KONSERT JELAJAH RAMLI SARIP 2022 CINTA DI SEBALIK MUSIM -PROMOSI ALBUM RASA

 


Lapan tahun berlalu Datuk Ramli Sarip jelajahi tujuh destinasi dalam konsert siri jelajah Blues Buat Teman Tour 2014 yang bertujuan membantu kawan-kawan Artis saperti Allahyarham Yazit Search, Hamid Black Dog Bone dan keluarga kepada Allahyarham Samad Mian Lefthanded. Siri jelajah itu berjalan dengan baik dan beliau dapat memberi sumbangan kepada ketiga-tiga insan seni tersebut.

 Konsert jelajah kali ini khas untuk mempromosi album penuh Datuk Ramli berjudul RASA yang diterbitkan pada tahun 2021. Perancangan konsert jelajah ini akan mula bergerak dari Johor dan berakhir di Singapura di bulan Oktober hingga Disember 2022. Beliau membawa tujuh Pemuzik hebat untuk bersama beliau dan akan membawakan lagu-lagu baru dari album RASA dan juga lagu-lagu malar segar yang masih mahu didengar oleh peminat di mana saja beliau membuat persembahan.

 Sebuah penghasilan album mengandungi pelbagai cerita yang terkandung dalam perjalanan muzik seseorang penghibur atau penyanyi yang mencipta lagunya sendiri dan bagaimana muziknya berkembang mengikut waktu dan keadaan yang dilalui dari suatu masa ke suatu masa.

Dari perasaan dan pemikiran peribadi terhadap hal-hal yang mencangkupi kehidupan yang dilaluinya hari-hari, pengamatan terhadap keadaan yang berlaku di sekeliling mahu pun yang menyentuh masyarakat serta umat sejagat sehinggalah hubungan spiritual dengan Tuhan, RASA ibarat sebuah cermin suaranya terhadap kehidupan ini dalam fasa kematangan yang bersifat lebih matang lagi.

 Menyentuh tentang RASA, penghibur lagenda yang cukup ikonik dengan gelaran Papa Rock ini mengakui bahawa album baharunya itu memiliki segala resepi dan ramuan terbaik yang pernah dihasilkannya sebelum ini.

Apabila dapat menerbitkan album penuh dengan 10 buah lagu, ia memberikan satu kepuasan berbeza. Mencipta hala tuju dan merekacipta konsep sangat menarik. Ia seperti mengimbau era penerbitan album bersama Sweet Charity. Setiap album ada warna, karakter dan semangatnya yang tersendiri.

Pembikinan dan penerbitan album RASA yang memuatkan 10 lagu ini menjadi lebih unik apabila penerbitannya dimulakan di Kuala Lumpur tetapi disiapkan sepenuhnya di Singapura apabila pandemik Covid-19 mula menyerang dunia pada tahun 2020.

Bersama band muzik band muzik pengiringnya Soul Journey iaitu Rozario Rasul (pengarah muzik dan keyboardist), Rizal Halim atau Ritz Metalasia (pemain gitar kedua), Din Safari (pemain bass), Tom Annuar (pemain dram) beserta Allahyarham Fauzi Samin atau Aji (pemain gitar pertama), Ramli sempat merakamkan tiga lagu iaitu Srikandi Zaman, Sentosa di Kubah Hayat dan Surat Cinta Kuala Lumpur.

 Manakala di Singapura beliau menghabiskan tujuh lagu lagi bersama pemuzik terbaik Singapura saperti Addy Rasidi, Din Safari, Bani Hidir, Riduan Zalani, Al Hafiz Jumat dan Julian Lim.

Gabungan Pemuzik berkaliber dari Malaysia dan Singapura akan dibawa bersama ke tujuh destinasi. Mereka adalah…

ROZARIO RASUL PENGARAH MUZIK/KIBOD

RIZAL HALIM GITAR I

ADDY RASIDI GITAR II

DIN SAFARI BES GITAR

TOM ANUAR DRUM

MOHARDIMAN ISMAIL FLUTE

RIDUAN ZALANI PERKUSI

“Cinta Di Sebalik Musim adalah karya seorang composer dari Singapure bernama T-Zi dan liriknya dihasilkan oleh Penulis lirik terkenal Malaysia, S Amin Shahab. Tajuk lagu ini diangkat sebagai tema konsert jelajah kali ini kerana mengikut Ramli lagu ini menceritakan musibah yang melanda dunia.

 “Malah, semasa di studio rakaman, ada suatu pengalaman unik yang saya melalui saat melontarkan suara. Perasaan ketika menyanyi sangat tenang merindui damai yang kita kecapi sebelum pandemik berlaku. Ianya sangat seronok dan seolah-olah ada dorongan semangat baru yang kuat untuk terus berkarya.

“Kerana itulah RASA kali ini mempunyai rasa dan jiwa yang berbeza. Harapan saya, album ini akan dapat membakar semangat nusantara dan sejagat untuk terus berkarya dalam apa juga suasana yang menghalang.

“Citarasa baru ini memberi sinar dan warna baharu dalam dunia seni. Cintailah alam dan berkasih sayanglah sesama ummah. Khusus untuk pencinta dan pejuang seni agar kita terus melahirkan karya baru,” katanya.

TARIKH-TARIKH KONSERT JELAJAH:


JOHOR (KONSERT)

Tempat: Persada Johor

Tarikh: Jumaat, 7 Okt 2022

Masa: 8.45mlm

Tiket: www.ilassotickets.com

Harga: RM380.00/RM280.00/RM188.00.


MELAKA (KONSERT)

Tempat: LaCrista Hotel

Tarikh: Jumaat, 14 Okt 2022

Masa: 8.45mlm

Tiket: www.ilassotickets.com Harga: RM385.00/RM205.00


KUALA LUMPUR (KONSERT)

Tempat: Zepp Kuala Lumpur

Tarikh: Sabtu, 29 Okt 2022

Masa: 8.45mlm

Tiket: www.ilassotickets.com

Harga: RM450.00/RM350.00/RM300.00

VIP BOX: RM5,000.00 untuk 6 orang

Untuk VIP Box boleh di dapati dari Rasa Karya Sdn Bhd: 013 2633938 INT X GROUP Sdn Bhd: 019 3017778.


SABAH (CHARITY DINNER)

Tempat: Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu

Tarikh: Sabtu, 12 Nov 2022

Masa: 8.00mlm

Pertanyaan: 012 8370222.


SARAWAK (CHARITY DINNER)

Tempat: Dewan Majma Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kuching

Tarikh: Ahad, 20 Nov 2022

Masa: 8.00mlm

Tiket: RM12,000.00/RM10,000.00/RM8,000.00/RM6,000.00/ RM4,000/RM2,000.00 untuk 10 orang semeja

Hubungi: Kurnia 012 8189106 & Ain 014 5970664


KELANTAN (KONSERT & CHARITY DINNER)

Tempat: Grand Riverview Hotel, Kota Bahru

Tarikh: Jumaat, 25 Nov 2022 (Konsert) Sabtu, 26 Nov 2022 (Charity Dinner)

Masa: 8.30mlm Tiket: www.ilassotickets.com RM300.00/RM200.00/RM100.00 (Konsert).


SINGAPURA (KONSERT)

Tarikh: Sabtu, 17 Dis 2022

PENGURUSAN KONSERT JELAJAH:

RASA KARYA SDN BHD (No: 1232068D)

No 91 Jalan 7/132 Gasing Indah 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Tel: +6013 2633938 Email: bandingjuria@gmail.com

WAKIL MEDIA: Hubungi: Aida Husin Mewah Event Management Mobile: +6012 2166873

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang