Siri Jelajah Ehsan Rakyat 2.0 Akan Bermula 15 Januari 2023

YB Tuan Ng Suee Lim (Tuan Speakar Dewan Negeri Selangor), isteri MB Sel, YAB Dato' Seri Amiruddin Shari (Dato Menteri Besar Selangor), Dr.Mohamad Khairil Bin Mohamad Razi (Ketua Pegawai Eksekutif PKPS) dan YB Tuan Ir Izham Hashim (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani Selangor) di Majlis Apresiasi Jelajah Ehsan Rakyat di Wisma PKPS. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

 

Shah Alam.

Oleh: Nazrul.

Kerajaan negeri akan meneruskan program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) 2.0 pada 15 Januari depan yang dijangka memberi manfaat kepada 800,000 penduduk Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata program berkenaan juga akan membabitkan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Koperasi Warga Hijrah Selangor (Kohijrah).

Asas perbincangan sudah kita buat dan dianggarkan RM10 juta ke RM15 juta perlu dibelanjakan kerajaan negeri untuk meneruskan usaha mengurangkan bebanan rakyat sebelum harga dan kawalan yang dilaksanakan kerajaan di peringkat Persekutuan mendatangkan hasil”, ujarnya kepada media selepas menghadiri Majlis Apresiasi Jelajah Ehsan Rakyat di Wisma PKPS di Shah Alam pada 13 Disember lalu.

 Dato Menteri Besar Selango rdan isteri sempat berswafoto bersama tetamu yang hadir. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Sebelum ini JER menawarkan barangan basah seperti ayam, ikan, daging, telur, beras dan minyak masak. Selepas ini kita akan perbaiki dan tampil dengan skala yang lebih besar namun ianya bergantung kepada barangan dari Kohijrah serta pembekal kita tambahnya.

“Ramai yang ingin program berkenaan dijalankan setiap hari di tempat masing-masing bagaimanapun ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan negeri”. Jelas MB Selangor.

Ucapan perasmian Dato Menteri Besar Selangor . Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Dato Menteri Besar Selangor ketika menjawab soalan media. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Sebelum ini beliau telah mengumumkan inisiatif JER pada 31 Ogos lalu dan program itu dilaksanakan di sembilan daerah hampir setiap hari. Program yang bermula pada September lalu telah berjaya memanfaatkan lebih 500,000 pembeli dengan subsidi berjumlah RM5 juta.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menguruskan jualan murah berkenaan menawarkan barangan seperti ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan). Turut dijual pada harga murah ialah ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Dato Menteri Besar Selangor bergambar bersama isteri serta Dr.Mohamad Khairil Bin Mohamad Razi (Ketua Pegawai Eksekutif PKPS) dan Dato' Awie. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang