'HYPE NIGHT IN KL' dapat menyatukan dua negara dalam satu konsert.

Penganjur berharap 'Hype Night In KL' dapat menyatukan dua negara dalam satu konsert. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Kuala Lumpur (Oleh: Norazni)

Selepas kerajaan mengumumkan fasa endemik dalam negara, industri hiburan tanah air kembali bernyawa dengan menyaksikan pelbagai aktiviti seni dan persembahan pentas diadakan.Tidak ketinggalan beberapa penganjuran konsert berskala besar yang dianjurkan bermula Mei lalu membabitkan beberapa penyanyi terkenal, termasuklah dari juar negara. Sekali gus member! bayangan sokongan padu peminat masih ada. Terbaharu, Konsert Hype Night In Kuala Lumpur 2022 yang dianjurkan oleh NJ Setia bakal diadakan di KWC StarXpo Kuala Lumpur pada 23 Oktober 2022. 

Konsert Hype Night In Kuala Lumpur bakal menampilkan kolaborasi hebat penyanyi dari dua negara Malaysia dan indonesia. Dari Malaysia, Ezad Lazim, Amir Masdi dan Najwa Latif. 

Sesi sidang video turut diadakan antara artis Malaysia dan Indonesia. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Sesi bergambar bersama artis dari Indonesia. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Sementara dari Indonesia pula barisan penyanyi yang tular dan mempunyai lebih 15 juta pengikut di media sosial seperti Tri Suaka, Nabilah Maharani, Zidan, Angga Candra dan Valdy Nyok. 

Penganjur NJ Setia berkata, pihaknya mengambil peluang dalam membentuk sebuah konsep persembahan kolaborasi antara influencer Indonesia dan Malaysia yang segar dan sesuai dengan peredaran industri muzik serantau. 

Menurut pihak penganjur juga, konsert ini adalah ruang terbaik penyanyi dari Indonesia membuktikan kemampuan sebenar mereka untuk menghiburkan penonton dan peminat dari Malaysia, Singapura dan Brunei. 

En Hakim (Penganjur NJ Setia) berkata jumlah tontonan peminat di Youtube membuat dia berminat untuk menjemput Nabila,Tria Suaka, Zidan, Valdy Nyok dan Angga Candra di 'Hype Night In KL'. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Peminat dan penonton yang hadir pada Konsert Hype Night In Kuala Lumpur 2022 nanti bakal disajikan dengan persembahan solo dan duet dengan 21 lagu di bawah pimpinan pengarah muzik Along Exists. Ditanya mengenai susunan muzik beliau berkata "Saya akan menyusun muzik bersesuaian dengan konsert walaupun penyanyi dari Indonesia lebih dengan cara susunan muzik  mereka seperti mana yang peminat mereka tahu".

Along Exits ketika menjawab soalan media. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Tiket menyaksikan konsert ini boleh didapati menerusi laman web www.tiket2u.com m . Harga tiket bermula dari RM128 hingga RM248.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang