Versi Berbeza Konsert Rock Hujung Benua



Kuala Lumpur.

Oleh: Nazrul.

Fenomena berbeza bakal disaksikan oleh penduduk Tanjung Piai di Johor ketika mereka mendepani air pasang besar dan deras, namun di sebalik kegusaran tersebut mereka bakal di sajikan dengan Pesta Air Pasang Besar Tanjung Piai.

Bagaimanapun ia telah dikenalpasti sebagai kawasan yang selamat untuk tujuan itu. Lebih menarik ianya bakal mempromosikan pesta berkenaan yang diibaratkan sebagai ‘serampang dua mata’, dimana ianya turut diadakan satu “Konsert Amal Rock Hujung Benua Asia 2022” bakal berlangsung dengan mengetengahkan 30 lagu legenda Rock pada 24 Disember ini. Zack selaku wakil dari syarikat AirDome Event Solution yang juga penganjur konsert berkenaan berkata, konsert yang akan berlangsung di pekarangan tempat letak kereta Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian, Johor adalah kemuncak acara di dalam Pesta Air Pasang Besar Tanjung Piai 2022.


“Acara ini disokong oleh Kementerian Pelancongan melalui Tourism Malaysia di bawah inisiatif Pelan Pemulihan Pelancongan 2022, kami bersyukur ada sedikit dana diberi untuk tujuan ini.

“Konsert ini dihoskan oleh Persatuan Kebajikan Artis-artis Johor Bahru (The Legend) ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli persatuan yang sudah tidak aktif berkarya sambil mengumpulkan artis- artis lama dan baru dalam satu konsert.

“Konsert ini juga adalah salah satu acara yang telah direncanakan untuk mempromosi Pesta Air Pasang Besar Tanjung Piai 2022, percutian selamat untuk keluarga di samping berhibur,” ujarnya ketika sidang media di Restoran Oasis BBQ Garden pada 19 Disember lalu.


Seramai 10 orang artis yang terdiri daripada Man Kidal, Kumpulan Kristal, Bandi Amuk, Ayai Ilusi, Wom UG14, Pat Candy, Halim Rockers, Ucop Ahmad, Kumpulan O-Two dan Kumpulan DNA Band akan membuat persembahan pada malam konsert itu berlangsung.

Artis-artis ini akan menyampaikan lagu-lagu rock yang pernah dipopularkan oleh mereka dan artis- artis lain di bawah naungan persatuan sebagai tribute kepada mereka. Lebih menarik peminat dan penonton yang hadir bakal menyaksikan ‘battle’ petikan gitar antara Man Kidal, Rodi Kristal dan Pat Candy yang pastinya akan memukau para penonton.

Selain daripada persembahan nyanyian, para penonton juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang akan diadakan di sepanjang acara ini berlangsung.

Peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga Rm75 (Rock Zon), Rm135 (Stage Zon) dan RM235 (Premium). Pembelian boleh dibuat menerusi www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline konsert 016 3625 786 dan 016 2585 78.


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang