Jamal Abdillah kini jadi usahawan kosmetik

Dato Jamal Abdillah , Datin Zetty bersama produk Zarania. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

KUALA LUMPUR , 23 Ogos 2022 — Menceburi perniagaan di usia yang lewat tanpa ada pengalaman selalunya agak berisiko, apatah lagi jika perniagaan yang dijalankan itu sesuatu yang di luar kepakarannya. Namun berbekalkan semangat yang tinggi membuatkan penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah tekad untuk memulakan perniagaan berkaitan kosmetik walaupun sebelum ini beliau memiliki bisnes ikan arowana.

Jamal, 63, berkata, dia memilih untuk menjadi rakan bisnes kepada Zarania Beauty memandangkan syarikat itu memiliki reputasi tinggi apabila mempunyai pengalaman dalam memasarkan produk jenama Natasya yang mampu bertahan di pasaran sehingga lebih 15 tahun. Jelas bapa kepada lima anak itu, idea kerjasama itu tercetus apabila dia melihat hobi isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin yang gemar berhias cantik dan bersolek setiap masa serta minat berniaga.

“Jadi saya jalin Kerjasama dengan Zarania Beauty sebagai hadiah kepada beliau dan juga kepada peminat-peminat saya. “Walaupun saya teruja dengan bisnes baharu ini namun saya akui perasaan bimbang itu tetap ada kerana ini pertama kali saya menceburi bidang kosmetik.

“Tapi saya percaya produk ini boleh pergi jauh dan mungkin ini permulaan dalam bidang ini dan kalau ada rezeki, kami akan keluarkan pelbagai produk kosmetik fain,” katanya. 

Jamal berkata, ketika ini, sebanyak sembilan produk telah berada di pasaran dengan harga mampu milik yang bermula serendah RM25 hingga RM49. Malah sebagai penghargaan kepada lagu popularnya, katanya, set Azura turut diperkenalkan dengan menawarkan harga pakej Jebih jimat di mana pembeli berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik. 

“Satu perkara tentang keistimewaan produk Zarania Beauty ini apabila semua rangkai produknya dihasilkan oleh kilang tempatan yang memiliki sijil bertauliah oleh Amalan Pengilangan Baik (GMP). “Malah bahan kandungan dalam produk ini selamat digunakan, sesuai untuk segala peringkat umur selain kualiti setanding dengan produk antarabangsa. Kalau hendak tahu apa lagi keistimewaan produk ini, orang ramai mestilah kena cuba produk ini,” katanya. 

Jamal menambah, dia dan rakan kongsi turut menyasarkan jualan bukan hanya dalam Malaysia tetapi juga di Brunei, Indonesia serta Singapura. Tambahnya, jika ada rezeki pada masa akan datang, pihaknya ingin mengeluarkan lebih banyak produk yang biasa digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. 

Dari kiri Dato Jamal Abdillah , Datin Zetty, Nurul Amisha Rohaizad dan Shazrul Iman ketika melancarkan produk Zarania. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

“Hari ini pun golongan lelaki yang gemar memakai produk komestik dan mungkin lepas ini Zarania Beauty akan keluarkan produk kosmetik untuk lelaki pula. Saya sendiri menggunakan bedak dan spray muka sebelum membuat persembahan nyanyian. 

“Seperti yang saya katakan, bisnes ini sebenarnya sebagai tanda penghargaan saya kepada isteri saya dan saya cuma membantu dia dalam menjayakan perniagaan ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang