Berhibur Sambil Beramal bersama penyanyi lagenda Dato' Jefferydin.


Berhibur Sambil Beramal itulah ungkapan paling tepat apabila buat pertama kalinya Grand Barakah Hotel (GBH) menganjurkan satu Program berkonsepkan mini konsert untuk artis veteran. Bagi merialisasikan impian tersebut pihak hotel akan menganjurkan mini konsert pop yeh yeh yang bakal berlangsung pada 30 Julai ini.

Mini Konsert Pop Yeh Yeh bersama penyanyi lagenda Dato Jefferydin dengan temanya “Mas Mona Night”, ianya di ambil bersandarkan lagu Mas Mona yang masih malar segar sehingga kini. Meskipun bertemakan Mas Mona Night Dato’ Jefferydin tidak berseorangan malah pihak hotel turut mengundang beberapa lagi artis 60an antaranya S. Mariam juga merupakan penyanyi dari kumpulan Siglap 5, Datuk L.Ramli serta kumpulan The Zurah 3 yang melatari persembahan artis pada malam tersebut.


Menurut pihak penganjur, tujuan diadakan mini Konsert ini adalah untuk memberi ruang kepada 
artis veteran berkarya dan menjalankan aktiviti mereka di Grand Barakah Hotel ini melalui bidang masing- masing. Grand Barakah Hotel bersedia berkerjasama dengan Artis Veteran untuk mengadakan sebarang program bagi menyemarakkan industry seni tanah air disamping mendapatkan pendapatan individu itu sendiri.

Grand Barakah Hotel terpanggil untuk merancang program sebegini agar ianya berterusan sekurangnya memberi peluang dan ruang untuk artis veteran seperti penyanyi, pelakon, pemuzik berterusan berkarya kerana itu adalah terapi diri kepada pengiat seni ketika mereka masih aktif dansihat.

Program sebegini akan diteruskan bukan sahaja kepada Artis 60an sahaja malah diadakan juga untuk artis 70an, 80an dan 90an dimana dari genre muzik Pop Yeh Yeh - Retro - Rock Pop Rock – IramaMalaysia. Mini Konsert Pop Yeh Yeh bersama penyanyi lagenda Dato Jefferydin dengan temanya “Mas Mona Night” akan di adakan 30 Julai 2022 jam 8.30 malam bertempat di Ballroom GBH, Tkt 1, Grand Brakah Hotel, Ampang. Selangor.

Harga Tiket bermula dari RM108, RM 148 dan RM198. Untuk mendapatkan tiket boleh menghubungi

Grand Barakah Hotel 03-4270 7070 dan En Rawi 019- 7564070 / Alma 019 9614070 / Luqman 019 9624070 .

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang