Posts

Showing posts from November, 2022

Pertama Kali Di Malaysia, Merayakan Payung Teduh (Parade Hujan) dan Efek Rumah Kaca Bersenandung Di Zepp KL

Image
Payung Teduh (Parade Hujan) dan Efek Rumah Kaca bakal Bersenandung Malam Di Zepp KL. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kuala Lumpur. Oleh: Norazni. Senandung Malam. Begitu signifikan nama yang dipilih penganjur Neptunes Presents untuk konsert perdana kali yang membuat Payung Teduh X Pusakata, Efek Rumah Kaca akan bernikah di bawah payung dan dalam rumah yang sama.  Pastinya Senandung Malam yang dijadualkan berlangsung di Zepp KL pada 30 November 2022 kelak akan meninggalkan momen tersendiri dalam suasana hangat yang sukar untuk dihuraikan.  Apa lagi mendengar Payung Teduh X Pusakata, Efek Rumah Kaca beraksi di atas pentas yang sama adalah sebuah bonus. Senandung senandung mereka akan membuat semua kecanduan.  Senandung senandung mereka seperti Akad dan Menuju Senja (Payung Teduh) atau Jatuh Cinta itu Biasa, Sebelah Mata dan Merdeka pasti akan membuai emosi peminat di sebalik permainan folk dan rock dari genre band masing masing.  Bagi Neptunes Presents, mengumpulkan mantan vokalis Payung Teduh,

Sukun dan Rhythmask Berpisah Tiada

Image
Oleh: Nazrul. Kehadirannya dalam dunia kartunis sememangnya merancakkan lagi industri komik sekitar tahun 90- an. Bukanlah satu perkara mudah untuk menempatkan diri dalam kalangan kartunis-kartunis otai ketika itu, namun bagi Md Hanafi Othman atau lebih dikenali dengan nama kartunisnya Sukun tetap berusaha tanpa mengenal erti putus asa. Kalau anda pengikut setia majalah Ujang, tak kiralah majalah Ujang lama atau majalah Ujang baru, maka Kartunis Sukun memang tidak asing lagi kecuali anda memang makhluk asing yang terasing di planet asing antah berantah. Sukun adalah salah seorang legend dalam sejarah kartun Malaysia. Sukun amat popular dengan kartun Workshop dan watak Cupin dengan motornya. Sukun kini melangkah setapak lagi, meskipun bukan melalui dunia kartun namun eksplorasinya terhadap dunia muzik ternyata menjadi kenyataan. Bukan berniat untuk meniru rakan sejawatnya Gayour yang tampil dengan “Bersama Selamanya D Album” dan Aie yang tampil dengan “Blues Untuk Aku”. “Ini bukanlah an

“Igauan Malam” Pertaruhan Terbaru Imsoniacks

Image
 “Igauan Malam” Pertaruhan Terbaru Imsoniacks... Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Tiga anak muda ini punya cita-cita tinggi dalam industri hiburan tanah air. Bukan sahaja mempertaruhkan muzik dibawa, malah mereka yang bergerak dalam band dikenali sebagai Insomniacks ini turut mengetengahkan bakat sebagai komposer dan penulis lirik. Tanpa disedari, sudah 7 tahun pembabitan mereka sebagai pemuzik. Sepanjang tempoh itu, Insomniacks sudah menghasilkan dua single dan satu album EP yang memuatkan lima lagu. Single mereka berjudul Sempurna yang dilancarkan pada 14 Februari yang lalu telah menduduki carta RIM selama 39 minggu berturut-turut dan Insomniacks juga berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik ke 37 menerusi single yang sama. Terbaharu kumpulan yang dianggotai tiga anak muda iaitu Iqie, Iskandar dan Danial ini tampil dengan single baharu berjudul Igauan Malam yang sudah boleh didengari di kesemua platform digital pada 4 November lalu. Lebih men

“ Hanya Tanya” Perspektif Berbeza Rico Setiabudi

Image
Oleh: Nazrul Nama Rico Setiabudi mungkin agak asing buat peminat industi muzik di Malaysia, namun ianya seakan sudah sinonim buat mereka yang berada di Singapura. Lebih mengejutkan penyanyi yang baru berusia 26 tahun itu sudah memikat ‘sifu’ yang umum ketahui beliau cukup teliti dalam sesuatu perkara apatah lagi ianya berkaitan dengan nyanyian. Kehadiran Rico yang kini sudah di ikat oleh Dato M.Nasir yang juga pemilik Luncai Emas Sdn Bhd sekaligus membuka ruang dan peluang untuk dia meluaskan lagi aktiviti seninya di Malaysia Rico terlebih dahulu didedahkan kepada dunia muzik sejak berusia lima tahun lagi. Sebagai anak bongsu lima beradik, beliau kerap mengikuti abang-abangnya dalam kegiatan muzik mereka seperti menceburi dunia dikir barat dan sebagainya. Tidak hairan juga apabila mendapat tahu bahawa Rico adalah adik kepada tiga anggota kumpulan pop popular 1990-an, 2D. Rico yang sebelum ini pernah tampil menerusi 3 buah single, Teman Imaginasi, Tanya Lagi Ok? dan Bisikan Hati. Hanya

Jiwa Perkasa Bihzhu

Image
Oleh: Nazrul. Bihzhu atau sebutannya Bee-Choo, cukup kreatif dalam mengangkat karyaannya malah perjuangannya dalam industri muzik sudah pun menjangkau 17 tahun. Antara sedar atau tidak anak kelahiran Pulau Pinang ini punya dinamika vokal yang cukup memukau. Tidak hanya berpaksikan pada satu genre, Bihzhu tampil dengan pelbagai warna demi membuktikan kesungguhan dalam experimentasi muzik dambaannya. Buktinya pada tahun 2011 beliau tampil dengan album “Nightingale Tales” yang membariskan lagu-lagu seperti The Heart Way, Easy Peasy, Palpitations, Tainted Tample dan Chord Green. Pada tahun 2015 “Bright Veins”. Single Aramaiti (2019), Alive dan Chendering (2021), dan Jiwa Perkasa pada tahun 2022. Meskipun tidak mendapat tempat secara komersil, ianya bukan bermakna karya nya tidak bagus buktinya peminat Bihzhu berada jauh di luar negara seperti India, Korea Selatan, Indonesia, Australia dan China. Ternyata Jiwa Perkasa bukan satu satunya karya yang mempunyai nilai sentimental tersendiri, Bih

Shreya Ghoshal Kembali Menggegar Kuala Lumpur Disember Ini

Image
Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Shreya Ghoshal yang terkenal sebagai penyanyi lagu-lagu runut bunyi dan album, beliau pernah mengadakan konsert sulungnya di Kuala Lumpur pada tahun 2020. Penyanyi yang telah menambat hati para peminat dengan menyanyikan lagu Cindai, nyanyian asal Dato Sri Siti Nurhaliza. Konsert beliau kali ini adalah anjuran Shiraz Projects, berpaksikan “Shreya Ghoshal Live In Kuala Lumpur, bakal di adakan pada 10 Disember 2022 ini di Dewan Plenari, KLCC, bermula pukul 8 malam. Shreya Ghoshal membuat kemunculan pertama dalam nyanyian Bollywoodnya melalui filem drama romantik Bhansali, Devdas (2002) yang mana dia telah menerima National Film Award untuk Penyanyi Playback Wanita Terbaik. Selain nyanyian playback, Shreya muncul sebagai juri di beberapa rancangan realiti televisyen. Penyanyi yang serba boleh ini mempunyai repertoire yang luas merangkumi beberapa genre termasuk pop, klasik, ghazal dan bhajan. Menurut Shirazdeen Karim selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects, sela

Konsert Hael Husani Ditunda 19 Februari 2023

Image
Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. “Konsert Hael Husani Live In KL” yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Disember ini telah di tunda ke 19 Februari depan. Rocketfuel Entertainment yang mengumumkan berita tersebut turut memohon maaf atas penukaran tarikh baharu itu dan berharap peminat tetap memberikan sokongan kepada mereka. Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna, berkata, mereka yang sudah membuat pembelian pada tarikh asal konsert, boleh menggunakan tiket tersebut dan ianya sah untuk digunakan pada tarikh baharu. “Pertama sekali, bagi pihak pengurusan kami ingin memohon maaf di atas penukaran tarikh konsert tersebut.  Kepada setiap pembeli tiket konsert yang telah pun membuat pembelian, jangan risau kerana tiket tersebut kekal sah pada tarikh yang telah dijadualkan semula”, ujar Feros.  “Sebagai tambahan, Rocketfuel menjanjikan sebuah konsert yang energetik dan penuh bertenaga yang berkonsepkan ‘boogie shoes’ dimana penonton digalakkan ‘sing-along’ serta ‘dance-alon

Tiada Noktah Dalam Berkarya – Ramli Sarip

Image
“ Saya merasa sangat terharu dan tersentuh dengan kerjasama YKAB dalam menganjurkan konsert ini,"..ujar Datuk Ramli Sarip. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kuching, Sarawak. Oleh: Nazrul. Konsert jelajah Ramli Sarip Cinta Di Sebalik Musim terus di aspirasikan di bumi Kenyalang pada 20 November lalu. Konsert yang berlangsung di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim, Mu’adzam Shah di Kuching, Sarawak telah di hadiri lebih 1000 peminat. Walaupun ianya di adakan dalam dewan yang berskala kecil namun sambutan peminat terhadap Konsert Jelajah Ramli Sarip di Kuching begitu meriah dan penuh makna. Konsert anjuran Yayasan Kepimpinan Al-Bait (YKAB) dengan kerjasama Rasa Karya Sdn Bhd di lihat cukup santai kerana setiap lagu yang di persembahkan disulami dengan menu makanan yang di sajikan. Konsert Cinta Di Sebalik Musim itu bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi turut menyampaikan mesej penting kepada para penonton yang hadir. Apa yang disampaikan merangkumi aspek kerohanian seperti ketuhanan, kehidup

MBPJ Anjur Festival Folklore 2022

Image
PJ Folkore 2022, merupakan salah satu usaha dan inisiatif bagi mempromosikan Bandar Petaling Jaya sebagai sebuah kota seni dan destinasi pelancongan antarabangsa. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Petaling Jaya. Oleh: Nazrul. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) rancak menggerakkan aktiviti seni, Ianya dapat dilihat menerusi usaha menjadikan Petaling Jaya (PJ) sebagai Kota Seni. MBPJ sekali lagi bakal mengadakan Petaling Jaya Folklore Festival (PJ Folklore Festival 2022). Ianya adalah festival tahunan di mana ini adalah kali ke 7 penganjuran seumpanya. Bakal berlangsung pada 28 November hingga 4 Disember ini bertempat di Dataran Petaling Jaya dan Pusat Bandar Seksyen 52 Petaling Jaya. Pihak penganjur mensasarkan seramai 30,000 orang untuk hadir memeriahkan festival ini. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), International Council of Organizations of Folklore Festival and Folk Arts (CIOFF Malaysia) dan Tourism Selangor. Ybhg Tuan

Raisa Tunai Janji

Image
Foto oleh: Cipot Redz. Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Ini bukan kali pertama Raisa mengadakan persembahannya di Malaysia, sebelum ini beliau pernah tampil di Sabah dan Sarawak namun persembahannya di Kuala Lumpur ianya julung kali di adakan. Tidak hairanlah mengapa tiket konsertnya begitu laris apatah lagi ianya dibuktikan apabila lebih 2500 peminatnya memenuhi segenap ruang di Zepp Kuala Lumpur. “Raisa Live In Malaysia “ adalah hasil kerja kuat Hitman Solution selaku penganjur utama konsert yang telah di adakan pada 20 November lalu. Foto oleh: Cipot Redz. Keterujaan itu bukan sahaja hadir dalam diri peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai YourRaisa tetapi bagi pemilik nama Raisa Andriana itu sendiri yang ingin menjadikan konsertnya dekat di hati para peminat selain terus mengikat jiwa peminatkonsisten setianya yang mengagumi nuansa balada, pop dan jazz yang disimpulkan bersama melodi dan lirik yang puitis. Foto oleh: Mohd Syaddiq Raisa tampil bertenaga meskipun mempersembahkan 20

Resolusi Exists Sarat Dengan Nostalgia

Image
Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Masih terbayang lagi suasana peminat-peminat menyanyi bersama ala-ala karaoke terbesar di stadium Malawati, Shah Alam bersama Exists Reunion pada tahun 2019 yang lalu.  Exists sentiasa menawan hati para peminat dengan karya-karya dan persembahan segar mereka. Kemunculan mereka sentiasa menumbuhkan rasa rindu selepas itu untuk bernyanyi bersama. Meskipun tidak hadir di lokasi yang besar, namun Zepp Kuala Lumpur bersama lebih 1000 peminat setia kumpulan Exists menjadi saksi kehebatan “Konsert Resolusi Exists” anjuran ImagineX yang telah berlangsung pada 18 November lalu. Exists masih kekal dibawah pemacunya iaitu Musa – bass, Along- gitar, Ajai-kibord, Ujang – drum dan Mamat –vokal. Penampilan Pasha dan Eiz turut mewarnai konsert kali ini. Keupayaan vokal duo ini tidak harus di pandang rendah. Tidak hairanlah mengapa Ajai dan Exists memilih mereka untuk turut bersama dalam konsert kali ini. Masih lagi kekal dengan formula versi ‘karaoke’ yang nyata cukup berba

Konsert Slank Di Tunda 25 Disember Ini

Image
  Konsert kumpulan Slank yang di jadualkan bakal berlangsung pada 19 November ini telah ditunda ke 25 Disember depan, lokasi konsert masih sama iaitu di Zepp Kuala Lumpur.   Penundaan ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia amnya dan peminat   Slank khususnya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi Pilihanraya Umum Ke 15 nanti.   Sempena ulang tahun ke-40 dalam industri, kumpulan rock terkenal Indonesia Slank akan mengadakan 'Konsert 4 Dekad Slank' di Kuala Lumpur.   Kumpulan Slank yang dianggotai oleh vokalis Kaka, Bimbim (dram), Abdee Negara (gitar), Ridho (gitar) dan Ivanka (bass) yang membawa aliran muzik rock pernah muncul dengan 24 buah album antaranya Suit suit...he..he.. (1991), Mata Hati Reformasi, Tujuh "Slow But Sure", Anthem for the Broken-Hearted, Virus dan banyak lagi.   Ini bukanlah kali pertama Slank menjejakkan kakinya ke Malaysia, kumpulan yang benuansakan rock ini pernah di undang oleh kumpulan Search pad

Kugiran Masdo x The Changcuters Bakal Beraksi di Zepp Kuala Lumpur

Image
Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Pepatah selalu mengatakan, muzik meski disampaikan dalam bahasa yang tidak difahami, tapi selalu menyatukan penggemar di dunia. Begitu juga bukan sebuah ‘dosa’ saat kugiran hebat tanah air bergabung dengan pemuzik dari seberang. Bahasanya mungkin sedikit berbeza, tetapi muzik bersifat nusantara dan serumpun bukan sahaja membuat dua kugiran dari Malaysia dan Indonesia ini bersatu, namun bakal menghimpunkan rantaian peminat yang menjadi tulang belakang mereka. Untuk itu dengan bangganya, Kugiran Masdo Empire (KME) sebagai peneraju menganjurkan konsert  julung kali yang menggabungkan ‘kolaborasi pecah’ antara Kugiran Masdo dan The Changcuters. Diberi nama Kugiran Masdo x The Changcuters, kolaborasi persembahan dua kumpulan yang berkongsi peminat dari dua negara ini dijadual berlangsung pada 29 Disember 2022, bertempat di Zepp KL. Konsert ini juga mendapat kerjasama dari Homebois, HWlab dan Flavaco. “Sebagai penganjur KME mahu membawakan sebuah hiburan yang bers