YB Mohd Khairuddin Othman rasmi Kejohanan Piala Budak Kampung 2022

YB Mohd Khairuddin Othman (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor) membuat sepak mula Kejohanan Piala Budak Kampung 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

 Hari Pertama bagi Program Kejohanan Piala Budak Kampung 2022 yang diadakan pada 27 & 28 Ogos 2022 bertempat di Eco Ardence Football Arena, Setia Alam.

Dua kategori dipertandingkan iaitu Bola Sepak 7 sebelah bawah 17 tahun dan Bola Jaring 3 lawan 3 terbuka. 

YB Mohd Khairuddin Othman (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor) ketika memberikan ucapan di Kejohanan Piala Budak Kampung 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

YB Mohd Khairuddin Othman meniup wisel menandakan perlawanan pertama bermula. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor ini mensasarkan 100 pasukan Bola Sepak dan 40 pasukan Bola Jaring dari seluruh 9 daerah Negeri Selangor dan terbuka kepada mereka yang bermain di luar bandar secara bersendirian atau berkumpulan yang tiada peluang untuk menyertai liga secara profesional.

Ditanya adakah kejohanan ini akan diadakan setiap tahun, YB menjawab: "Kita akan meneruskan program ini sampai bila-bila dan berkemungkinan akan mengadakan 'tour' di daerah lain bagi mencungkil bakat-bakat baru dari daerah-daerah lain..In Sya Allah".

YB Mohd Khairuddin Othman sudi bergambar bersama pasukan Paja Jaras Hilir (PJH). Foto; Azuddin Ahmad Zin

Antara akis-aksi yang sempat dirakam di Kejohanan Piala Budak Kampung 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin.



Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang