Raisa Tunai Janji

Foto oleh: Cipot Redz.

Kuala Lumpur.

Oleh: Nazrul.

Ini bukan kali pertama Raisa mengadakan persembahannya di Malaysia, sebelum ini beliau pernah tampil di Sabah dan Sarawak namun persembahannya di Kuala Lumpur ianya julung kali di adakan.

Tidak hairanlah mengapa tiket konsertnya begitu laris apatah lagi ianya dibuktikan apabila lebih 2500 peminatnya memenuhi segenap ruang di Zepp Kuala Lumpur. “Raisa Live In Malaysia “ adalah hasil kerja kuat Hitman Solution selaku penganjur utama konsert yang telah di adakan pada 20 November lalu.

Foto oleh: Cipot Redz.

Keterujaan itu bukan sahaja hadir dalam diri peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai YourRaisa tetapi bagi pemilik nama Raisa Andriana itu sendiri yang ingin menjadikan konsertnya dekat di hati para peminat selain terus mengikat jiwa peminatkonsisten setianya yang mengagumi nuansa balada, pop dan jazz yang disimpulkan bersama melodi dan lirik yang puitis.

Foto oleh: Mohd Syaddiq

Raisa tampil bertenaga meskipun mempersembahkan 20 buah lagu menerusi konsert yang berdurasi 2 jam, tidak terhenti di situ setiap lagu yang dipersembahkan pastinya di ceritakan dengan penuh mesra. Kekuatan vokalnya sudah tidak perlu dipertikaikan sementelah pemuzik yang mengiringinya cukup konsisten dengan instrumen masing-masing.

Foto oleh: Cipot Redz.

“Saya ingin meluahkan rasa terharu kerana sambutan yang diluar jangkaan daripada peminat Malaysia dan ternyata penantian selama 12 tahun untuk membuat persembahan di Malaysia akhirnya berbaloi”, ujar Raisa.

Pakej lengkap dalam sebuah konsert selain kemerduan suara Raisa yang melankolik dan membuai perasaan dalam sebuah ekstravaganza muzikal adalah susunan lagu yang di persembahkan. Antara lagunya adalah Cinta Sederhana, Could It Be, Serba Salah, Love & Let Go, Jangan Cepat Berlalu,

Foto oleh: Cipot Redz.

Teristimewa, Percayalah, Bertahan/Pergi, Nyawa dan Harapan, LDR, Biarkanlah, Terjebak Nostalgia, Mantan Terindah, Jatuh Hati, Usai Di Sini dan Kali Kedua.
Foto oleh: Mohd Syaddiq



Foto oleh: Mohd Syaddiq

Konsep yang menggabungkan penceritaan dan muzik selain video mapping yang cukup dekat dengan penonton sudah pasti ianya merupakn bonus buat mereka yang ingin menyaksikan persembahan dalam dimensi lain selain garapan sistem audio dan cahaya yang cukup mempersonakan.

Foto oleh: Cipot Redz.



Comments

Popular posts from this blog

FENIX360: Revolusi Lanskap Kreatif dengan Pelancaran Globalnya

Mahadi Badrul Zaman Terima Anugerah 'The Jewels of Muslim World' 2019

THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024