Pertama Kali Di Malaysia, Merayakan Payung Teduh (Parade Hujan) dan Efek Rumah Kaca Bersenandung Di Zepp KL

Payung Teduh (Parade Hujan) dan Efek Rumah Kaca bakal Bersenandung Malam Di Zepp KL. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Kuala Lumpur.

Oleh: Norazni.

Senandung Malam. Begitu signifikan nama yang dipilih penganjur Neptunes Presents untuk konsert perdana kali yang membuat Payung Teduh X Pusakata, Efek Rumah Kaca akan bernikah di bawah payung dan dalam rumah yang sama. 

Pastinya Senandung Malam yang dijadualkan berlangsung di Zepp KL pada 30 November 2022 kelak akan meninggalkan momen tersendiri dalam suasana hangat yang sukar untuk dihuraikan. 

Apa lagi mendengar Payung Teduh X Pusakata, Efek Rumah Kaca beraksi di atas pentas yang sama adalah sebuah bonus. Senandung senandung mereka akan membuat semua kecanduan. 

Senandung senandung mereka seperti Akad dan Menuju Senja (Payung Teduh) atau Jatuh Cinta itu Biasa, Sebelah Mata dan Merdeka pasti akan membuai emosi peminat di sebalik permainan folk dan rock dari genre band masing masing. 

Bagi Neptunes Presents, mengumpulkan mantan vokalis Payung Teduh, Pusakata yang meninggalkan kugiran itu pada 2018, lalu digabungkan pula bersama Efek Rumah Kaca umpama ‘durian runtuh’ buat mereka. 

“Saya percaya penggemar muzik aliran indie, folk atau rock yang sangat mengikuti dekat tentang karya dan perkembangan terkini Payung Teduh, Pusakata dan Efek Rumah Kaca tidak akan melepaskan peluang keemasan menonton kehebatan mereka dalam Senandung Semalam. 

"Jika peminat berteriak gembira dan tidak sabar untuk datang ke Zepp KL pada 30 November 2022 nanti, kami di Neptunes Presents pula seperti sudah sebelah tangan mendapat durian runtuh. Saya suka kepada kedamaian & ketenangan. Bagi saya Payung teduh, pusakata & efek rumah kaca adalah contoh muzik Yang akan membawa kite mengembara ke Satu alam Yang Amat menyenangkan. Jadi saya mengajak peminat peminat muzik untuk bersama2 saya bernyanyi di senandung malam’, ujar Nabila Huda selaku penganjur. 

“Saya suka kepada kedamaian dan ketenangan. Bagi saya Payung teduh, Pusakata dan Efek Rumah Kaca adalah contoh muzik yang akan membawa kite mengembara ke satu alam yang amat menyenangkan. Jadi saya mengajak peminat-peminat muzik untuk bersama-sama saya bemyanyi di senandung malam,” tambah Nabila Huda. 

Nabila Huda (Neptunes Present) selaku penganjur menjawab soalan media. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Efek Rumah Kaca juga melahirkan kebahagiaan yang sama untuk kembali ke Malaysia.

“Apa lagi momen bermakna ini diabadikan di Malaysia, sebuah kesempatan yang tidak mungkin dilepaskan saat pertama kali penganjur menawarkan ‘pekerjaar’ ini.

“Bukan hanya peminat, tetapi kami sendin di Efek Rumah Kaca melihat konsert ini sebagai salam silaturahmi setelah sekian lama tidak menyapa anda di sini,” ujar wakil Efek Rumah Kaca.

Bagi para penggerak Payuh Teduh sendiri, mengaku tidak punya alasan untuk menolak tawaran bermain di konsert ditawarkan ini.

Bukan hanya soal berapa ramai peminat yang hadir kelak, tetapi lebih bagaimana mereka sedar dan menyaksikan dengan empat mata muzik Payung Teduh menerima apresiasi yang baik dari para penggemar di Malaysia.

“Pertama kali dilamar penganjur kami sudah tidak punya alasan untuk menolak. Dan kemudian saat diberitahu ini merupakan projek perdana kolaborasi dengan band favorit dan berprolifik seperti Efek Rumah Kaca, tiada siapa di antara kami yang bilang ‘No’

 “Ayuh kita lakukan dan menikmati apresiasi yang akan hadir dari bukan hanya peminat Payung Teduh, tetapi fans-nya Efek Rumah Kaca sendiri,” kata dari Payung Teduh.

Payung Teduh (Parade Hujan), Nabila Huda (Penganjur) dan Efek Rumah Kaca bergambar selepas sesi sidang media. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Untuk semua peminat, tanda tangga! dan harga tiket Senandung Malam Payung Teduh X Pusakata, Efek Rumah Kaca ini ketat ketat. Tiket dengan harga RM180 (cat 2 & 4), RM220 (cat 1 & 3), manakala RM650 untuk sesi eksklusif meet & greet sudah habis dijual di hari yang sama penjualan tiket dibuka.

 Untuk setiap dua pembelian kategori meet & greet, peminat akan mendapat barangan yang dihadirkan eksklusif untuk konsert ini.

Neptunes Present juga berbesar mendapat tajaan dari Batik Air selaku penaja penerbangan, Sari Ratu selaku tajaan makanan rasmi dan Swee Lee selaku penaja lokasi sidang media.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang