TEATER MASAHORO-OPU RAJA SITI-WANITA PERTAMA YANG MENJADI YANG DI PERTUAN NEGERI SELANGOR DI SEKITAR TAHUN 1723
Tujuan Pementasan ini, mengangkat dan menyerlahkan keunikan negeri Selangor melalui sejarah istimewa Opu Raja Siti (Yamtuan Selangor) ; Raja Siti dan pemerintah-pemerintah lampau negeri Selangor dalam pementasan teater terbuka dengan suntikan elemen bangsawan yang berpotensi memberi input kepada pengukuhan dan pengembangan pengetahuan dan latar sejarah negeri, tarikan pelancongan dan menggalakkan penyelidikan sejarah dari institusi pendidikan tinggi. Dapat mempromosikan lagi tempat pelancongan di Shah Alam yang berada di negeri Selangor. Teater ini akan dipersembahkan pada 10 dan 11 September 2022 jam 8.00 malam bertempat di Taman Tasik Shah Alam, Selangor. Teater ini membariskan 21 pelakon yang mana dua orang pelakon 'otai' iaitu En Shah Farid Zain dan En Rahim Kedol turut membarisi Teater tersebut.
Ditanya mengapa En Shah Farid Zain dan En Rahim Kedol tidak diletak sebagai pelakon utama, Menurut Pengarah Teater "Kami mengambil mereka untuk watak-watak yang boleh mengikut kemampuan mereka, memandangkan watak utama memerlukan pergerakan silat yang agak agresif. Jadi kami berikan watak yang agak 'selamat' untuk mereka. Walau bagaimana pun kami mahukan aura pelakon otai itu diserap di dalam teater ini'. katanya.
![]() |
En Shah Farid Zain antara pelakon yang turut menjayakan teater MASAHORO nanti. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
OBJEKTIF DAN MATLAMAT
Menyemarakkan seni teater melalui pementasan terbuka yang dapat memperkasakan warisan tidak ketara (Intangible Heritage) negeri Selangor.
Memberi peluang dan membuka platform kepada penggiat seni teater dan pertubuhan (NGO) seni budaya negeri untuk memberi sumbangan kepada negeri dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan, menikmati keadilan agihan ekonomi dan menyerlahkan kerja-kerja kreatif mereka,
Mengimbangi kepesatan industri 4.0 setara dengan pembangunan seni persembahan melalui program-program pementasan teater samada secara terbuka atau tertutup dengan elemen pementasan bangsawan dengan pengaplikasian teknologi dan latar alam semulajadi dalam kerja-kerja pementasan.
Mengetengahkan karya-karya seni pementasan yang berpotensi memberi nilai tambah dan input kepada pengetahuan khalayak, kesedaran nilai sejarah dan menggalakkan pengembangan pengetahuan dan penyelidikan dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
KONSEP
Konsep pementasan teater ini ialah secara terbuka (enviroment theatre), Sesuai dengan tapak yang di pilih di Taman Tasik Shah Alam berlatar belakang alam semulajadi.
SINOPSIS
Sejarah Negeri Selangor mengenai OPU Raja Siti iaitu wanita pertama yang menjadi Yang Di Pertuan Negeri Selangor di sekitar tahun 1723. Dalam sepakatan Raja-Raja atau pun Daeng dalam gelaran ketika itu bagi keturunan Bugis perlantikan ini berlaku selepas kemangkatan kekandanya Arong Pasarai taitu Yang Di Pertuan Negeri Selangor yang pertama. Namun hal tersebut sangat ditentang oleh Daeng Mateko di atas setab dendam dan kuasa. Atas kekuatan ketenteraan dan keperibadian Raja Siti itu sendiri. Segala tentangan dapat di atasi.
Tiket masuk boleh didapati dengan menghubungi +6010 841 7161 (MTS Online) dengan harga RM20.
Comments
Post a Comment