EXISTS MUNCUL DENGAN KONSERT RESOLUSI 18 November 2022 di ZEPP Kuala Lumpur

Kali ini, Exists bakal muncul bertujuh. Mamat, Ajai, Along, Musa dan Ujang, Pasha dan Eiz. akan menghiburkan para peminat. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Masih terbayang lagi suasana peminat-peminat menyanyi bersama ala-ala karaoke terbesar di stadium bersama Exists Reunion pada tahun 2019 yang lalu. Exists sentiasa menawan hati para peminat dengan karya-karya dan persembahan segar mereka. Kemunculan mereka sentiasa menumbuhkan rasa rindu selepas itu untuk bernyanyi bersama.

Bagi merawat kerinduan tersebut, pada tahun ini bertempat di lokasi kegemaran ramai kini iaitu ZEPP Kuala Lumpur, Exists bakal tampil namun dengan kelainan. Begitulah Exists, walau sudah 31 tahun bertapak dalam industri muzik tanah air, mereka pasti akan tampil dengan kesegaran dan kelainan bagi menambahkan momen bersejarah dan memori indah dalam jiwa para peminat mereka.

Kali ini, Exists bakal muncul berlima. Mamat, Ajai, Along, Musa dan Ujang akan menghiburkan para peminat pada 18 November ini dalam sebuah konsert dengan judul Konsert Resolusi Exists. Persis album Anugerah iaitu album ke-2 Exists. Bagi menambahkan lagi kelainan dan kemeriahan malam tersebut dengan kemunculan dua vokalis undangan iaitu Pasha dan Eiz. “Exists merupakan sebuah kumpulan pemuzik. Kali ini kami tampilkan Mamat sebagai vokalis dan dua orang penyanyi jemputan iaitu Pasha dan Eiz.
Exists akan tampil dengan penyanyi undangan iaitu Pasha dan Eiz selain Mamat selaku penyanyi utama di konsert itu nanti. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Exists akan tampil dengan barisan utama di konsert itu nanti. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

"Bila kita bawakan penyanyi-penyanyi jemputan untuk bersama Exists, maknanya penyanyi tersebut ada sesuatu untuk diperkenalkan,” ujar Ajai mewakili Exists.

Bakal menyanyikan lagu-lagu hits Exists dalam konsert yang berdurasi hampir dua jam, pastinya lagu-lagu seperti Janji Padamu, Rahsia Pohon Cemara, Untukmu Ibu dan Langkah Seiringan akan dibawakan pada konsert yang bermula jam 9 malam tersebut.

Dibawakan oleh ImagineX selaku penganjur konsert, Encik Amir Shah Daud merasakan sudah masanya Exists muncul lagi dalam sebuah konsert bagi merawat kerinduan peminat yang mahu menyanyikan lagu-lagu hits dan berkualiti Exists bersama-sama.

En Amir Shah Daud (Imagine X) ketika menjawab soalan media. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

“Exists merupakan sebuah kumpulan yang mempunyai banyak lagu hits yang berkualiti. Lagulagu mereka bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di luar terutama Indonesia. Saya percaya para peminat Exists juga akan menyokong konsert ini kerana sudah lama tidak menyanyi bersama Exists dalam sebuah konsert. Malah konsep kali ini berbeza dengan konsert Exists yang terdahulu,” ujar Amir mewakili ImagineX.

Para peminat boleh membeli tiket Konsert Resolusi Exists bermula 29 Ogos ini di www.ticket2u.com.m™. Tiket-tiket dijual pada harga RM190 (bronze), RM230 (silver), RM290 (gold), RM330 (platinum) dan RM800 (box meet & greet).

Konsert Resolusi Exists dibawakan oleh ImagineX dan ticket2u.com.my selaku tiket rasmi serta HOT FM selaku radio rasmi.


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang