Resolusi Exists Sarat Dengan Nostalgia


Kuala Lumpur.

Oleh: Nazrul.

Masih terbayang lagi suasana peminat-peminat menyanyi bersama ala-ala karaoke terbesar di stadium Malawati, Shah Alam bersama Exists Reunion pada tahun 2019 yang lalu. 

Exists sentiasa menawan hati para peminat dengan karya-karya dan persembahan segar mereka. Kemunculan mereka sentiasa menumbuhkan rasa rindu selepas itu untuk bernyanyi bersama. Meskipun tidak hadir di lokasi yang besar, namun Zepp Kuala Lumpur bersama lebih 1000 peminat setia kumpulan Exists menjadi saksi kehebatan “Konsert Resolusi Exists” anjuran ImagineX yang telah berlangsung pada 18 November lalu.

Exists masih kekal dibawah pemacunya iaitu Musa – bass, Along- gitar, Ajai-kibord, Ujang – drum dan Mamat –vokal. Penampilan Pasha dan Eiz turut mewarnai konsert kali ini. Keupayaan vokal duo ini tidak harus di pandang rendah. Tidak hairanlah mengapa Ajai dan Exists memilih mereka untuk turut bersama dalam konsert kali ini.


Masih lagi kekal dengan formula versi ‘karaoke’ yang nyata cukup berbaloi untuk mengajak peminat bernyanyi bersama mereka. Ini lah keintiman yang ingin di surami bersama para peminat setia kumpulan yang cukup popular dengan lagu-lagu ‘berhantu’ mereka .

Walau sudah 31 tahun bertapak dalam industri muzik tanah air, Exists pasti akan tampil dengan kesegaran dan kelainan bagi menambahkan momen bersejarah dan memori indah dalam jiwa para peminat yang hadir dalam setiap konsert. 

Sebanyak 20 buah lagu telah mereka persembahkan menerusi konsert yang berdurasi lebih 2 jam itu. Antara lagu-lagu yang melayari konsert kali ini adalah Anugerah, Sebelum Terlewat, Nota Di

Lautan Sepi, Julia, Kapal Terbang Kertas, Janji Padamu, Jesnita, Janji Bidadari, Masih Terserlah Ayumu, Rahsia Pohon Cemara, Untukmu Ibu, Mengintai Dari Tirai Kamar, Percayakan Siti, Alasanmu dan Langkah Seiringan.







Setiap lagu yang dipersembahkan pasti mengundang lontaran vokal dari peminat yang pastinya membesar dengan lagu-lagu Exists. Untaian lirik yang cukup puitis sudah cukup untuk mengembalikan nostalgia tersebut.

Konsert yang diselami dengan penataan cahaya serta dilengkapi dengan sistem bunyi yang cukup rasa berjaya membangkitkan ‘mood’ peminat untuk terus berhalusinasi bersama Exists.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang