Posts

Showing posts from August, 2022

Konsert Hetty Koes Endang buat bulu roma penonton berdiri

Image
Konsert yang akan membuat penonton ingati sepanjang hayat...  Foto: Azuddin Ahmad Zin.  Siapa yang x kenal dengan Hetty Koes Endang.. antara nama lejen di Indonesia dan Malaysia. Setiap persembahan beliau membuat peminat akan terpukau dengan kemerduan suaranya. Pada Sabtu lepas 17 Ogos 2022 Hetty Koes Endang menghiburkan peminat beliau di "Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang" di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Dibawakan khas oleh Mahajaya Empire Sdn Berhad ternyata tidak menghampakan penonton. Busana pertama Hetty Koes Endang.  Foto: Azuddin Ahmad Zin. Tampil dengan busana yang menarik, Bunda Hetty masuk memulakan persembahan dari pintu masuk utama dengan lagu 'Rindu' membuat penonton turut ikut menyanyi.Beberapa lagu untuk segmen pertama ini penonton tetap 'follow' apa jua lagu yang dipersembahkan . Vokal secara langsung yang ditunggu-tunggu peminat membuat penonton teruja ditambah dengan pengarah muzik iaitu Datuk Ramli MS serta pemuzik handal

EXISTS MUNCUL DENGAN KONSERT RESOLUSI 18 November 2022 di ZEPP Kuala Lumpur

Image
Kali ini, Exists bakal muncul bertujuh. Mamat, Ajai, Along, Musa dan Ujang,  Pasha dan Eiz. akan menghiburkan para peminat. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Masih terbayang lagi suasana peminat-peminat menyanyi bersama ala-ala karaoke terbesar di stadium bersama Exists Reunion pada tahun 2019 yang lalu. Exists sentiasa menawan hati para peminat dengan karya-karya dan persembahan segar mereka. Kemunculan mereka sentiasa menumbuhkan rasa rindu selepas itu untuk bernyanyi bersama. Bagi merawat kerinduan tersebut, pada tahun ini bertempat di lokasi kegemaran ramai kini iaitu ZEPP Kuala Lumpur, Exists bakal tampil namun dengan kelainan. Begitulah Exists, walau sudah 31 tahun bertapak dalam industri muzik tanah air, mereka pasti akan tampil dengan kesegaran dan kelainan bagi menambahkan momen bersejarah dan memori indah dalam jiwa para peminat mereka. Kali ini, Exists bakal muncul berlima. Mamat, Ajai, Along, Musa dan Ujang akan menghiburkan para peminat pada 18 November ini dalam sebuah konsert den

KONSERT BOLLYWOOD JUBIN NAUTIYAL MENGASYIKKAN!

Image
“Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di Malaysia. Foto: Azuddin Ahmad Zin.  KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2022 – Demam Bollywood di Malaysia akhirnya terubat malam tadiapabila penyanyi latar (playback) nombor satu India, Jubin Nautiyal hadir menghiburkan hampir 3,000 peminat di Malaysia ketika konsert perdananya ‘Jubin Nautiyal: Live In Malaysia’ bertempat di dewan Plenary Hall, KLCC yang dikelolakan oleh syarikat penganjur acara popular, Hitman Solutions. “Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di Malaysia dan sambutan yang saya terima cukup mesra. Meskipun singkat, saya berpeluang melihat tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur dan merasai makanan Malaysia, dan tujuan utama saya ke sini adalah bermain muzik bagi menghiburkan peminat saya di Malaysia,” jelas jejaka kacak berusia 33 tahun ini. Dalam konsert malam tadi, peminat dihiburkan selama 2 jam dengan hampir 30 buah lagu oleh Jubin dengan lagu-lagu hitnya seperti Zindagi dari filem ‘box-office’ Bajrangi Bhai

3 Generasi, 3 Genre Berbeza Satukan 3 Peminat

Image
  Persembahan pembukaan oleh Tam (SPIDER). Foto: Heyjoni Blackswan. Oleh: Nagzhrul-Kuala Lumpur  Buat julung-julung kalinya, tiga pemuzik rock handalan tanah air dari tiga generasi yang berbeza disatukan di atas sebuah pentas buat pertama kalinya menerusi sebuah konsert YOLO Live Sessions: 3 Generasi dengan membariskan nama-nama besar industri muzik Malaysia seperti Noh Salleh, kumpulan Spider dan XPDC, yang dibawakan khas oleh YOLO Malaysia. Bertempat di dewan konsert serba moden, Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang pada 27 Ogos lalu, tepat jam 8,30 malam khalayak di kejutkan dengan petikan gitar yang mengiramakan lagu kebangsaan Negaraku. Tanpa banyak bicara hadirin yang berada di kerusi lantas bangun dan menyanyikan lagu Negaraku. Pentas kemudiannya di ambil alih oleh Spider yang bertindak sebagai band pemanas acara dengan pantas mengalunkan lagu Anti Graviti dan Kacap Terlabik. Tam kemudiannya menyapa peminat yang hadir dengan mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi hadir ke konse

YB Mohd Khairuddin Othman rasmi Kejohanan Piala Budak Kampung 2022

Image
YB Mohd Khairuddin Othman (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor) membuat sepak mula Kejohanan Piala Budak Kampung 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin.  Hari Pertama bagi Program Kejohanan Piala Budak Kampung 2022 yang diadakan pada 27 & 28 Ogos 2022 bertempat di Eco Ardence Football Arena, Setia Alam. Dua kategori dipertandingkan iaitu Bola Sepak 7 sebelah bawah 17 tahun dan Bola Jaring 3 lawan 3 terbuka.  YB Mohd Khairuddin Othman (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor) ketika memberikan ucapan di Kejohanan Piala Budak Kampung 2022.  Foto: Azuddin Ahmad Zin. YB Mohd Khairuddin Othman meniup wisel menandakan perlawanan pertama bermula. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor ini mensasarkan 100 pasukan Bola Sepak dan 40 pasukan Bola Jaring dari seluruh 9 daera

TEATER MASAHORO-OPU RAJA SITI-WANITA PERTAMA YANG MENJADI YANG DI PERTUAN NEGERI SELANGOR DI SEKITAR TAHUN 1723

Image
  Pengarah JKKN Selangor Ybhg Tuan Raizuli (dua dari kiri) melancarkan Teater Masahoro- Opu Raja Siti sambil disaksikan oleh (dari kiri) En Shahrul Titis (Pengarah Teater), En Rosli Wahab (Setiausaha Majlis Teater Selangor) dan Puan Shahsa Masella (Pengurus Produksi). Foto: Azuddin Ahmad Zin. Tujuan Pementasan ini, mengangkat dan menyerlahkan keunikan negeri Selangor melalui sejarah istimewa Opu Raja Siti (Yamtuan Selangor) ; Raja Siti dan pemerintah-pemerintah lampau negeri Selangor dalam pementasan teater terbuka dengan suntikan elemen bangsawan yang berpotensi memberi input kepada pengukuhan dan pengembangan pengetahuan dan latar sejarah negeri, tarikan pelancongan dan menggalakkan penyelidikan sejarah dari institusi pendidikan tinggi. Dapat mempromosikan lagi tempat pelancongan di Shah Alam yang berada di negeri Selangor. Teater ini akan dipersembahkan pada 10 dan 11 September 2022 jam 8.00 malam bertempat di Taman Tasik Shah Alam, Selangor. Teater ini membariskan 21 pelakon yang m

KONSERT JELAJAH RAMLI SARIP 2022 CINTA DI SEBALIK MUSIM -PROMOSI ALBUM RASA

Image
  Lapan tahun berlalu Datuk Ramli Sarip jelajahi tujuh destinasi dalam konsert siri jelajah Blues Buat Teman Tour 2014 yang bertujuan membantu kawan-kawan Artis saperti Allahyarham Yazit Search, Hamid Black Dog Bone dan keluarga kepada Allahyarham Samad Mian Lefthanded. Siri jelajah itu berjalan dengan baik dan beliau dapat memberi sumbangan kepada ketiga-tiga insan seni tersebut.  Konsert jelajah kali ini khas untuk mempromosi album penuh Datuk Ramli berjudul RASA yang diterbitkan pada tahun 2021. Perancangan konsert jelajah ini akan mula bergerak dari Johor dan berakhir di Singapura di bulan Oktober hingga Disember 2022. Beliau membawa tujuh Pemuzik hebat untuk bersama beliau dan akan membawakan lagu-lagu baru dari album RASA dan juga lagu-lagu malar segar yang masih mahu didengar oleh peminat di mana saja beliau membuat persembahan.  Sebuah penghasilan album mengandungi pelbagai cerita yang terkandung dalam perjalanan muzik seseorang penghibur atau penyanyi yang mencipta lagunya sen

Jamal Abdillah kini jadi usahawan kosmetik

Image
Dato Jamal Abdillah , Datin Zetty bersama produk Zarania. Foto: Azuddin Ahmad Zin. KUALA LUMPUR , 23 Ogos 2022 — Menceburi perniagaan di usia yang lewat tanpa ada pengalaman selalunya agak berisiko, apatah lagi jika perniagaan yang dijalankan itu sesuatu yang di luar kepakarannya. Namun berbekalkan semangat yang tinggi membuatkan penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah tekad untuk memulakan perniagaan berkaitan kosmetik walaupun sebelum ini beliau memiliki bisnes ikan arowana. Jamal, 63, berkata, dia memilih untuk menjadi rakan bisnes kepada Zarania Beauty memandangkan syarikat itu memiliki reputasi tinggi apabila mempunyai pengalaman dalam memasarkan produk jenama Natasya yang mampu bertahan di pasaran sehingga lebih 15 tahun. Jelas bapa kepada lima anak itu, idea kerjasama itu tercetus apabila dia melihat hobi isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin yang gemar berhias cantik dan bersolek setiap masa serta minat berniaga. “Jadi saya jalin Kerjasama dengan Zarania Beauty sebagai hadiah kep

Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang

Image
Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang serta makan malam esklusif  di Manhhatan Ballroom , Berjaya times square Hotel Kuala Lumpur pada 27 Ogos , mendapat sambutan hangat dari peminat peminat Bunda. Setakat ini   tiket telah terjual sebanyak 85%. Berlangsung di Hotel Berjaya Times Square majlis makan malam yang membariskan barisan pemuzik pemuzik professional, sebanyak 15 buah lagu akan diperdengarkan   ,turut mendapat sentuhan pengarah muzik berpegalaman, Datuk Ramli MS. Sepenjang dua jam beraksi, Hetty akan memastikan setiap penonton akan terhibur dengan lagu lagu yang pernah hits Antaranya Kasih, Berdiri Bulu Romaku, Tak ingin sendiri dan banyak lagi. Gandingan bersama Dato Ramli MS yang bertindak sebagai pengarah Muzik untuk konsert ini pasti akan menjadikan konsert ini luar biasa. Malah menurut Bunda muzik Tok Ram sangat hidup dan sentiasa yang terbaik. Konsert ini dibawa khas oleh Mahajaya Empire Sdn Bhd . Berkongsi mengenai acara kelolaan Mahajaya Empire menurut Hetty peluang mera

MICHAEL LEARNS TO ROCK KEMBALI BERAKSI MENGHIBURKAN PEMINAT DI MALAYSIA – DAPATKAN TIKET ANDA SEKARANG!

Image
KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2022 – Sudahkah anda bersedia untuk menyanyi dan menari bersamakumpulan muzik legenda dunia iaitu Michael Learns To Rock (MLTR)? Kumpulan dari Denmark itu kembali mengadakan persembahan satu malam di Malaysia dalam jelajah konsert mereka. Konsert MLTR Back On The Road Tour Live in Malaysia 2022, anjuran MIC Entertainment Group ituakan diadakan pada 22 Oktober 2022 (Sabtu), pukul 8.30 malam, di Arena of Stars, Resorts World Genting. Sudah pasti ketika persembahan MLTR, penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu hit kumpulan tersebut seperti “Take Me To Your Heart”, "25 Minutes”, “That’s Why You Go Away” dan “Paint My Love” oleh anggota kumpulan tersebut iaitu Jascha Richter, Mikkel Lentz dan Kåre Wanscher. Kumpulan yang berasal dari Aarhus, Denmark dan mula aktif sejak 1988 itu telah menghasilkan sembilan buah album rakaman studio dan 19 album kompilasi. Seiring dengan populariti lagu mereka, MLTR berjaya merangkul pelbagai anugerah emas, platinum dan multi-pla

PERAK DALAM GENGGAMAN JOHAN GHAZALI DI "IFMA YOUTH WORLD CHAMPIONSHIP YWC2022"

Image
  Muhammad Johan Ghazali (MERAH) terus mengasak pihak lawan tanpa memberi ruang. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Muhammad Johan Ghazali dari Malaysia (MERAH) sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke peringkat akhir di Kejohanan IFMA Youth World Championships YWC2022 sekaligus layak ke pringkat akhir bertempat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid , Subang Jaya, Sel menewaskan pertarung dari IFMA 1 Rustam Yunusov (BIRU) perbezaan 3 mata. Beliau mendapat 30 mata manakala Rustam Yunusov mendapat 27 mata. Asakan demi asakan dari Johan menyebabkan pihak lawan gagal mempertahankan kedudukannya. "Saya yang sudah faham mengenai kelemahan peserta-peserta dari negara Eropah berusaha untuk mengunci kepala lawan, tapi gagal. Tapi saya gunakan teknik lain suapaya pihak lawan tidak dapat membuat serangan kepada saya" ..katanya. Ditanya mengenai prestasi hari ini, Johan berkata "Hari ini saya agak letih sebab baru 2 hari lepas saya bertarung di peringkat suku akhir, tapi sorakan p

Aqila Afindi Ikon Wanita Melayu di Pencarian Wanita Melayu 2022

Image
Aqila Afindi Ikon Wanita Melayu di Pencarian Wanita Melayu 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin.   Shah Alam, 13 Ogos 2022 – Pentas utama Plaza Shah Alam menyaksikan kemenangan berpihak pada gadis bernama Aqila Afindi (21) yang membawa gelaran Ikon Wanita Melayu 2022 – Pencarian Wanita Melayu anjuran Plaza Shah Alam. Aqila menewaskan sembilan lagi saingan terdekatnya dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM10,000 daripada pihak Plaza Shah Alam serta hadiah iringan sumbangan penaja-penaja. Ketika di temubual beliau amat terkejut serta bersyukur atas penat lelah beliau selama ini membuahkan hasil. Sebagai Ikon wanita melayu yang digalas beliau perlu ada keyakinan diri serta jati diri yang tinggi. Berada rapat sebagai pesaingnya ialah Nur Athiya Hazirah (26) yang mengungguli tempat kedua dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 berserta hadiah daripada para penaja dan Siti Aisyah (26) mendapat tempat ketiga dengan membawa wang tunai RM3,000 daripada Plaza Shah Alam be

Muhammad Johan Ghazali yakin meraih emas di Kejohanan "IFMA Youth World Championships YWC2022 ".

Image
Muhammad Johan Ghazali dari Malaysia (MERAH) yang berjaya memenangi pertarungan di peringkat suku akhir hari ini menewaskan peserta dari German, Melik Babayev (BIRU). Foto: Azuddin Ahmad Zin.   T ahniah Muhammad Johan Ghazali dari Malaysia (MERAH) yang berjaya memenangi pertarungan di peringkat suku akhir hari ini menewaskan peserta dari German, Melik Babayev (BIRU) bagi kategori Junior14-15 Male Youth-60kg di Kejohanan IFMA Youth World Championships YWC2022 sekaligus layak ke pringkat separuh akhir bertempat di Sunway Convention Centre, Subang Jaya, Sel. Menurut Muhammad Johan, "saya yakin memenangi perlawanan ini berikutan sudah tahu kekuatan serta kelemahan serta gerak geri pihak lawan serta diberi tip oleh jurulatih saya dari Thailand, selain itu saya dapat tau cara latihan pihak lawan yang saya rasa saya boleh 'makan' dia " ..katanya. "Saya yakin memenangi perlawanan ini berikutan sudah tahu kekuatan serta kelemahan serta gerak geri pihak lawan"-Muhamma