PENCARIAN WANITA MELAYU 2022 (PWM2022) terus memertabatkan wanita melayu.

 


Buat tahun ketujuh penganjuran PENCARIAN WANITA MELAYU - PLAZA SHAH ALAM (PWM2022) membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita Melayu 2022. 

Penyertaan secara online telah dibuka bermula Mac 2022 menerusi laman web rasmi www.plazashahalam.com berserta syarat lengkap penyertaan. Peserta dikehendaki mengisi setiap butiran tersedia dan menyertakan gambar terbaik mereka sebagai rujukan pihak penganjur dan kordinator. 

Sesi uji bakat akan diadakan pada tarikh 23 & 24 Julai 2022 di Plaza Shah Alam. Bagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan. 

Beberapa soalan akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.

Hanya 25 peserta uji bakat sahaja akan layak ke peringkat Separuh Akhir yang akan berlangsung pada 6 Ogos 2022 jam 2 Petang berlokasi di Plaza Shah Alam. Daripada 25 peserta tersebut hanya 10 Peseta akan dipilih ke Peringkat Akhir yang akan berlangsung pada 13 Ogos 2022. 


HABIB SELAKU PENAJA UTAMA PENCARIAN WANITA MELAYU 2022 (PWM2022). 

Seperti tahun sebelumnya, HABIB menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2022 kali ini bersama ICE-WATCH. Beberapa penaja lain akan diumumkan dari semasa ke semasa. Info lanjut berkaitan Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam 2022 boleh diikuti di laman Facebook, Instagram rasmi Plaza Shah Alam. 


Penajaan hadiah lain turut disokong oleh Anytime Fitness, Anas Abdullah, Twenty, Shes Official, Seri Radiah Songket, Eyrafadz Wedding, Mumtazfella Perfume, Breylee Malaysia dan Schatzs Cosmetic. yang turut akan melakukan aktiviti bersama finalis selain menaja hadiah untuk kesemua finalis tahun ini.



Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang