INTEAM lancar lagu dan muzik video "SELIMUT KASIH".

Majlis penyerahan sumbangan dari Inteam kepada Peduli Insan. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


SHAH ALAM.

Oleh: Norazni.

Pertubuhan Kemanusiaan, Peduli Insan meneruskan misi bantuan musim sejuk tahun 2022 yang mensasarkan tiga negara iaitu, Syria, Palestin dan Yaman.

Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan) dalam kenyataan hari ini berkata melalui Ikon Kemanusiaan mereka, Inteam, berjaya mengumpulkan dana bantuan untuk Syria sebanyak RM1,025,252.75 sepanjang tahun 2022.

“Dana yang terkumpul itu telah dimanfaatkan kepada 10,000 pelarian Syria sepanjang tahun 2022 di dalam bentuk bantuan berupa kit makanan, membaik pulih khemah, pendidikan, bantuan kecemasan serta alat pemanas dan bahan bakar yang amat penting untuk mengharungi musim sejuk,” katanya.

En Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan (Pengerusi Peduli Insan) ketika memberikan ucapan. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

 

Inteam yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Lagu & Muzik Video Selimut Kasih menzahirkan rasa syukur di atas sokongan peminat yang turut sama menyumbang bagi membantu pelarian Syria berharap agar kerjasama yang terjalin bersama Peduli Insan ini dapat diteruskan dengan usaha yang pelbagai di masa hadapan yang mampu memberikan impak positif melalui nilai kreatif. Lagu Selimut Kasih telah tercalon di dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik menerusi Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) pada September lalu.

“Alhamdulillah Inteam telah menghasilkan sebuah lagu berjudul Selimut Kasih yang menceritakan keperitan hidup sebagai seorang pelarian melalui bait lirik tulisan yang diilhamkan oleh air tangan Fedtri Yahya. Muzik video lagu ini juga dirakamkan ketika Inteam menyertai misi kemanusiaan Musim Sejuk Syria bersama Peduli Insan pada awal tahun ini,” kata Syah selaku ketua kumpulan dan pencipta lagu Selimut Kasih.

Kumpulan nasyid INTEAM. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang