HAIKAL FARID - PUJAAN, QISTINA KHALED - BENCI BENCI TAPI RINDU



Subang Jaya.

Oleh: Norazni.

Lambakkan bakat baru yang tumbuh bagai cendawan di arena muzik tempatan kini sedikit sebanyak memberi saingan yang sihat di antara penggiat seni yang masih aktif dalam bidang ini. Tahun 2022 syarikat rakaman RUSA Music & MVM Music yang popular dengan menengahkan bakat dari penyanyi baharu yang berpotensi seperti Haikal Farid & Qistina Khaled telah mendapat respon positif dari pendengar muzik tempatan menerusi single terbaru mereka. Qistina Khaled & Haikal Farid juga dipilih sebagai figura utama bagi kolaborasi sulung di antara syarikat rakaman RUSA & MVM bersama universiti terkemuka iatu Sunway Universiti menerusi program pelancaran single terbaru mereka.

Bercakap mengenai langkah kerjaya seni Haikal Farid yang pernah mencuri tumpuan dari penampilan di kaca televisyen melalui episod Immortal Songs bagi artis M Nasir dan berjaya mendapat tempat kedua dalam episod tersebut. Terdahulu single pertama beliau bersama Asfan Shah, telah membuka peluang haikal bekerja keras untuk memahat nama dalam industri seni sejak 5 tahun lalu. Terbaru, beliau tampil dengan single Pujaan hasil ciptaan komposer berbakat Nash Kim yang juga merupakan kolaborasi sulung beliau bersama komposer ini. Haikal juga untuk rekod pernah bekerjasama bersama penyanyi Indonesia, Weswey menerusi single ciptaan maestro muzik terkenal Aubrey Suwito pada tahun 2021 menerusi single Perihal Dirimu.


Bakat baharu Qistina Khaled yang harus diberi tumpuan seterusnya tampil dengan single sulung yang juga merupakan OST bagi drama Pak Mat Clan, berjudul Benci Benci Tapi Rindu hasil ciptaan Jawasuki M.A.O dan beliau sendiri. Qistina yang merupakan artis naungan MVM Music telah terlebih dahulu memulakan karier beliau sebagai pelakon sejak 4 tahun yang lalu dan karier nyanyian pula, Qistina pernah menyertai program nyanyian Ceria Megastar Ministar anjuran Astro Ceria pada tahun 2019. Terdahulu sebelum beliau mengeluarkan single ini, Qistina pernah viral di sosial media akibat insiden langgar lari kereta di pusat bandar, dimana video tersebut pernah memasuki Top 10 video viral ditonton di YouTube Malaysia pada November yang lalu.


Kedua single Pujaan & Benci Benci Tapi Rindu kini boleh didengarkan di semua pelantar digital muzik termasuk Muzik Video di YouTube Rusa Music. Akhir sekali, seperti mana semua single sebelum ini, diharap karya mereka juga ini akan mendapat sokongan semua pihak media & radio tempatan. Segala info terkini boleh didapati melalui laman instagram @haikalfarid , @qistinakhaled , @rusamusic @mvmproduction dan tanda pagar #Pujaan #BenciBenciTapiRindu untuk mengetahui perkembangan lanjut bagi single ini.




Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang