Barbarik Pentas Keras Penuh Dengan Kejutan – Joe Branko



Kuala Lumpur.

Oleh: Nazrul.

2 ikon lagenda rock tempatan bakal menggegar pentas Zepp, Kuala Lumpur yang akan di adakan pada 24 Disember bermula jam 8.45 malam. Gandingan mantap duo figura yang bukan sahaja berkongsi pentas malah akan menterjemahkan sebuah persembahan yang boleh dikategorikan sebagai kolaborasi yang amat dinantikan oleh peminat rock tanah air.

Muss atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 54, bukanlah nama asing dalam industri muzik. Selain menempa nama puluhan tahun bersama May, dia juga pernah menganggotai Wings sebelum mengambil keputusan untuk bergerak solo.

“Konsert Barbarik, Pentas Keras ini boleh di klasifikasikan sebagai reunion setelah hampir 20 tahun terpisah apabila masing-masing membawa haluan sendiri. Namun, kehadiran Muss di pentas ini diibaratkan sebagai misi untuk menyelesaikan beberapa agenda tertangguh sebelum ini”, ujar Joe sewaktu di temui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Muss pernah merakamkan empat album bersama Wings, lagu-lagu dari album tersebut cukup popular, malah masih diminati peminat sehingga kini. Tidak salah untuk Muss kembali dan mengulangi nostalgia kegemilangan itu, tambahan pula selepas album Mr. Barbarik dipasarkan, dia ambil keputusan undur diri. Dengan erti kata lain, dia tidak sempat promosikan album tersebut,” ujarnya.


Tidak dinafikan empat album sentuhan Muss, iaitu Biru Mata Hitamku, Mencari Asal Usul, Double Trouble 2 (bersama Search), Mr. Barbarik dan sebuah album raya berjudul Puisi Aidilfitri mempunyai kelainan dan identiti tersendiri. Muss dan Joe berjaya membawa muzik Wings keluar daripada acuanya, namun masih mengekalkan identiti sebenar.

“Memang ramai peminat yang ‘terlupa’ dengan kewujudan album Mr. Barbarik ini, tetapi lepas kita umumkan tentang konsert ini, ramai yang mula selongkar balik kaset lama, dan ternyata feel itu datang kembali dan mahu kami teruskan projek yang mula diimpikan sejak tahun 2017 lagi”.

“Bagi saya album Mr. Barbarik boleh dianggap sebagai dark album kerana ia cukup berbeza daripada album Wings terdahulu. Arrangement muziknya cukup unik berbanding yang lain. Mr. Barbarik punya keistimewaan sendiri yang sukar untuk dijelaskan,” jelas Joe.

Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir meminta Muss untuk turut serta dalam projek isitmewa ini bukan sesuatu yang mudah untuk dipersetujui. Menilai semula karyanya bersama Wings membuatkan dia perlu berfikir panjang sebelum memberi kata putus.


“Saya kenal Joe dah lama. Walaupun kami berkawan baik, tapi saya tahu cara kerja dan apa yang dia inginkan. Dia cukup profesional dan inginkan kesempurnaan dalam menghasilkan sesuatu material,

Jadi, bila dia jemput saya, pastinya saya kena fikir panjang. Bukan mudah nak layan lagu-lagu yang dirakam 20 tahun dahulu. Memang mencabar. Dulu lainlah, masih muda dan stamina pun power”, ujar Muss.

“Dahulu, saya fikir rakam album Mr. Barbarik ini memang buang masa sebab selesai recording, saya terus undur diri daripada Wings. Promosi langsung tak buat, tetapi tak sangka peminat masih bercerita dan dengar album tersebut. Sekaligus buatkan saya bersemangat untuk teruskan projekini.”, jelasnya.

“Selain Muss, konsert itu nanti bakal diserikan dengan kehadiran Mael XPDC, Asheed Def Gab C dan Mel yang pastinya bakal merungkai kemelut menerusi seleksi lagu-lagu yang bakal dipersembahkan pada malam tersebut. Setiap lagu ada cerita dan jiwanya, nak tahu apa kesudahannya kena datang, tonton dan hayati apa yang akan kami ceritakan”, jelas Joe pula.

Konsert Barbarik Pentas Keras bukan sekadar konsert biasa, ianya telah diperincikan dengan teliti samada daripada aspek persembahan, teknikal, cerita dan yang paling utama adalah penataan cahaya serta sistem bunyi yang akan menghidupkan sesebuah konsert.

Selain Joe dan Muss, konsert Barbarik ini turut mendapat kerjasama jitu oleh tiga pemuzik, iaitu Ainoll (drum), Rozaimie (gitar bass) dan Adi Yamin (keyboard/piano).

Untuk rekod, Mr Barbarik adalah merupakan album studio ke-11 Wings, ianya telah diterbitkan pada 2000 iaitu ketika Muss menjadi penyanyi Wings. Selain Joe dan Muss, album terbabit turut menampilkan Eddie (bass) dan Black (dram).

Peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM188 (CAT 1) dan RM268 (CAT 3) manakala (CAT 2 RM368) telah habis dijual menerusi laman sesawang ticket2U.com.my

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang