“Gila Gilaan” Kugiran Masdo X The Changcuters Undang ‘Havocs’

Kolaborasi yang cukup hebat, masing-masing punya aura yang tersendiri.. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Kolaborasi yang cukup hebat, masing-masing punya aura yang tersendiri meskipun berbeza genre namun penyatuan di atas satu pentas pastinya memberi impak yang mendalam kepada khalayak. Buktinya lebih 2000 peminat telah berjaya mereka kumpulkan dalam Zepp Kuala Lumpur pada 29 Disember lalu. Biarpun ianya di adakan pada hari biasa Kugiran Masdo dan The Changcuters membuktikan bahawa mereka kini berada di platform yang betul dan punya ‘mania’ yang tidak mampu diganggu gugat. Bermimpi itu tidak salah, malah melaluinya kita akan berusaha untuk merialitikannya. “Ini memang impian yang sudah lama kami simpan dan akhirnya terlaksana, Zepp KL menjadi saksi dua genre muzik bersatu sekali gus meninggalkan pengalaman yang luar biasa kepada peminat kami,” ujar Ali sewaktu ditemui sebelum konsert bermula. “Selain pertama kali berganding bersama, kami memandang konsert ini sebaga...