OAG Rai Ulangtahun Ke 30 Generasiku


“Selama ini, ramai yang bertanya bila OAG nak buat konsert", kata Radhi OAG. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Kota Damansara.

Oleh: Nazrul.

30 tahun bersama dalam memartabatkan muzik yang digalas walaupun ahli kumpulan sering bertukar ganti, namun ia sedikit pun tidak melenyapkan jenama Old Automatic Garbage (OAG), malah jenama tersebut kekal relevan hingga kini apatah lagi mereka yang menggemari genre alternatif.

Sempena ulang tahun ke-30 penubuhannya, kumpulan OAG yang popular dengan lagu 60’s TV, Slumber dan Generasiku bakal mengadakan persembahan pada 25 Disember ini Stadium Melawati, Shah Alam.

Konsert Generasiku anjuran BSX Box dan Kongres Muzika Malaysia akan bermula jam 3 petang sehingga lewat malam bagi dapat mengumpulkan seluruh peminat OAG dari serata dunia dan dari pelbagai peringkat umur.

Tarikh itu dipilih bagi mengingati penubuhan OAG pada 25 Disember 1992 apabila mereka menyaksikan Konsert Ikhlas di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Dari situ tercetus idea penubuhan OAG yang dibarisi Radhi (penyanyi, gitar), Lam (bass), Ivan (gitar) dan Qi (dram).

“Tanpa disedari OAG bakal menyambut ulang tahun ke-30 tahun sempena penubuhannya, bagi mengembalikan nostalgia 30 tahun lalu, kami sepakat muncul semula. Konsert ini merupakan hadiah buat peminat yang sentiasa memberikan sokongan”, ujar Radhi ketika ditemui sewaktu sidang media sempena konsert Generasiku.

Menurut Radhi, dia cukup teruja dengan perancangan tersebut selepas kali terakhir mereka berkumpul dan berkongsi pentas 24 tahun lalu.

“Selama ini, ramai yang bertanya bila OAG nak buat konsert, kami memang nak buat namun kekangan waktu dan komitmen tugas daripada anggota yang memaksa kami lupakannya”, ujarnya lagi.

“Alhamdulillah, selepas duduk berbincang mengenai perkara ini, akhirnya ianya direalisasikan. Ia juga menjadi konsert yang bakal merungkai nostalgia buat peminat yang membesar dengan lagu OAG,” katanya.

“Istimewanya mengenai konsert ini adalah rakaman secara live suara peminat yang akan dimasukkan ke dalam single terbaru berjudul ORI yang turut akan di lancarkan sewaktu konsert berkenaan”

Konsert Generasiku anjuran BSX Box dan Kongres Muzika Malaysia. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Menerusi konsert yang berdurasi lebih 2 jam itu, OAG bakal mempersembahkan lebih 25 buah lagu, lebih menarik ianya akan membawa peminat kembali bernostalgia selain menghimpunkan anggota yang pernah membarisi OAG.

Sementara itu, Naza yang kini bersama The Times meluahkan rasa teruja untuk beraksi kembali bersama kumpulan yang pernah mengangkat namanya dalam bidang muzik.

Naza berkata, konsert itu bukan untuk hiburan semata-mata, sebaliknya lebih kepada mengimbau semula perjalanan muzik OAG sepanjang 30 tahun.

“Biarpun sudah banyak kumpulan baru muncul, saya percaya peminat OAG masih ada". Foto: Azuddin Ahmad Zin.

“Saya sudah tak sabar nak buat persembahan. Sejak awal perancangan lagi, saya sudah berasakan auranya. Saya berani beri jaminan penonton tak akan bosan dengan persembahan kami nanti. Pendek kata, tiket yang dibeli berbaloi”, ujar Qi

“Kalau ikutkan agak lama juga saya tidak beraksi bersama OAG, jadi ini kesempatan terbaik untuk kami memberikan persembahan terbaik khas untuk peminat. Sebagaimana mereka rindukan OAG, begitu juga perasaan rindu saya terhadap peminat.

“Biarpun sudah banyak kumpulan baru muncul, saya percaya peminat OAG masih ada. Sokongan diberikan membuatkan kami lebih bersemangat untuk menghiburkan mereka,” katanya.

Tiket-tiket berharga RM168 (Zon Slumber), RM188 (Zon Generasiku), RM238 (Zon Akustatik), RM268 (Zon Beautifool), RM288 (Zon Permysuri) dan RM308 (Zon Infiniti) boleh didapati menerusi http://ilassotickets.com

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang