“ Hanya Tanya” Perspektif Berbeza Rico Setiabudi



Oleh: Nazrul

Nama Rico Setiabudi mungkin agak asing buat peminat industi muzik di Malaysia, namun ianya seakan sudah sinonim buat mereka yang berada di Singapura.

Lebih mengejutkan penyanyi yang baru berusia 26 tahun itu sudah memikat ‘sifu’ yang umum ketahui beliau cukup teliti dalam sesuatu perkara apatah lagi ianya berkaitan dengan nyanyian.

Kehadiran Rico yang kini sudah di ikat oleh Dato M.Nasir yang juga pemilik Luncai Emas Sdn Bhd sekaligus membuka ruang dan peluang untuk dia meluaskan lagi aktiviti seninya di Malaysia Rico terlebih dahulu didedahkan kepada dunia muzik sejak berusia lima tahun lagi. Sebagai anak bongsu lima beradik, beliau kerap mengikuti abang-abangnya dalam kegiatan muzik mereka seperti menceburi dunia dikir barat dan sebagainya.

Tidak hairan juga apabila mendapat tahu bahawa Rico adalah adik kepada tiga anggota kumpulan pop popular 1990-an, 2D. Rico yang sebelum ini pernah tampil menerusi 3 buah single, Teman Imaginasi, Tanya Lagi Ok? dan Bisikan Hati. Hanya Tanya adalah karyaan terbaru yang turut mendapat sentuhan daripada Rayhul Firdaus manakala Rifaah Ridzuwanulhakim pula bertindak selaku produser dan pembikin video lirik.

Hanya Tanya yang dihasilkan pada 2018 awalnya di suntik dengan nuansa pop RnB, namun setelah di sunting oleh Luncai Emas ianya di gubah kepada mood 80an selain malah imej yang di tampilkan Rico juga di gubah agar ianya serasi dengan lagu tersebut.



Usaha ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Reyza Hamizan, yang merupakan pengubah Hanya Tanya yang telah memberikan lagu ini perisa 80-annya.

Pembikinan lagu ini bukanlah sesuatu yang mudah. Akibat wabak Covid-19, rakaman mereka yang sepatutnya berlangsung di Malaysia waktu itu tergendala apabila PKP diumumkan pada hari yang sama. Walau bagaimanapun Rico tetap berusaha dan mengambil risiko untuk menyeberang dan akhirnya tersiap juga rakaman tersebut.

Sejak penemuannya oleh pihak kreatif Luncai Emas pada tahun 2019, beliau merupakan seorang artis yang dinanti-nantikan karyanya kerana suara beliau yang lunak dan unik, dan kebolehan beliau untuk membawa pelbagai genre dan gaya nyanyian. 

Latar belakangnya dalam bidang nyanyian juga menjadi bukti kepada semangat dan kebolehan beliau, setelah menyertai pelbagai jenis pertandingan nyanyian sejak berusia 5 tahun.



Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang