Kolaborasi yang cukup hebat, masing-masing punya aura yang tersendiri meskipun berbeza genre
namun penyatuan di atas satu pentas pastinya memberi impak yang mendalam kepada khalayak.
Buktinya lebih 2000 peminat telah berjaya mereka kumpulkan dalam Zepp Kuala Lumpur pada 29
Disember lalu.
Biarpun ianya di adakan pada hari biasa Kugiran Masdo dan The Changcuters membuktikan bahawa
mereka kini berada di platform yang betul dan punya ‘mania’ yang tidak mampu diganggu gugat.
Bermimpi itu tidak salah, malah melaluinya kita akan berusaha untuk merialitikannya.
“Ini memang impian yang sudah lama kami simpan dan akhirnya terlaksana, Zepp KL menjadi saksi
dua genre muzik bersatu sekali gus meninggalkan pengalaman yang luar biasa kepada peminat
kami,” ujar Ali sewaktu ditemui sebelum konsert bermula.
“Selain pertama kali berganding bersama, kami memandang konsert ini sebagai platform untuk
melebarkan sayap muzik Masdo ke Indonesia dengan lebih luas. Bukan mudah untuk membolos
industri muzik di sana dan konsert ini semestinya satu peluang keemasan,” jelasnya.
 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin.
|
 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin.
|
“Bukan sahaja boleh membuatkan dua kugiran ini bersatu tetapi pada masa sama dapat
menghimpunkan ribuan peminat yang menjadi tulang belakang kami selama ini”, tambah
Mohammad Tria Ramadhani selaku vokalis The Changcuters.
“Banyak yang kami ingin berikan kepada peminat di Malaysia sejak kali terakhir mengadakan konsert
di sini sekitar 2016. Sekurang-kurangnya dapat melepaskan rindu dan mendendangkan lagu yang
belum pernah diperdengarkan buat peminat di Malaysia.
“Malah, peluang untuk bergabung bersama Masdo merupakan idea yang hebat. Mereka salah
sebuah kugiran Malaysia yang memberi pengalaman muzik terbaik,” ujarnya lagi.
 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin.
|
 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin.
|
Tirai Konsert “Kugiran Masdo X The Changcuters” terlebih dahulu dibuka oleh Kugiran Masdo. Band
yang membawa genre pop yeh yeh itu sudah pasti akan membuai khalayak dengan rantaian lagu-
lagu yang sudah cukup untuk dinikmati serta dihadam oleh para peminatnya.
Tidak perlu melatari pentas dengan hiasan yang memenuhi ruang LED yang disediakan, Kugiran
Masdo merantai peminat dengan lagu-lagu seperti Malam Pesta Rock n Roll, Teruna & Dara, Bunga,
Berduka Lara, Kasih & Sayang, Dewi Puspita, Lautan Asmara, Dinda dan Bercanda Di Malam Indah.
 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin.
|
Mereka juga turut membawakan single terbaru yang akan dilancarkan pada 13 Januari nanti. Lagu
Inilah JalanNya merupakan hasil lirik oleh Noh Hujan.
Berlalunya Masdo maka bermulalah adegan Rock & Roll yang akan diterjemahkan oleh The
Changcuters. Band yang ditubuhkan pada tahun 2004 dan dibarisi oleh Mohammad Tria Ramadhani
selaku vokalis, Muhammad Iqbal atau Qibil (gitaris), Arlanda Ghazali Langitan (gitaris), Dipa
Nandastyra Hasibuan (bass) dan Erick Nindyoastomo (drummer) terus mencipta legasinya.
Membuka pentas dengan intro Pria Idaman Wanita, yang disusun melodinya dengan cukup kemas
tentunya akan mengajak khalayak untuk terus ber rockin bersama. Pengalaman berada diatas
pentas pasti diguna sebaik mungkin.
Engapa Sahabat Pacarku sudah cukup untuk membawa hadirin menerawang dalam dunia mereka.
Aksi-aksi lincah The Changcuters sudah mengikat penonton untuk terus ke babak seterusnya.
Parampampam, Akhirnya Indah, Senandung Pertemankan, Berangkat, Suka Suka, Tarik Jabrix, Cari
Rasa, Bibeh, London dan Hantu menjadi sendaloka The Changcuters.Tanpa Gila gilaan ibarat pincang
persembahan The Changcuters, teriakkan khalayak dipenuhi.
 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin.
|
Penyatuan serta kolaborasi yang direncanakan mula di laksanakan, dua drum set, penyatuan gitaris,
untaian para bassis dan duo vokal dirialisasikan di atas satu pentas. 4 lagu menjadi taruhan, Rachun
Dunia, Miss Flawers Learns To Twist, Janji Manis dan Main Serong diaplikasikan secara santai namun
momentum yang di lontarkan pasti meninggalkan kesan. Inilah klimaks konsert Kugiran Masdo X
The Changcuters.
Comments
Post a Comment