Siri Jelajah Ramli Sarip Bermula di Melaka 14 Oktober Ini

“Kita terpaksa bermula di Melaka kerana tiada jodoh saya untuk beraksi di Johor"...Datuk Ramli Sarip Foto: Nazrul

(Melaka) Oleh:Nazrul

Datuk Ramli Sarip atau lebih mesra dengan gelaran Papa Rock bakal mengadakan Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 dengan tema “Cinta Disebalik Musim”. Lapan tahun lalu, beliau pernah mengadakan konsert siri jelajah Blues Buat Teman Tour 2014 yang bertujuan membantu rakan-rakan artis seperti Allahyarham Yazit Search, Hamid Black Dog Bone dan keluarga kepada Allahyarham Samad Mian Lefthanded.

Berbeza dengan konsert jelajah pada kali ini yang lebih memfokuskan untuk mempromosi album penuhnya berjudul Rasa yang diterbitkan pada tahun lepas. Konsert yang bakal berlangsung di LaCrista Hotel Melaka pada 14 Oktober ini merupakan lokasi pertama siri jelajah “Cinta Disebalik Musim”. Konsert yang dijadualkan akan bermula pada jam 8,45 malam itu adalah hasil kerjasama pihak hotel dan Rasa Karya Sdn Bhd itu bertujuan menyampaikan pelbagai mesej kepada masyarakat.

“Kita terpaksa bermula di Melaka kerana tiada jodoh saya untuk beraksi di Johor, namun ianya sedikit pun tidak akan melemahkan semangat saya untuk meneruskan siri jelajah ini seperti yang dirancang”, ujar Datuk Ramli Sarip ketika ditemui di LaCrista Hotel, Melaka baru-baru ini.

Pengarah Urusan LaCrista Hotel Datuk Rosthman Ibrahim (kiri) menyampaikan cederahati kepada Datuk Ramli Sarip. Foto: Nazrul

“Apa yang pasti dan lebih menarik ialah konsert di Melaka akan lebih terbuka ruang litupnya tidak bergantung pada tema, Cinta Disebalik Musim. Ianya lebih berat namun bergantung kepada situasi “, ujarnya lagi.

“Album Rasa bukan hanya mengandungi cerita tentang perjalanan muzik seseorang penghibur atau penyanyi malah elemen perkembangan muzik turut mengikut waktu dan keadaan turut menjadi kelainannya”.

Menurut beliau, konsert yang diadakan bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi turut menyampaikan mesej penting kepada para penonton yang hadir. Seramai tujuh pemuzik hebat bakal bergandingan dalam membawakan lagu-lagu terbaharu daripada album Rasa selain lagu-lagu malar segar yang masih mahu didengari para peminat.

“Menerusi lagu-lagu yang dipersembahkan, apa yang disampaikan merangkumi aspek kerohanian seperti ketuhanan, kehidupan dan kemasyarakatan. Tak semua tempat persembahannya sama. Apa yang boleh saya beritahu, persamaannya hanyalah 70 peratus sahaja manakala 30 peratus lagi bergantung kepada situasi. Selera penonton berbeza- beza kerana ada yang suka muzik yang keras, ada yang lebih menyukai tradisional dan tak kurang pula yang gemar genre puisi".

Penonton juga dijanjikan dengan sistem bunyi yang berkualiti selain penataan cahaya yang menarik agar ianya selari dengan apa yang anda bayar. Sebanyak tujuh lokasi sudah dikenal pasti iaitu Melaka dengan tema Ramli Sarip (14 Oktober) sama dengan Kuala Lumpur (29 Oktober), Sabah dengan tema Sentosa di Kubur Hayat (12 November), Sarawak dengan tema Cinta Di sebalik Musim (20 November) dan Kelantan dengan tema Srikandi Zaman (25 & 26 November).

Sebagai penghargaan kepada peminat yang tidak pernah jemu memberi sokongan, mereka yang membeli cakera padat (CD) dan vinyl album rasa mendapat diskaun menarik hanya dengan menunjukkan tiket konsert di kaunter merchandising. Tiket untuk menyaksikan konsert boleh didapati dengan harga RM385.00 dan RM205.00. 

Pembelian boleh dibuat dengan melayari www.ilassotickets.com

Comments

  1. Terbaik shbtku. Gua mmg suka nukilan lu shbt. Alhamdulillah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang