Muhammad Johan Ghazali yakin meraih emas di Kejohanan "IFMA Youth World Championships YWC2022 ".

Muhammad Johan Ghazali dari Malaysia (MERAH) yang berjaya memenangi pertarungan di peringkat suku akhir hari ini menewaskan peserta dari German, Melik Babayev (BIRU). Foto: Azuddin Ahmad Zin.

 Tahniah Muhammad Johan Ghazali dari Malaysia (MERAH) yang berjaya memenangi pertarungan di peringkat suku akhir hari ini menewaskan peserta dari German, Melik Babayev (BIRU) bagi kategori Junior14-15 Male Youth-60kg di Kejohanan IFMA Youth World Championships YWC2022 sekaligus layak ke pringkat separuh akhir bertempat di Sunway Convention Centre, Subang Jaya, Sel.

Menurut Muhammad Johan, "saya yakin memenangi perlawanan ini berikutan sudah tahu kekuatan serta kelemahan serta gerak geri pihak lawan serta diberi tip oleh jurulatih saya dari Thailand, selain itu saya dapat tau cara latihan pihak lawan yang saya rasa saya boleh 'makan' dia "..katanya.

"Saya yakin memenangi perlawanan ini berikutan sudah tahu kekuatan serta kelemahan serta gerak geri pihak lawan"-Muhammad Johan. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Menurut Muhammad Johan lagi, 80% beliau yakin akan memenangi emas pada kejohanan kali ini dan memohon rakyat Malaysia mendoakan kejayaan beliau apatah lagi kejohanan ini berlangung di tanah air sendiri.

Kejohanan yang berlangsung dari 9 Ogos hingga 20 Ogos 2022 bertempat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Subang Jaya, Sel. Lebih 110 negara berkampung di Sunway Pyramid untuk menyertai kejohanan ini. Pastinya ia satu perkembangan baik untuk industri sukan di Malaysia sendiri selepas dua tahun tidak dapat menganjurkan kejohanan antarabangsa.

Pada saingan ini, Malaysia menyertai semua acara bermula kategori 8 tahun hingga 17 tahun tahun. Kejohanan ini adalah peluang terbaik bagi atlet remaja negara menimba pengalaman beraksi bersama jaguh-jaguh terbaik dunia.

Kejohanan ini berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid dengan mempertandingkan 200 kategori membabitkan penyertaan peserta berumur 8 hingga 17 tahun.

Remaja Dunia IFMA dianggap medan untuk atlet remaja negara mengembangkan bakat bersaing dengan pencabar di peringkat tertinggi.

Muhammad Johan (tengah) bersama jurulatih serta pembantu jurulatih bersiap sedia di tepi gelanggang. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang