3 Generasi, 3 Genre Berbeza Satukan 3 Peminat

 


Persembahan pembukaan oleh Tam (SPIDER). Foto: Heyjoni Blackswan.

Oleh: Nagzhrul-Kuala Lumpur 

Buat julung-julung kalinya, tiga pemuzik rock handalan tanah air dari tiga generasi yang berbeza disatukan di atas sebuah pentas buat pertama kalinya menerusi sebuah konsert YOLO Live Sessions: 3 Generasi dengan membariskan nama-nama besar industri muzik Malaysia seperti Noh Salleh, kumpulan Spider dan XPDC, yang dibawakan khas oleh YOLO Malaysia.

Bertempat di dewan konsert serba moden, Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang pada 27 Ogos lalu, tepat jam 8,30 malam khalayak di kejutkan dengan petikan gitar yang mengiramakan lagu kebangsaan Negaraku. Tanpa banyak bicara hadirin yang berada di kerusi lantas bangun dan menyanyikan lagu Negaraku.

Pentas kemudiannya di ambil alih oleh Spider yang bertindak sebagai band pemanas acara dengan pantas mengalunkan lagu Anti Graviti dan Kacap Terlabik. Tam kemudiannya menyapa peminat yang hadir dengan mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi hadir ke konsert 3 Generasi, selepas itu spider terus mendengarkan lagu ke tiga yang berjudul Kau Saja. 

Persembahan penutup Spider turut membawakan lagu Kelawar Vampira Foto: Heyjoni Blackswan. 

Spider kini di barisi oleh Is (menggantikan arwah Tony), Hanafi, Aie dan Tam tampak cukup berkarisma dalam menyampaikan setiap lagu yang di persembahkan.  Kematangan serta energy yang mereka tampilkan wajar di beri pujian menskipun sepanjang karier mereka masih belum berkesempatan melakukan konsert solo.

Usia penubuhan Spider kini telah masuk 26 tahun, malah ada peminat yang bertemu jodoh dengan lagu-lagu Spider termasuklah lagu Hidupku dan Mungkinkah Terjadi. Tanpa dirancang sebuah lagu tribute khas buat Dato M.Nasir , Mentera Semerah Padi turut dipersembahkan.

Sebelum menamatkan persembahan Spider turut membawakan lagu Kelawar Vampira yang dipetik dari album Angkabut. Tirai dilabuhkan dengan lagu Mabuk yang pastinya mengundang lontaran vocal daripada hadirin.

Noh Salleh  yang tampil dengan konsep muzik pop retro. Foto: Heyjoni Blackswan. 

Noh Salleh tampil buat kali pertama pada konsert selepas kontroversi. Foto: Heyjoni Blackswan.

  Noh Salleh  yang tampil dengan konsep muzik pop retro terlebih dahulu menghadiahkan hadirin dengan lagu Gelung. Noh kemudiannya mula menyapa peminat malah beranggapan dirinya cukup bertuah kerana digandingkan dengan dua jentera hebat iaitu spider dan xpdc. Malah dia turut mengajak para peminat yang hadir agar setup telinga dengan wirama romantis .

Tampil buat kali pertama pada konsert selepas kontroversi perceraian dengan bekas isteri, Mizz Nina, awal bulan ini, Noh Salleh mengucapkan terima kasih kepada peminat setia malah beliau cukup terharu dengan kehadiran kira-kira 3,000 peminat, Noh menyifatkan Konsert 3 Generasi di Zepp KL,  sebagai pengubat dukanya. Noh terus membawa peminat ke alam khayal dengan lagu Bisikan, Renjana, Mr Polia dan Biar Seribu.

Noh bersama sembilan pemuzik iringan turut mendendangkan lagu Sang Penikam, Angin Kencang dan Bunga Di Telinga sebelum menyerahkan pentas kepada XPDC.

Jujur, pada awalnya, saya risau apakah ada yang mahu beli tiket pada harga yang agak tinggi. Tetapi ternyata saya pandang rendah kepada peminat Malaysia. Nampaknya, anda semua sokong artis tempatan... Terima kasih," ujarnya.

XPDC terus mencengkam dengan lagu Penyakit Gatal.  Foto: Heyjoni Blackswan.


Persembahan dari Mael XPDC. Foto: Heyjoni Blackswan.

XPDC yang sebelum ini dikenali sebagai Raja Funfair kini mula menunjukkan taringnya, tanpa banyak bicara lagu Ntahapantah mula dipersembahkan. Rata-rata peminat rock yang menguasai ruang hadapan pentas turut bernyanyi bersama dengan band pujaan mereka.

XPDC terus mencengkam dengan lagu Penyakit Gatal, meskipun vokal Mael kelihatan cukup menyeksakan namun itu bukanlah halangan peminat untuk menidakkan keupayaan XPDC.  Hadirin kemudiannya dibuai dengan medley Titian Perjalanan, Hentian Ini dan Aku dan Sesuatu.

Ruang Zepp yang dilimpahi kedinginan terus dihangatkan rangkaian lagu-lagu rancak seperti Bahalol, Senapang Patah, Hidup Bersama dan Raja Kertas. Namun, pada akhir segmen, vokalis XPDC, Mael atau nama sebenar, Syed Ismail Syed Ibrahim tidak dapat meneruskan persembahan dan digantikan anaknya Afil mendendangkan 2 lagu terakhir iaitu Selendang Merdeka dan Kita Pengyu.

XPDC turut bersama Spider dan Noh menyampaikan lagu popular mereka, Semangat Yang Hilang sebelum melabuhkan tirai konsert.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang