Sukun dan Rhythmask Berpisah Tiada



Oleh: Nazrul.

Kehadirannya dalam dunia kartunis sememangnya merancakkan lagi industri komik sekitar tahun 90- an. Bukanlah satu perkara mudah untuk menempatkan diri dalam kalangan kartunis-kartunis otai ketika itu, namun bagi Md Hanafi Othman atau lebih dikenali dengan nama kartunisnya Sukun tetap berusaha tanpa mengenal erti putus asa.

Kalau anda pengikut setia majalah Ujang, tak kiralah majalah Ujang lama atau majalah Ujang baru, maka Kartunis Sukun memang tidak asing lagi kecuali anda memang makhluk asing yang terasing di planet asing antah berantah. Sukun adalah salah seorang legend dalam sejarah kartun Malaysia. Sukun amat popular dengan kartun Workshop dan watak Cupin dengan motornya.

Sukun kini melangkah setapak lagi, meskipun bukan melalui dunia kartun namun eksplorasinya terhadap dunia muzik ternyata menjadi kenyataan. Bukan berniat untuk meniru rakan sejawatnya Gayour yang tampil dengan “Bersama Selamanya D Album” dan Aie yang tampil dengan “Blues Untuk Aku”.



“Ini bukanlah angganan semata-mata tetapi saya menggunakan ruang dan peluang yang ada di depan mata, lagipun line up band Rhythmask ni semua sekampung dengan saya dan merupakan rakan saya”, ujar Sukun sewaktu di temui di Muar Metal Fest 5 yang berlangsung di Muar, Johor baru-baru ini.

 “Setelah produksi Ujang di tamatkan, saya kembali ke kampong namun semangat untuk melukis kartun tidak pernah pudar. Maka saya teruskan nawaitu saya di rumah saja, nyata apa yang saya lakukan itu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan”, tambahnya.




Lantaran kekangan masa yang cukup banyak serta rakan-rakan sekampung yang aktif bermain muzik maka lahirlah idea untuk membawa mereka ke dunia tanpa sempadan agar dimanfaatkan sepenuhnya.

 “Proses penggabungan idea pon berlaku meskipun muzik Rhythmask agak berat namun ianya bersesuaian dengan jiwa saya yang telah sekian lama mengenali muzik berat hasil didikan Bijan yang juga merupakan rakan serumah saya ketika kami sama-sama bekerja di bawah satu bumbung”

“lebih menarik beberapa lirik ciptaan saya serta melodi yang asalnya hanya di unggapkan menerusi mulut diterjemahkan dengan begitu baik oleh mereka. Keyakinan saya terus bercambah lalu terhasillah lagu Saka Simpang Siur yang turut menjadi judul album mereka”

Kerjasama Sukun dan Rythmask tidak akan terhenti kerana masing-masing memerlukan di antara satu sama lain apatah lagi kreativiti keduanya telah dibuktikan menerusi album sulung kumpulan yang bernuansakan heavy thrash metal.

Sambutan yang di terima daripada peminat muzik keras terhadap album “Saka Simpang Siur” yang cukup memberangsangkan sudah pasti ianya membawa kesinambungan dalam acuan yang lain.

Menyentuh mengenai pembabitannya sebagai seorang kartunis yang mengembangkan “Workshop” sebagai platform kariernya, beliau menyifatkan ianya bukan mudah malah idea itu sendiri berdasarkan kepada pengalamanya sebagai seorang pekerja yang tidak tahu apa-apa tentang dunia pomen.

"Bukan mudah nak mencari idea. Biasanya, kami buat sesi sumbang saran bersama-sama dengan kartunis lain dengan harapan ada idea yang timbul. Benda yang boleh menyebabkan orang ketawa ini susah untuk dilakukan sebenarnya. Kami sendiri ada masanya melalui tekanan terutama ketika perlu mengejar dateline “, tambahnya.

Hidup perlu diteruskan apatah lagi dalam mendepangi dunia hujung jari yang pastinya memerlukan pengorbanan yang tinggi, begitu juga dengan kartun dan muzik yang perlu selari di adaptasikan. Untuk rekod Sukun terlebih dahulu menggunakan nama Napie menerusi karyanya di majalah Jenakarama.



Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang