Konsert Hetty Koes Endang buat bulu roma penonton berdiri

Konsert yang akan membuat penonton ingati sepanjang hayat... Foto: Azuddin Ahmad Zin.

 Siapa yang x kenal dengan Hetty Koes Endang.. antara nama lejen di Indonesia dan Malaysia. Setiap persembahan beliau membuat peminat akan terpukau dengan kemerduan suaranya. Pada Sabtu lepas 17 Ogos 2022 Hetty Koes Endang menghiburkan peminat beliau di "Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang" di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Dibawakan khas oleh Mahajaya Empire Sdn Berhad ternyata tidak menghampakan penonton.

Busana pertama Hetty Koes Endang. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Tampil dengan busana yang menarik, Bunda Hetty masuk memulakan persembahan dari pintu masuk utama dengan lagu 'Rindu' membuat penonton turut ikut menyanyi.Beberapa lagu untuk segmen pertama ini penonton tetap 'follow' apa jua lagu yang dipersembahkan .

Vokal secara langsung yang ditunggu-tunggu peminat membuat penonton teruja ditambah dengan pengarah muzik iaitu Datuk Ramli MS serta pemuzik handalan pilihan beliau membuat konsert lebih padu.

Orang kuat disebalik konsert..Datuk Ramli MS. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Antara pemuzik yang menjayakan konsert Hetty Koes Endang. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Segmen kedua Bunda Hetty keluar dengan busana lain memeriahkan lagu konsert pada malam itu. Malam itu 18 buah lagu yang dipersembahkan. Boleh dikatakan kesemua lagu adalah lagu popular Hetty. Antaranya Kuda Hitam, Hati Lebur Jadi Debu, Kasih dan Berdiri Bulu Roma Ku.

'Biar Bulan Bicara' antara lagu yang didendangkan. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Lagu viral 'Tiara' turut dipersembahkan dengan susunan muzik dari Datuk Ramli MS. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Untuk segman ketiga, Bunda Hetty muncul dengan busana lain membuat penonton bertambah teruja..Bunda Hetty turut mendendangkan lagu yang viral di Malaysia baru-baru ini iaitu 'Tiara' hasil permintaan peminat. Kehadiran penonton yang boleh dianggarkan 96% memenuhi ruang dianggap berjaya oleh penganjur En Abdul Kadir Ibrahim.

Busana ketiga dari Hetty. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Tetap bertenaga di hujung-hujung persembahan beliau. Foto: Azuddin Ahmad Zin.



Antara tetamu VVIP yang hadir. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Antara tetamu VVIP yang hadir. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang