Konsert Hael Husani Ditunda 19 Februari 2023



Kuala Lumpur.

Oleh: Nazrul.

“Konsert Hael Husani Live In KL” yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Disember ini telah di tunda ke 19 Februari depan.

Rocketfuel Entertainment yang mengumumkan berita tersebut turut memohon maaf atas penukaran tarikh baharu itu dan berharap peminat tetap memberikan sokongan kepada mereka.

Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna, berkata, mereka yang sudah membuat pembelian pada tarikh asal konsert, boleh menggunakan tiket tersebut dan ianya sah untuk digunakan pada tarikh baharu.

“Pertama sekali, bagi pihak pengurusan kami ingin memohon maaf di atas penukaran tarikh konsert tersebut.  Kepada setiap pembeli tiket konsert yang telah pun membuat pembelian, jangan risau kerana tiket tersebut kekal sah pada tarikh yang telah dijadualkan semula”, ujar Feros.

 “Sebagai tambahan, Rocketfuel menjanjikan sebuah konsert yang energetik dan penuh bertenaga yang berkonsepkan ‘boogie shoes’ dimana penonton digalakkan ‘sing-along’ serta ‘dance-along’ sepanjang durasi konsert,” katanya.

Pihak Rocketfuel Entertainment sangat menitikberatkan perasaan peminat Hael supaya tidak berasa kecewa kerana mahu berikan yang terbaik untuk malam konsert yang amat dinanti-nantikan tersebut.

Sementara itu, Hael pernah meluahkan hasratnya untuk menganjurkan sebuah konsert setelah 15 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air.

“Ini merupakan impian saya sedari dulu lagi. Banyak yang ingin saya tonjolkan pada malam konsert tersebut yang berkonsepkan festival.

“Saya menganggap konsert ini sebagai pementasan perjalanan karier seni saya secara muzikal, bagaimana saya bermula, apakah perbezaan muzik dan karya saya dari dulu sehingga kini bukan sahaja sebagai penyanyi malah sebagai pencipta lagu, semuanya akan saya sampaikan melalui persembahan pada malam konsert nanti,” ujarnya.

Tiket- tiket konsert masih boleh di dapati dan ianya bermula dengan harga RM139, RM179, RM349 dan RM389, manakala tiket meet & greet dijual pada harga RM409 boleh diperoleh menerusi haelhusaini.ubertickets.my

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang