Skuad MAIWP Insani Sertai Misi Bantuan Banjir

Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar melepaskan konvoi misi bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Batu Caves.

Oleh: Nazrul.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM6 juta bagi membantu mangsa banjir khususnya di negeri Pantai Timur.

"MAIWP turut memperuntukkan RM1 juta yang dikoordinasikan oleh JAKIM di bawah agensi-agensi agama di bawah Menteri Agama sebanyak RM1 juta untuk disatukan dalam bajet Kerajaan Persekutuan membantu mangsa-mangsa banjir", ujar Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar. 

Beliau berkata RM2 juta lagi untuk misi bantuan banjir dan barangan sumbangan seperti jag air elektrik, sejadah, kain batik, kain pelikat serta alatan pembersihan.

Sementara itu, sebanyak RM1 juta disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan kit solat menerusi Skuad Musa’adah iaitu agensi di bawah Menteri Agama Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

“Peruntukan RM6 juta merupakan wang zakat daripada pembayar zakat dan kami berterima kasihkepada kesemua pembayar zakat,” ujar beliau selepas upacara penyerahan vest Skuad MAIWP INSANI di Darul Kifayah MAIWP Batu Caves pada 28 Disember lalu.

Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar menampal logo MAIWP INSANI bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Dalam masa sama, pihaknya turut memobilisasikan Skuad MAIWP INSANI ke Kelantan dan Terengganu bermula hari ini hingga Jumaat bagi membantu membasuh rumah-rumah mangsa banjir di negeri-negeri terkesan.

Seramai 108 pegawai MAIWP, anak syarikat MAIWP dan badan bukan kerajaan (NGO) turut terlibat dalam menyalurkan bantuan barangan kelengkapan berkenaan yang merangkumi 1,500 mangsa banjir di setiap negeri yang terlibat.

Bergambar sebelum memulakan Misi Bantuan. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

“Pada peringkat awal mungkin banyak sokongan tetapi ketika pascabanjir ini, ianya memerlukan tenaga dan kudrat manusia untuk mereka yang terkesan terutamanya bagi membersihkan rumah dan mengembalikannya dalam keadaan asal".

Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar kemudiannya melepaskan konvoi misi bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya.

Kira-kira lebih daripada 10 buah kenderaan pacuan empat roda serta lori membawa barangan keperluan digerakkan ke Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Kerja-kerja memuat naik barangan keperluan asas giat dijalankan. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Konvoi misi bantuan dilepaskan oleh Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya. Foto: Azuddin Ahmad Zin.




Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang