PERAK DALAM GENGGAMAN JOHAN GHAZALI DI "IFMA YOUTH WORLD CHAMPIONSHIP YWC2022"

 Muhammad Johan Ghazali (MERAH) terus mengasak pihak lawan tanpa memberi ruang. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Muhammad Johan Ghazali dari Malaysia (MERAH) sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke peringkat akhir di Kejohanan IFMA Youth World Championships YWC2022 sekaligus layak ke pringkat akhir bertempat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid , Subang Jaya, Sel menewaskan pertarung dari IFMA 1 Rustam Yunusov (BIRU) perbezaan 3 mata. Beliau mendapat 30 mata manakala Rustam Yunusov mendapat 27 mata.

Asakan demi asakan dari Johan menyebabkan pihak lawan gagal mempertahankan kedudukannya. "Saya yang sudah faham mengenai kelemahan peserta-peserta dari negara Eropah berusaha untuk mengunci kepala lawan, tapi gagal. Tapi saya gunakan teknik lain suapaya pihak lawan tidak dapat membuat serangan kepada saya"..katanya.

Ditanya mengenai prestasi hari ini, Johan berkata "Hari ini saya agak letih sebab baru 2 hari lepas saya bertarung di peringkat suku akhir, tapi sorakan penyokong Malaysia serta iringan paluan kompang mebuat saya bersemangat. Saya juga berharap seluruh rakyat Malaysia hadir ke Pusat Konvensyen Sunway ini untuk memberikan sokongan kepada saya serta atlit Malysia yang mana tak ramai atlit Mlaysia yang layak ke peringakt akhir".
Johan Ghazali (MERAH) lebih bersemangat di pusingan ketiga membolehkan beliau menang. Foto: Azuddin Ahmad Zin.
Kejohanan yang berlangsung dari 9 Ogos hingga 20 Ogos 2022 bertempat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Subang Jaya, Sel. Lebih 110 negara berkampung di Sunway Pyramid untuk menyertai kejohanan ini. Pastinya ia satu perkembangan baik untuk industri sukan di Malaysia sendiri selepas dua tahun tidak dapat menganjurkan kejohanan antarabangsa.
Pada saingan ini, Malaysia menyertai semua acara bermula kategori 8 tahun hingga 17 tahun tahun. Kejohanan ini adalah peluang terbaik bagi atlet remaja negara menimba pengalaman beraksi bersama jaguh-jaguh terbaik dunia.

Kejohanan ini berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid dengan mempertandingkan 200 kategori membabitkan penyertaan peserta berumur 8 hingga 17 tahun.

Remaja Dunia IFMA dianggap medan untuk atlet remaja negara mengembangkan bakat bersaing dengan pencabar di peringkat tertinggi.

Johan Ghazali (MERAH) ketika diumum sebagai pemenang di peringkat separuh akhir menewaskan Rustam Yunusov (BIRU). Foto: Azuddin Ahmad Zin.



Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang