Jiwa Perkasa Bihzhu




Oleh: Nazrul.

Bihzhu atau sebutannya Bee-Choo, cukup kreatif dalam mengangkat karyaannya malah perjuangannya dalam industri muzik sudah pun menjangkau 17 tahun. Antara sedar atau tidak anak kelahiran Pulau Pinang ini punya dinamika vokal yang cukup memukau.

Tidak hanya berpaksikan pada satu genre, Bihzhu tampil dengan pelbagai warna demi membuktikan kesungguhan dalam experimentasi muzik dambaannya. Buktinya pada tahun 2011 beliau tampil dengan album “Nightingale Tales” yang membariskan lagu-lagu seperti The Heart Way, Easy Peasy, Palpitations, Tainted Tample dan Chord Green. Pada tahun 2015 “Bright Veins”. Single Aramaiti (2019), Alive dan Chendering (2021), dan Jiwa Perkasa pada tahun 2022.


Meskipun tidak mendapat tempat secara komersil, ianya bukan bermakna karya nya tidak bagus buktinya peminat Bihzhu berada jauh di luar negara seperti India, Korea Selatan, Indonesia, Australia dan China.

Ternyata Jiwa Perkasa bukan satu satunya karya yang mempunyai nilai sentimental tersendiri, Bihzhu juga terkenal dengan single Bright Veins yang dihasilkan pada tahun 2015 yang punya keunikan instrumen gamelan di dalamnya.

Dunia tidak wujud dalam warna hitam dan putih dengan garisan yang jelas dilukis di dalam pasir, tetapi wujud dalam nuansa, dan selalunya keputusan yang kita buat datang dengan kos fizikal, mental, emosi dan rohani.


Malah Bihzhu juga mempunyai pelbagai hit lainnya seperti Chendering, Alive yang dihasilkan pada 2021 kerana pandemik COVID 19, Aramaiti dan Tainted Temples. Menerusi karya karya yang dihasilkan juga, Bihzhu menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dalam Anugerah Lagu Indie (Malaysia) untuk kategori akhir menerusi I Am Enough pada 2020 selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen kempen mereka. 

I Am Enough juga memenangi ‘song of the week’ pada peringkat separuh akhir pertama. Lagu Alive turut berjaya memasuki peringkat akhir ALI 2021.  Chendering yang dihasilkan sekitar 2021/2022 pula menerima nominasi dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk kategori Susunan Muzik Terbaik, selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen kempen mereka.



Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang