|
Aqila Afindi Ikon Wanita Melayu di Pencarian Wanita Melayu 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Shah Alam, 13 Ogos 2022 – Pentas utama
Plaza Shah Alam menyaksikan kemenangan berpihak pada gadis bernama Aqila Afindi
(21) yang membawa gelaran Ikon Wanita Melayu 2022 – Pencarian Wanita Melayu
anjuran Plaza Shah Alam. Aqila menewaskan sembilan lagi saingan terdekatnya
dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM10,000 daripada pihak
Plaza Shah Alam serta hadiah iringan sumbangan penaja-penaja. Ketika di temubual beliau amat terkejut serta bersyukur atas penat lelah beliau selama ini membuahkan hasil. Sebagai Ikon wanita melayu yang digalas beliau perlu ada keyakinan diri serta jati diri yang tinggi.
Berada rapat
sebagai pesaingnya ialah Nur Athiya Hazirah (26) yang mengungguli tempat kedua
dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 berserta hadiah daripada para
penaja dan Siti Aisyah (26) mendapat tempat ketiga dengan membawa wang tunai
RM3,000 daripada Plaza Shah Alam berserta hadiah sumbangan penaja-penaja lain.
|
Dari kiri Nur Athiya Hazirah (Kedua), Aqila Afindi (Juara) dan Siti Aisyah (Ketiga). Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
|
Finalist PWM2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Miss Personality menjadi milik Sabrina
Nizam (24) dan Miss Photogenic diberikan kepada Nur Diana Sri Tunteja (21).
Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM1,000 daripada Plaza Shah Alam
berserta hadiah tajaan. Majlis yang diacarakan oleh Fahrin Ahmad (Aktor)
bersama bekas Ikon Wanita Melayu 2018, Amy Nurtinie ini diadili lima juru
profesional iaitu Vanidah Imran (Aktres), Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen
UiTM), Kiffy Razak (Pengarang Urusan majalah NONA), Puan Azura Mokhtar
(Pengurus Kanan Plaza Shah Alam) dan Mas Idayu (Selebriti).
|
Miss Photogenic diberikan kepada Nur Diana Sri Tunteja. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
|
Miss Personality menjadi milik Sabrina Nizam. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
|
Ybhg Dato' Sri Meer Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB (kiri) sempat menyantuni para pemenang
Pencarian Wanita Melayu 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Comments
Post a Comment