bass), Tyar (keyboard), Randy (pemain dram), dan Ei (gitar lead) terus menjulang nama Repvblik.


Persembahan di Malaysia ini juga menjadi lambang apresiasi buat semua peminat yang tidak pernah jemu memberikan sokongan, walaupun pernah satu ketika kami sepatutnya mengadakan konsert di Kuala Lumpur, namun ianya terpaksa dibatalkan, kata vokalis kumpulan itu, Ruri, sewaktu sesi sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Yusni Ismail (Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa Mukmin Sdn Bhd) selaku penganjur konsert. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

“Konsert Repvblik dan Radja merupakan bonus yang sengaja kami berikan kepada penggemar yang hadir kelak kerana kedua-duanya mempunyai peminat yang berbeza tetapi paksinya sama iaitu muzik balada yang sekaligus bakal mengimbau kenangan”, ujar Yusni Ismail.

Yusni yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa Mukmin Sdn Bhd turut memaklumkan bahawa setiap pembelian tiket akan mendapat potongan harga istimewa untuk setiap pembelian. Namun ianya terhad selama 3 minggu dimana penjualan tiket telah bermula pada 26 September ini.

“Pihak kami berjanji akan memberikan sebuah konsert yang cukup indah dengan penataan cahaya serta sistem bunyi yang terbaik untuk peminat. Selaras dengan spesifikasi peralatan yang dipersetujui oleh kedua-dua kumpulan”, ujarnya.

Konsert anjuran Angkasa Mukmin Sdn Bhd turut mengajak peminat menghayati lantunan lagu dengan gaya yang cukup santai tanpa rasa tertekan kerana peminat akan duduk di kerusi yang disediakan.

Tiket-tiket boleh didapati dengan melayari www.ilassotickets.com

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang