ANGKASA SASAR LEBIH 20 PERSATUAN RUMAH ANAK YATIM MELALUI PROGRAM CSR
Petaling Jaya
Oleh: Nazrul
Rumah Anak-anak Yatim Hajah Kamariah, Taman Medan telah menerima sumbangan keperluan asas
daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menerusi Program ‘Coop Care’
yang telah diwujudkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA hari ini.
Presiden ANGKASA merangkap Presiden Asean Co-operative Organization (ACO) Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya menghargai pihak pengurusan rumah anak yatim yang telah
memberikan khidmat bakti selama lebih 35 tahun untuk membantu anak-anak yatim dan golongan
ibu tunggal yang berada di sekitar Taman Medan.
![]() |
YBhg Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah-Presiden ANGKASA meninjau serta beramah mesra bersama pengetua Rumah Kebajikan Hajah Kamariah Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
ANGKASA juga menzahirkan penghargaan melalui penyerahan barang keperluan harian serta pakaian
sekolah selaras dengan Inisiatif kami menggerakkan program tanggungjawab sosial koperasi (CSR)
bertepatan dengan Prinsip Koperasi Ketujuh iaitu Berprihatin Terhadap Masyarakat.
“Meskipun Covid dan bencana banjir telah berkurangan, namun kami terus beriltizam untuk terus
memberikan khidmat bakti selaras dengan “ Coop Care”. Sehingga kini ANGKASA telah
membelanjakan lebih 5 juta menerusi program ini.
Beliau juga turut menyeru semua persatuan koperasi yang telah ditubuhkan agar memberikan serta
menghulurkan sumbangan berupa pakaian, kewangan serta tenaga kerja sekiranya ada dikalangan
ahli mahupun masyarakat setempat di landa musibah.
![]() |
YBhg Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah-Presiden ANGKASA (kanan) menyantuni penghuni Rumah Kebajikan Hajah Kamariah Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
![]() |
YBhg Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah-Presiden ANGKASA (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Pengetua Rumah Kebajikan Hajah Kamariah Noorsidah Yahya (kanan). Foto: Azuddin Ahmad Zin |
Comments
Post a Comment