Tiada Noktah Dalam Berkarya – Ramli Sarip

“ Saya merasa sangat terharu dan tersentuh dengan kerjasama YKAB dalam menganjurkan konsert ini,"..ujar Datuk Ramli Sarip. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Kuching, Sarawak.

Oleh: Nazrul.

Konsert jelajah Ramli Sarip Cinta Di Sebalik Musim terus di aspirasikan di bumi Kenyalang pada 20 November lalu. Konsert yang berlangsung di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim, Mu’adzam Shah di Kuching, Sarawak telah di hadiri lebih 1000 peminat. Walaupun ianya di adakan dalam dewan yang berskala kecil namun sambutan peminat terhadap

Konsert Jelajah Ramli Sarip di Kuching begitu meriah dan penuh makna. Konsert anjuran Yayasan Kepimpinan Al-Bait (YKAB) dengan kerjasama Rasa Karya Sdn Bhd di lihat cukup santai kerana setiap lagu yang di persembahkan disulami dengan menu makanan yang di sajikan.

Konsert Cinta Di Sebalik Musim itu bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi turut menyampaikan mesej penting kepada para penonton yang hadir. Apa yang disampaikan merangkumi aspek kerohanian seperti ketuhanan, kehidupan dan kemasyarakatan.

Album “Rasa” diinspirasikan dari cabaran dunia yang dilanda pandemik Covid -19... Foto: Azuddin Ahmad Zin.

“ Saya merasa sangat terharu dan tersentuh dengan kerjasama YKAB dalam menganjurkan konsert ini, Ianya merupakan satu pembukaan yang berwarna-warni, saya sangat tersentuh dan harapan saya agar industri ini terus berkembang”, ujar Datuk Ramli Sarip sewaktu sidang media sebelum konsert berlangsung.

Album “Rasa” diinspirasikan dari cabaran dunia yang dilanda pandemik Covid -19, malah ianya turut merubah kehidupan normal ketika itu, namun disebalik natijah yang membelenggu ada karya yang harus di persembahkan, agar ianya dapat di rasai dan dinikmati bersama khalayak.

“Ini kerana industri hiburan menempuh perjalanan yang agak sukar, ia memberikan cabaran kepada kami, namun ianya bukan bermakna kita terpaksa menoktahkan segala aktiviti seni. Seni itu tiada noktahnya, InshaAllah jika ada waktu saya akan terus berkarya”, tambah beliau.

Soul Journey mengiringi konsert. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Dalam konsert yang berlangsung sekitar dua jam tersebut, Datuk Ramli Sarip yang diiringi Soul Journey mempersembahkan lebih 20 buah lagu antaranya ialah Kamelia, Istilah Bercinta, Teratai, Nyanyian Serambi, Doa Buat Kekasih,Tersendiri, Sejuta Wajah, Panah Beracun, Dunia Perlumbaan, Irama Kasih, Hilang Gelap Terbit Terang, Batu, Bukan Kerana Nama, Srikandi Zaman, Jikalau Berkasih.

Walaupun berdepan dengan kesukaran untuk mempromosikan karya terbaru itu, beliau tidak pernah berputus asa untuk mempromosikan album yang disifatkan sebagai cukup istimewa agar ianya dapat disampaikan kepada penggemar setianya.

Sambutan yang cukup baik untuk konsert Ramli Sarip di Kuching. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Nyanyian dari penonton sentiasa didengari semasa konsert. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang