MBPJ Anjur Festival Folklore 2022

PJ Folkore 2022, merupakan salah satu usaha dan inisiatif bagi mempromosikan Bandar Petaling Jaya sebagai sebuah kota seni dan destinasi pelancongan antarabangsa. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Petaling Jaya.

Oleh: Nazrul.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) rancak menggerakkan aktiviti seni, Ianya dapat dilihat menerusi usaha menjadikan Petaling Jaya (PJ) sebagai Kota Seni.

MBPJ sekali lagi bakal mengadakan Petaling Jaya Folklore Festival (PJ Folklore Festival 2022). Ianya adalah festival tahunan di mana ini adalah kali ke 7 penganjuran seumpanya. Bakal berlangsung pada 28 November hingga 4 Disember ini bertempat di Dataran Petaling Jaya dan Pusat Bandar Seksyen 52 Petaling Jaya.

Pihak penganjur mensasarkan seramai 30,000 orang untuk hadir memeriahkan festival ini. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), International Council of Organizations of Folklore Festival and Folk Arts (CIOFF Malaysia) dan Tourism Selangor.

Ybhg Tuan Mohamad Azhan bin Md Amir (Datuk Bandar MBPJ) ketika meyampaikan ucapan. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

PJ Folkore 2022, merupakan salah satu usaha dan inisiatif bagi mempromosikan Bandar Petaling Jaya sebagai sebuah kota seni dan destinasi pelancongan antarabangsa selain menghidupkan kawasan Seksyen 52. Ianya adalah selaras dengan perlaksanaan Petaling Jaya Smart, Sustainable and Resilient (PJSSR2030). Selain daripada itu, ianya adalah agenda untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandaraya mampan.

Festival ini bakal mengetengahkan konsep kepelbagaian, keunikan, keharmonian, kesenian rakyat, budaya komuniti tempatan dan antarabangsa, perkongsian ilmu dan ketamadunan negara-negara serta memupuk kasih sayang dan cintakan budaya negara-negara lain.

Pelbagai acara menarik akan di anjurkan antaranya melibatkan persembahan kebudayaan dan pameran busana tradisional daripada 8 buah negara iaitu Indonesia yang melibatkan dua buah kumpulan dari Bandung dan Kalimantan, Korea Selatan, Filipina, Thailand, Mexico, Sri Langka, Jepun dan Uzbekistan. Tidak ketinggalan penyertaan daripada Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Datuk Bandar MBPJ Ybhg Tuan Mohamad Azhan bin Md Amir (kiri) dan Timbalan Datuk Bandar MBPJ Ybhg TPr. Hajah Sharipah Marhaini binti Syed Ali (kanan) bergambar selepas sidang media. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

PJ Folklore 22 melibatkan 31 program secara percuma seperti PJ Fight Night (MMA), Pocket Show, Asian Food Festival, Pameran Busana & Pelbagai Jualan, Wayang Kulit (Pok Chu), Dikir Barat (Issey), Persembahan kebudayaan Antarabangsa, Ceritera Rakyat dan sebagainya.

MBPJ turut membawa kumpulan Wings sebagai klimaks kepada festival ini, konsert secara percuma itu akan di adakan di padang Amcorp Mall.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang