Posts

Showing posts from July, 2022

SELANGOR BYPASS HALF MARATHON 2022, LARIAN LEBUHRAYA TERTINGGI DI MALAYSIA

Image
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor menganjurkan Program Selangor Bypass Half Marathon 2022 bertempat di lebuhraya Rawang Bypass, Rawang pada 31 Julai 2022 dari 4 pagi sehingga 10 pagi. Hampir 5000 penyertaan telah diterima termasuk dari 24 Negara luar iaitu Vietnam, United States, United Kingdom, Thailand, Taiwan, Singapura, Portugal, Filipina, China, Netherlands, Nepal, Morocco, Sepanyol, Kenya, Indonesia, India, Bangladesh, Australia, Madagascar, Jepun, Iran, Paris, Kanada dan Belgium. Selangor Bypass Half Marathon 2022 mempunyai 2 kategori iaitu 12km dan 21km dengan hadiah terkumpul sebanyak RM30,000. Objektif program ini adalah sebagai platform untuk Kerajaan Negeri Selangor mendekati para belia serta galakan kepada orang ramai untuk mengambil bahagian dalam acara sukan larian dan secara tidak langsung menyuburkan aktiviti sukan. Dengan penganjuran program i

JUBIN NAUTIYAL: LIVE IN MALAYSIA

Image
  Jubin Nautiya ketika sesi temubual secara langsung di atas talian. Foto: Azuddin Ahmad Zin. KUALA LUMPUR, 26 Julai 2022 — Salah satu penganjur acara terkenal dan berpengalaman negara, Hitman Solutions sekali lagi membawakan hiburan penuh sensasi dan mantap dengan mempersembahkan sebuah lagi konsert yang ditunggu-tunggu oleh para peminat Bollywood di Malaysia dan negara jiran, iaitu Jubin Nautiyal: Live in Malaysia’ pada 26 Ogos 2022 bermula jam 8 malam bertempat di dewan eksklusif, Plenary Hall, KLCC. “Kami sangat teruja untuk membawakan anda bintang playback Bollywood paling popular masa kini iaitu Jubin Nautiyal dalam sebuah konsert Istimewa hanya untuk satu malam. Setelah mengumumkan konsert ‘Bunkfacel 15 Years Of Korang’ tempoh hari, kami tidak membuang masa untuk merancang aksi muzikal yang seterusnya,” menurut kata Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions.  Hitman Solutions yang ditubuhkan kira-kira 15 tahun yang lalu merupakan salah satu anak

KMY KMO, LUCA SICKTA PILIH HAZAMA UNTUK KOLABORASI LAGU MAKUTA

Image
KUALA  LUMPUR,  3  JUN  2022 –Selepas  kejayaan  merakamkan  tiga  single  dengan  penyanyi tersohor negara iaitu Dato’M.Nasir menerusi lagu Zuhud, diikuti Dato’Sri Siti Nurhaliza menerusi 7 Nasihat dan Dato’Jamal Abdilllah dalam Neraca, kini duo hip hop popular, Kmy Kmo dan Luca Sickta tampil berkolaborasi dengan penyanyi pop rock tanah air, Hazama menerusi lagu berjudul MAKUTA. Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh dua penyanyi muda ini sememangnya memiliki mesej yang cukup mendalam selain menggabungkan elemen hip hop dan rock serta konsep Nusantara dalam buah tangan kali ini. Menurut  Kmy  Kmo  atau  nama  sebenarnya  Lukmanul  Hakim,  penghasilan MAKUTAmenitik beratkan  gambaran  serta  amaran  yang  sudah  dan  bakal  berlaku  dalam  memberi  kesedaran kepada pendengar secara menyeluruh. “MAKUTA yang  bermaksud  Mahkota  dari  bahasa  Sunda  ini  mengisahkan   propaganda, ketidakadilan, dan korupsi yang berlaku pada dunia pekerjaan dan juga pada kehidupan harian kita. “MAKUTA atau 

SEBUAH PREMIS PASARAYA JUAL MINYAK MASAK SUBSIDI PAKET 1 KG SECARA BERSYARAT DIKENAKAN TINDAKAN DI BAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

Image
  SEPANG, 24 JULAI 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) komited memperkasakan pemeriksaan serta mengesan perlakuan aktiviti tidak beretika melibatkan urus niaga barang kawalan bersubsidi minyak masak paket 1kg. Tindakan ini digerakkan di bawah OPS ATM (Ayam, Telur ayam, Minyak Masak) yang turut melibatkan operasi pengauditan dan pemutihan bagi item minyak masak bersubsidi paket 1 kilogram untuk membendung ketirisan yang boleh menjejaskan kesejahteraan Keluarga Malaysia. Pada 22 Julai 2022, KPDNHEP Cawangan Sepang telah mengambil tindakan kes susulan daripada aduan yang diterima daripada orang awam berhubung sebuah pasaraya terletak di Kota Warisan, Sepang yang disyaki menyorok minyak masak bersubsidi paket 1 kg daripada dijual kepada pelanggan. Penguat Kuasa KPDNHEP Sepang bertindak ke atas aduan dengan berpakaian preman semasa menjalankan pemeriksaan di premis yang diadu, untuk mengesan dan mengesahkan wujud perlakuan urus niaga yang tidak beret

KONSERT EKSKLUSIF DATUK RAMLI SARIP SEMPENA PEMBUKAAN RASMI MALACCA MUSIC HALL

Image
  Para peminat setia Datuk Ramli Sarip akan berpeluang melepaskan rindu mereka untuk melihat penyanyi kesayangan mereka beraksi secara langsung di atas pentas pada 29 dan 30 Julai 2022 di Malacca Music Hall, Aqua Villa, Melaka. Penjualan tiket bagi ‘Concert Ramli Sarip: Upclose and Personal’ ini adalah secara terhad, bertujuan untuk memberikan pengalaman yang eksklusif kepada para peminat setia untuk menyaksikan dan berhibur dengan persembahan mantap Datuk Ramli Sarip yang akan diiringi oleh pemuzik-pemuzik tersohor Malaysia. Datuk Ramli Sarip, juga dikenali dengan gelaran Papa Rock oleh para peminatnya merupakan seorang penyanyi lagenda yang amat dikenali di Malaysia. Beliau memulakan karier beliau sebagai vokalis utama kumpulan Rock Melayu Sweet Charity yang telah menggegarkan arena seni di Malaysia dan Singapura pada tahun-tahun 70-an dan 80-an. Selain itu, Ramli Sarip bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi, malah beliau juga merupaka seorang pemuzik, penulis lirik, penyusun

Berhibur Sambil Beramal bersama penyanyi lagenda Dato' Jefferydin.

Image
Berhibur Sambil Beramal itulah ungkapan paling tepat apabila buat pertama kalinya Grand Barakah  Hotel (GBH) menganjurkan satu Program berkonsepkan mini konsert untuk artis veteran. Bagi  merialisasikan impian tersebut pihak hotel akan menganjurkan mini konsert pop  yeh yeh yang bakal  berlangsung pada 30 Julai ini. Mini Konsert Pop Yeh Yeh bersama penyanyi lagenda Dato Jefferydin dengan temanya “Mas Mona  Night”, ianya di ambil bersandarkan lagu Mas Mona yang masih malar segar sehingga kini. Meskipun  bertemakan Mas Mona Night Dato’ Jefferydin tidak berseorangan malah pihak hotel turut  mengundang beberapa lagi artis 60an antaranya S. Mariam juga merupakan penyanyi dari kumpulan  Siglap 5, Datuk L.Ramli serta kumpulan The Zurah 3 yang melatari persembahan artis pada malam  tersebut. Menurut pihak penganjur, tujuan diadakan mini Konsert ini adalah untuk memberi ruang kepada  artis veteran berkarya dan menjalankan aktiviti mereka di Grand Barakah Hotel ini melalui bidang  masing- masing

KPDNHEP SELANGOR BERSAMA PDRM BUKIT AMAN RAMPAS BARANGAN KES DISYAKI SELEWENG SUBSIDI CECAH RM1.7 JUTA

Image
  SHAH ALAM, 19 JULAI 2022 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor komited membanteras aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan dan subsidi dengan kerjasama strategik agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan keberadaan bekalan barangan tersebut di pasaran dapat dinikmati oleh pengguna di Selangor. Pada 18 Julai 2022, Pasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Selangor telah menerima satu kes serahan daripada CPSK JKDKA, Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman. Kejadian kes berlaku pada 18 Julai 2022, lebih kurang jam 11.00 malam. Lokasi serahan dilaksanakan di lokasi serbuan iaitu di sebuah premis bertempat di Kampung Baru Subang, Shah Alam.  Kes ini adalah aktiviti yang disyaki wujud perlakuan tidak beretika melibatkan barangan kawalan bersubsidi jenis bahan api diesel. Perlakuan tidak beretika disyaki memiliki barang kawalan dalam keadaan menimbulkan syak munasabah yang membawa kepada tahanan pelaku ditempat kejadian dan sitaan kenderaan ser

KPMC-UCMI : METERAI KERJASAMA KEBOLEHPASARAN GRADUAN INDUSTRI KESIHATAN

Image
Naib Canselor UCMI, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman (kiri)  bersalaman bersama  Ketua Pegawai Eksekutif KPMC Kajang, Datuk Haji Saroni Haji Judi. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kajang Plaza Medical Centre (KPMC Kajang) dan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) memeterai perjanjian (MoU) dalam usaha untuk memenuhi kebolehpasaran graduan kesihatan. Melihat kepada isu kesihatan yang kian meruncing, keperluan kepada perhidmatan kesihatan swasta semakin meningkat justeru lebih ramai petugas kesihatan diperlukan. Kerjasama ini adalah salah satu inisiatif KPMC Kajang untuk menambah bilangan khidmat tenaga mahir petugas kesihatan dalam memenuhi keperluan pesakit dan menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat. Naib Canselor UCMI, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman (kiri)  menandatangani memorandum  bersama  Ketua Pegawai Eksekutif KPMC Kajang, Datuk Haji Saroni Haji Judi.  Foto: Azuddin Ahmad Zin. Naib Canselor UCMI, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman (kiri) bersama  Ketua Pegawai Eks

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA BFI DAN PAKAT

Image
En Tan Cheng Yan (Pengarah BF International Sdn Bhd) dan Ybhg Dato' Seri Nor Hasnal (Presiden Pertubuhan Muafakat Kasih Ehsan PAKAT) bersalaman sambil menukar dokumen MoU. Foto: Azuddin Ahmad Zin.  Satu majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara BFI dan PAKAT diadakan di salah satu hotel di Petaling Jaya. PAKAT merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama dengan satu syarikat pengeluar produk kesihatan iaitu BFI (BEYONE FUTURE INTERNATIONAL SDN BHD). Antara produk kesihatan keluaran BF International Sdn Bhd. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Menurut  Ybhg Dato' Seri Nor Hasnal, kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan ekonomi kepada setiap ahli yang menyertai program ini dimana setiap ahli akan diberikan wang pendahuluan (didalam e wallet aplikasi) seterus mereka boleh menggunakan wang tertsebut untuk membeli produk kesihatan. Ucapan daripada Ybhg Dato' Seri Nor Hasnal (Presiden Pertubuhan Muafakat Kasih Ehsan PAKAT). Foto: Azuddin Ahmad Zin. Ucapan daripada

JAMUAN AIDILADHA DUN PAYA JARAS

Image
YB Tuan Mohd Khairuddin Othman Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Sel merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras sempat menyantuni kanak-kanak dimajlis jamuan AidilAdha. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Tahun ini 16 Julai 2022 besamaan 16 Zulhijjah 1443 YB Tuan Mohd Khairuddin Othman Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras mengadakan jamuan AidilAdha di perkarangan tempat letak kereta Econsave Sg Buloh.  Dengan kehadiran jemputan dari seluruh DUN Paya Jaras majlis tersebut berjalan dengan sungguh meriah. Disamping pelbagai makanan yang disediakan dan juadah raya, pengunjung juga dapat menikmati kambing golek yang disediakan. Selain makanan para pengunjung juga disajikan dengan persembahan tarian dari kumpulan tarian zapin tradisional serta nyanyian dari kumpulan busker, mereka juga disajikan persembahan dari kumpulan nasyid popular tanahai

PENCARIAN WANITA MELAYU 2022 (PWM2022) terus memertabatkan wanita melayu.

Image
  Buat tahun ketujuh penganjuran PENCARIAN WANITA MELAYU - PLAZA SHAH ALAM (PWM2022) membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita Melayu 2022.  Penyertaan secara online telah dibuka bermula Mac 2022 menerusi laman web rasmi www.plazashahalam.com berserta syarat lengkap penyertaan. Peserta dikehendaki mengisi setiap butiran tersedia dan menyertakan gambar terbaik mereka sebagai rujukan pihak penganjur dan kordinator.  Sesi uji bakat akan diadakan pada tarikh 23 & 24 Julai 2022 di Plaza Shah Alam. Bagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan.  Beberapa soalan akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan. Hanya 25 peserta uji bakat sahaja akan layak ke peringkat Separuh Akhir yang akan berlangsung pada 6 Ogos 2022 jam 2 Petang berlokasi di Plaza Shah Alam.