SEBUAH PREMIS PASARAYA JUAL MINYAK MASAK SUBSIDI PAKET 1 KG SECARA BERSYARAT DIKENAKAN TINDAKAN DI BAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961


 

SEPANG, 24 JULAI 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) komited memperkasakan pemeriksaan serta mengesan perlakuan aktiviti tidak beretika melibatkan urus niaga barang kawalan bersubsidi minyak masak paket 1kg. Tindakan ini digerakkan di bawah OPS ATM (Ayam, Telur ayam, Minyak Masak) yang turut melibatkan operasi pengauditan dan pemutihan bagi item minyak masak bersubsidi paket 1 kilogram untuk membendung ketirisan yang boleh menjejaskan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Pada 22 Julai 2022, KPDNHEP Cawangan Sepang telah mengambil tindakan kes susulan daripada aduan yang diterima daripada orang awam berhubung sebuah pasaraya terletak di Kota Warisan, Sepang yang disyaki menyorok minyak masak bersubsidi paket 1 kg daripada dijual kepada pelanggan.

Penguat Kuasa KPDNHEP Sepang bertindak ke atas aduan dengan berpakaian preman semasa menjalankan pemeriksaan di premis yang diadu, untuk mengesan dan mengesahkan wujud perlakuan urus niaga yang tidak beretika oleh peniaga melibatkan barang kawalan bersubsidi minyak masak paket 1 kg.

Dokumen deklarasi maklumat berhubung keberadaan sebenar bekalan minyak masak bersubsidi paket 1 kg juga gagal diberikan kepada pasukan pemeriksa. Situasi ini, telah memberi isyarat kepada pasukan pemeriksa untuk membuat siasatan susulan ke atas premis yang diadu di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB 1961).

Hasil pemeriksaan telah mengesan dan disyaki wujud perlakuan tidak beretika oleh peniaga iaitu menjual/ membekalkan barang kawalan bersubsidi minyak masak paket 1 kg secara penjualan bersyarat kepada pelanggan. Pada masa yang sama, turut didapati premis diadu menyimpan sejumlah minyak masak bersubsidi paket 1 kg di stor.



Premis yang diadu, telah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 19, AKB 1961, atas kesalahan menjual barang kawalan berjadual secara bersyarat.

Tindakan rampasan telah dibuat ke atas beberapa barangan relevan untuk kes ini iaitu minyak masak paket 1kg sejumlah 1,944 unit/ kg dan lainlain dokumen urus niaga berkaitan. Jumlah nilai rampasan ialah RM 4,860.00.

Pada masa yang sama, lain-lain potensi kesalahan turut disiasat di bawah peruntukan AKB 1961 dan subsidiari di bawahnya iaitu : a) Seksyen 16A (1)(b) – enggan menjual barang berjadual dalam milikannya dengan kuantiti yang munasabah kepada pelanggan dalam urusan perniagaan. 3 b) Peraturan 13(1)&(2) PPKB 1974 – penyelenggaraan buku stok bagi barangan berjadual oleh pemborong dan peruncit.



Jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961, kesalahan boleh didenda tidak melebihi Satu Juta Ringgit Malaysia (RM1,000,000.00) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bahagian Penguat Kuasa, KPDNHEP menegaskan akan bertindak tegas serta tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undangundang untuk membanteras sindiket penyelewengan barang kawalan dan subsidi demi kepentingan pengguna.

Pengguna disarankan untuk menyalurkan maklumat atau sebarang pertanyaan berkaitan perlakuan penyelewengan barangan bersubsidi di saluran rasmi berikut :

i. Whatsapp 019-279 4317/019-848 8000

ii. Portal e-aduan.kpdnhep

iii. Call Centre 1-800-886-800

iv. Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my

v. Ez ADU KPDNHEP

vi. Enforcement Command Centre (ECC) KPDNHEP 03-8882 6088/6245

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang