SELANGOR BYPASS HALF MARATHON 2022, LARIAN LEBUHRAYA TERTINGGI DI MALAYSIA

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor menganjurkan Program Selangor Bypass Half Marathon 2022 bertempat di lebuhraya Rawang Bypass, Rawang pada 31 Julai 2022 dari 4 pagi sehingga 10 pagi.


Hampir 5000 penyertaan telah diterima termasuk dari 24 Negara luar iaitu Vietnam, United States, United Kingdom, Thailand, Taiwan, Singapura, Portugal, Filipina, China, Netherlands, Nepal, Morocco, Sepanyol, Kenya, Indonesia, India, Bangladesh, Australia, Madagascar, Jepun, Iran, Paris, Kanada dan Belgium.


Selangor Bypass Half Marathon 2022 mempunyai 2 kategori iaitu 12km dan 21km dengan hadiah terkumpul sebanyak RM30,000. Objektif program ini adalah sebagai platform untuk Kerajaan Negeri Selangor mendekati para belia serta galakan kepada orang ramai untuk mengambil bahagian dalam acara sukan larian dan secara tidak langsung menyuburkan aktiviti sukan.

Dengan penganjuran program ini, Kerajaan Negeri Selangor berharap agar dapat melahirkan masyarakat yang berdaya saing dalam program berbentuk sukan serta meningkatkan tahap kesedaran kesihatan mental dan fizikal di kalangan belia.



Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang