Transisi 30 Tahun OAG Penuh Emosi



Shah Alam.

Oleh:Zizie Hashim.

 Bagi entiti yang mengikuti perjalanan seni OAG dari awal hingga kini, pastinya akan mengklasifikasikan peristiwa 25 Disember lalu sebagai lipatan sejarah yang penuh emosi. Menyaksikan OAG tetap maintain begitu, mengembalikan nostalgia melalui setlist 20 lagu-lagu lama dan baru, seraya menyelitkan mesej-mesej mencintai Allah yang satu. Bibir Radhi sang teraju utama, tidak putus-putus memuji kebesaran Allah mengajak semua berselawat nabi dan berdoa, sesuatu yang jarang-jarang kita dengar ketika 'konsert' tetapi seimbang karakter 'nakal' trademarknya, melakar sejarah tersendiri buat OAG setelah 30thn dlm indiestry.

Meski bermula sedikit lewat, hingga yang menunggu 'pishang' dan terasa 'kena sidai' pada awalnya tapi semuanya sudah 'kira halal' apabila lebih 5000 peminat setia pulang dengan rasa puas dan gembira. Pertama kali membuat konsert sebesar skala stadium, pasti ramai yang berfantasi bahawa OAG akan keluar dari pentas dengan gempak, gimik itu ini, tapi Radhi santai berbual-bual sama seperti gig biasa. Merendah diri, mungkin salah satu strategi mencari kelainan agar lebih intim dan dekat dengan peminat.

Qi, Ammal dan figura-figura penting dlm OAG turut memberi energi dan karisma 'elektrik' yang sama dari awal hingga 3 jam konsert berlangsung. Hadirin berpesta tidak kira tua muda, peminat-peminat OAG yang merentas generasi sama-sama bergoyang tangan dan kaki apabila lagu introduksi "Beautifool" memecah sepi.

Diikuti rapat dengan seleksi lagu-lagu awal OAG yang maintain segar "Horrible Adorable", "Spastic Youth", "Knocked Silly", "Biru" membuka set pertama, sehinggalah ke lagu paling sentimental value bagi aku "Figura Malaya" crowd berdansa jiwa dan raga, menghangatkan nuansa.

Lagu-lagu yang jarang-jarang kedengaran seperti "Venusia", "Danish", "Dayang", "Konspirasi Bising International" dan "Infiniti" mengisi slot seterusnya. Catchy dan sing-along membuatkan malam semakin panas bila lagu "Slumber" berkumandang. Irama Crunchy Pop Fuzz yg menjadi simbolik muzik OAG sememangnya menjadi malam tadi malam Rock N Roll yang akan di kenang dalam lipatan sejarah 30 tahun OAG.

Konsert di teruskan dengan line up bertukar ganti, barisan jentera instrumen yang pernah susah senang bersama OAG dlm tempoh 30 tahun, nama-nama besar seperti Andy (Flop Poppy), Edy (Gerhana SkaCinta), Naza (The Times), Alim, Nizam, Izmer, Yen dan Bakri memeriahkan malam. Set seterusnya memperlihatkan instrumen tambahan seperti biola, double bass, trompet, seksofon naik ke atas pentas yang pastinya bakal membawa peminat menerawang kea lam orchestra.

Radhi, di antara slot lagu-lagu sempat menyelitkan lirik² lagu "Ori" untuk suara-suara peminat dirakamkan bagi projek terbaru OAG, sporting sing-along dan tidak mahu ketinggalan menjadi sebahagian dari sejarah yang dicipta.

Klimaks kepada malam tersebut adalah apabila "Senyuman Ragamu" bergema. Hampir seluruh stadium berdiri dan skankin bersama, aura OAG yang meremangkan bulu roma semakin menggila bila "Name of the Game" ke udara. Sebuah lagu cover terselit "Look Back In Anger" menggamatkan stadium dengan suara² menyanyi bersama.

Pastinya lagu-lagu wajib seperti "Akustatik", "Nowhy2", "Sentuhan", "Biru" "Generasiku" dan "PerMySuri" yang mengangkat nama OAG kalau tidak masuk setlist memang sengaja ajak gaduh.

Seleksi lagu-lagu ini mengisi slot-slot terakhir sebelum stadium bergema dengan laungan mahukan lagu terakhir "60s TV" berulang kali.

Cetusan fenomena OAG tiada siapa yang dapat menyangkal malah ianya di rialisasikan oleh pihak Kongres Muzika Malaysia dan BSX Box Sdn Bhd serta Ahmad Radzi Abdul Hamid yang bertindak selaku Penerbit. Tanpa 60s TV lagu terakhir yang diharapkan tidak berakhir di situ kerana semua mengharapkan "lebih" lagi dari OAG selepas ini. Terus berkarya seni-seni ori yang tak lapuk di makan zaman biar pun berpuluh tahun lagi berkumandang dan jentik lebih banyak jiwa.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang